Monday, May 30, 2011

DAIE NO 2

thaqif anak kedua...

alhamdulillah sepasang dah anak kami..kekeke...rezki yang Allah berikan...sama jugak pengalaman dalam mengandungkan thaqif. cuma kali ni sofia terlebih suka makan kari..pengalaman paling best dan mungkin kebetulan..sebelum sofia dapat tahu sofia pregnant..yg menghairankan sofia..sofia nak sesangat mkn daging kambing(macam mengidam)...daging kambing bakar..bakar sendiri lagik...sofia pergi beli daging kambing yang fresh..sofia minta tolong adik suami (ain) tolong panggangkan..selesai dipanggang sofia dengan tak sabarnya,sofia ambil sehiris daging dan makan...dan selang sebulan sofia disahkan mengandung..sofia suka makan yang manis2..yang masam2 sofia kurang suka..minuman pun yang jenis air panas dan suam-suam..kurang suka minuman yg sejuk..macam2 lah...
anak kedua sofia,sofia lahirkan pada 29.7.2010 jam 0620 ptg...


pengalaman ;
pada 29.7.10 hari khamis,sofia masih berkursus.kerana kursus yang sofia hadiri dalam 3 hari..jadi hari khamis tu hari terakhir kursus.tapi dari malamnya perut sofia memang memulas dan sakit.cuma tak ada tanda2 nak bersalin.sofia tak lepas baca doa taubat.dan surah2 dan ayat2 yang mudah sofia baca.
nak dijadikan cerita.paginya sofia tetap nak pergi kursus tu.sbb tggl satu hari je lagi nak dptkan sijil.so,sofia pun drive lah sendiri nak pergi kelas tu.tempat kursus tak jauh ,itu sebab sofia gagahkan diri nak pergi jugak.spjg dalam kelas sofia selalu ulangalik pergi toilet.sbb selalu sangat rasa nak buang air kecil.tp tetap tak ada tanda.cuma tu lah perut selalu sakit.tiba waktu lunch,sofia fikir2.nak balik ke tidak.takut jugak nanti beranak dalam kelas.jadi sofia buat keputusan balik lah kerumah dan sofia kemaskan fail dan barang2.apa2 hal nanati ada jugak orang tua tengokkan sofia.sebelum balik tu,sofia capai hajat makan dulu..yelah kan sayang lah makanan yang free tu..walaupun sofia dah mula rasa sakit sesangat....nak duduk berdiri semuanya salah...lepas makan tgh hari dgn tawakal kepada Allah sofia drive pulang kerumah.kawan2 masa kursus tu ada jugak nak tolong hantar.tapi sofia tolak dengan sopan.sbb rumah tak jauh(rumah mertua).insyaAllah dapat drive dan selamat sampai.nak djdkan cerita... famili mertua sofia nak pegi mall..rezki lah jumpa kat simpang..diaorang tanya kenapa balik.sebab 2 hari sebelum tu sofia malas nak balik tengah hari.tapi pada hari tersebut sofia tetiba je balik.sofia cakap sofia sakit perut tp belum ada tanda..so diaorg cancel pg..sampai rumah sofia rileks kejap...lepas tu sofia gagahkan diri tunai solat zuhur...sofia solat cara org sakit..tak mampu dah nak berdiri..sofia solat cara duduk..selesai solat..sofia baring lagi...tarik nafas dalam2..sofia lepas nafas..(dalam hati doa taubat tak lepas)huhuhuhu..sakit ni..sofia keluar bilik..duduk kat ruang tamu..jalan pun sofia dah tak berdaya ..sofia baring kat kerusi pjg..mak mertua srh kol hubby..sofia kol hubby..sofia cakap tgh sakit..hubby tny  perlu x balit..sofia jwb rasanya xperlu lah..sbb belum ada tanda pun..tapi selang 1/2 jam hubby sofia dh dpn rumah...ngeeeee...hubby sofia minum dan makan dulu sbb katanya lapar..then...( sebelum hubby sofia datang adik lelaki hubby datang dulu ) mayb naluri seorg emak...mak mertua sofia sarankan pegilah hospital takut2 nanti beranak..sofia pun fikir jap..ikut lah bkn rugi pun..sofia pun kemas2kan barang yang patut. sofia,suami,anak sulung,adik ipar, mak mertua..kami pun pglah kehospital..parking kat luar..sofia tetap gagahkan diri untuk berjalan. sebab orang tua cakap.berjalan boleh mudahkan kita bersalin..dari tempat parking ke hospita jauh lah jugak...sbb parking dalam kawasan hospital dah penuh..jadi sofia sarankan hubby parking kan kat luar.parking berbayar.hah..nanti sambung lagi...........

DAEIKU YANG PERTAMA

anak pertama sofia. kelahiran taklah mudah. sebabnya sofia belum punya pengalaman bersalin. heeeeee...masa sofia kandungkan sorfina ,tak ada alahan...cuma kuat MAKAN, sampai sofia dapat gelaran 'pey mow' , big teddy bear, gergasi...almaklumlah berat sofia sampai 80kg...huh..payah jugak sofia nak turunkan berat badan..sofia namakan anak pertama ni syarifah nurul sorfina.sorfina dilahirkan pada tarikh 8.6.2008...lebih dari due date yg doktor bagi..tapi adalah normal bagi kelahiran pertama...dilahirkan secara normal. berat dalam 3.5 kg..sungguh masa nak bersalin tu sakitnya Allah saja yang tahu...tapi bila anak dah keluar Allahhuakbar...Maha Suci Allah..kebesaran Nyaseluruh alam..
sekarang sorfina dah 2 tahun 5 bulan 1 hari ? jam ? minit ? saat....heheheh
dialah ratu hati kami...( sofia n suami lah )
gemar tengok kartun..upin ipin, tom and jerry...dan paling payah nak tidur malam..kalau nak tidur buat drama swasta dulu...ngeeee
moga Allah melindungi kami sefamili.....

BAJU MELAYU FOR RAYA

Salam semua.Hari ni sofia nak cerita pasal baju melayu.dari minggu pertama(bulan mei) kelas jahitan yang sofia hadiri,semalam sofia dah berjaya siapkan sepasang baju melayu.lebih-lebih lagi baju melayu yang sofia siapkan adalah untuk suami sofia yang tercinta(for raya ).alhamdulillah.ada hasil tangan sofia.sofia nak ceritakan permulaan kelas jahitan..kelas yang sofia hadiri ni pada setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.kalau yang tidak bekerja kelas akan diadakan pada isnin,rabu dan jumaat.so,sofia ni bekerja.maka kelas pada hujung minggu.hari pertama kelas tu,cikgu akan ajarkan bagaimana nak buat pola baju dan cara betul ambil ukuran baju.sekiranya kita nak buat baju suami.kenalah bawa baju suami yang biasa dia pakai.sofia buat pola..dan gunting pola..setiap pola akan dilekatkan pada kain.ini kerana utk kemudahan ketika proses menggunting kain.
MELUKIS POLA
pada pola yang dilukis terdapat ;
a) badan baju
b) lengan baju
c) pesak
d) keket/kekek
e) kolar baju
f) kocek
g) seluar
MENGGUNTING KAIN
-Kain 4 meter.
-kain di buka panjang secara melintang.
-dilipat 2.kena bijak ketika menggunting.setiap pola yang diatas.
MENJAHIT
1.-jahit pesak dan kekek.
-sambung dengan lengan baju.
-selesai bahagian lengan
2.-badan baju.gunting untuk buat leher/ kolar baju
-kolar baju yang sudah siap dijahit.disambungkan dekat bahagian leher.
-selesai dijahit.jahitkan bahagian kocek dahulu.
-sambungkan bahagian 1 diatas dengan bahagian ini.selesai sudah.

Saturday, May 28, 2011

Belajar dan belajar

masih jugak gagal ni.tadi ok sudah setting untuk "read more" tapi sekarang gagal balik...hmmm..ada sesapa yang pandai tak.mungkin bahgaian edit HTML tu yang salah.ada anyak cikgu dlm ni..masih jugak sofia tak faham..tapi tetap jugak nak cuba

Friday, May 27, 2011

Belajar Setting Blog

Buat 'readmore' for new setting.hampir 24 jam belajar.harapan agar pelajaran ini menampakkan hasilnya.InsyaAllahbelajar dalam google.dan blogger 2..

Monday, May 23, 2011

DOA DARI UMMI BUAT DAIE2 KU

Buat puteri dan putera ummi.ummi minta maaf.ummi banyak buat salah.ummi alpa.ummi cuai.ummi dah buat sedaya upaya.ummi tak kuat.ummi lemah.ummi dah tak ada jalan lagi.cuma yang tinggal hanya doa.ummi mohon pada puteri dan putera ummi.tolong doakan ummi ya.kadang-kadang ummi kecewa,sedih,geram kerana diri ummi ini.ummi selalu tertanya-tanya.kenapa?mengapa?bagaimana?macam mana?ummi nak selesaikannya.ummi dah bauta pelbagai cara nak atasinya.tolonglah ummi ini.ummi betul-betul tertekan.salah ummi jugak.tapi...

Thursday, May 19, 2011

INFO SIHAT - KANAK-KANAK MUNTAH

Muntah
Apa itu muntah?
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.
Vomiting




Apakah jenis-jenis muntah?
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
  • Possetting (jeluak) Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
  • Reflux (muntah meleleh) Reflux adalah apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja. Keadaan biasa bagi bayi.
  • Projectile vomiting (muntah memancut) Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apakah sebab-sebab muntah?
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
  • Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ???stomach flu???
  • Keracunan makanan
  • Mabuk perjalanan
  • Terlebih makan
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
  • Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  • Kecederaan / hantukan pada otak
  • Ketumbuhan dalam otak
  • Usus tersumbat
  • Jangkitan salur kencing
  • Bengkak pada appendiks
  • Diabetis ketoacidosis
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penting yang lain?
Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dihidrasi (penyahidratan) berlaku .
Keadaan ini terjadi apabila apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dihidrasi di ketegorikan seperti berikut:
Dihidrasi ringan ke sederhana
  • Mulut / lidah kering
  • Bibir pecah
  • Tiada / kurang air mata semasa menangis
  • Gelisah
  • Tidak membuang air kecil dalam tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut)
  • Ubun-uban di kepala bayi menjadi cengkung
Dihidrasi yang teruk
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
  • Kulit kering, berkedut
  • Tidak bermaya, letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Susah bernafas
  • Denyutan nadi lemah dan cepat
  • Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk
Tanda-tanda bahaya
Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan yang lebih bahaya
  • Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang satu bulan
  • Demam suhu > 38??C
  • Muntah yang mengandungi darah
  • Muntah cecair berwarna hijau
  • Muntah selepas berlaku kecederaan kepada kepala
  • Bingung, mengantuk / lali
  • Sakit kuat di bahagian perut
  • Kembung perut
  • Muntah yang berterusan dan sukar untuk makan
Apakah komplikasi akibat muntah?
Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas. Lain-lain komplikasi termasuk:
  • Organ tidak berfungsi seperti kegagalan fungsi gingal.
  • Kecederaan pada kerongkong disebabkan oleh muntah yang berulang
Bagaimana muntah boleh dirawat?
Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
  • Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan menyusu bayi anda.
  • Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Jangan berikan air kosong
  • Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
  • Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.
Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun
  • Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
  • Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh diberikan.
  • Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
  • Jangan memaksa anak anda makan
  • Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.
Perhatian.
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
  • Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan
  • Anak anda mempunyai mana-mana tanda bahaya yang dinyatakan
Bolehkah muntah dicegah?
Muntah sukar dicegah sekiranya disebabkan oleh jangkitan atau penyakit-penyakit yang lebih teruk. Tetapi terdapat langkah yang boleh digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan dan jeluak.
Untuk mengurangkan mabuk perjalanan
  • Jangan beri terlalu banyak minuman ringan/berkarbonat dan gula-gula kepada anak anda semasa dalam perjalanan
  • Dudukan anak anda didalam kenderan dengan mengadap ke hadapan dan gunakan penghadang pada cermin sisi bagi mengelakkan pandangan keluar.
Untuk mengurangkan jeluak
  • Jangan berikan makan terlalu banyak pada setiap kali makan. Hanya berikan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Dudukan bayi anda secara menegak dan sendawakannya selama 20 minit selepas setiap kali makan/minum.
  • Elakkan menimang bayi atau mendudukan bayi anda ke kerusi bayi selepas makan/minum.
  • Apabila menidurkan bayi anda, pastikan kepala bayi berada dikedudukan yang lebih tinggi daripada kakinya.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...