Friday, May 31, 2013

CUTI NANNNNNN PANJANGGGGGG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


esok 1 Jun hingga 4 Jun 2013.  kat tempat sofea. negeri sarawak. cuti panjang. sempena perayaan Gawai. jadinya sofea yang banyak plan sempena cuti yang panjang. kena pilih plan-plan bercuti yang sesueyyyy. plan A adalah sofea masih dikuching. jadi kena selesaikan jahitan baju-baju yang perlu disiapkan sebelum Ramadhan menjelang tiba. heheh kelas jahitan kena berhenti sementara waktu. tapi plan A kena kensel.

banyak-banyak plan di waktu cuti ni, sofea pilih plan B. sofea kena ikut mak dan bapak pergi jenguk adik kat Sibu. tapi adik pulak dah transfer. kena pergi ke Pekan Selangau. first time jugak lah sofea nak pergi sibu ni. maksud sofea. sebelum ni pernah lah. tapi tak sempat nak jenjalan je.

jadi sofea mohon doa kalian agar sepanjang perjalanan pergi balik kami dari kuching - selangau - sibu - mukah dan kuching.  di dalam perlindungan Allah Taa'la.

ok. trip tu nanti sofea akan cuba updatekan.

selamat bercuti untuk Sabah , Sarawak dan Semenanjung. esok jugak sambutan ulangtahun keputeraan Agong kita.

KEBAIKAN MEALSHAKES





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Jumaat

hari ni sofea nak cerita sikit pasal kebaikan Shaklee ni. sebab utama sofea tersangat nak membeli. sebab ada kebaikan yang ada pada Mealshake ni amat sofea dan anak-anak perlukan. Lebih-lebih lagi rasanya french vanilla.

ok, sofea nak listkan kat sini antara kebaikan yang ada pada Mealshake ini ;


  • mengandungi protein , multivitamin , kalsium , fiber dan nutrien penting yang diperlukan dalam tumbesaran anak-anak.
  • juga dikenali sebagai supplement untuk anak-anak. bukan sebagai ubatan okay.
  • paling utama ; boleh meningkatkan selera makan anak-anak.
  • ianya selamat dan tiada sebarang kesan sampingan
  • boleh membantu anak-anak yang mudah sembelit. ye lah kan anak-anak kurang gemar makan sayur, buah .
  • untuk meningkatkan imun tubuh. bagi anak yang mudah diserang demam,selesema dan batuk. boleh lah kita cegah. selalu sangat makan ubat. susah jugak.
  • membantu mengurangkan parut.
  • membantu masalah kulit.
  • mengatasi ekzema.

sofea dah guna Mealshakes sebanyak 2 bekas. sofea beli untuk anak-anak sofea.

  • sebab selalu demam. dalam sebulan boleh kata selang seminggu. 
  • sukar membuang air besar. kesian sofea tengok. lama dia meneran. umur kecik lagi. around 2 years- 4 years. 
  • kurang selera makan. penyebab sembelit. sebab susah benar disuruh makan nasi,sayur,buah.  makanan segera lebih diminati. bahaya lah bagi anak-anak makan makanan segera selalu.

Alhamdulillah. sekarang baru nampak kesannya. walaupun ambik masa jugak. tapi semuanya bergantung atas usaha , doa dan tawakal kita. sofea sekadar nak mengelak beri ubat doktor dekat anak. kita kena konsisten dan yaki kepada Allah.

walaupun kuantiti makanan tidak banyak. tetapi, kekerapan untuk makan ada. sedikit tetapi kerap.

ok lah nanti sofea update lagi. pasal kebaikan produk shaklee yang lain.

selamat mencuba. kalau berminat , boleh hubungi sofea di handphone dan fb. 

Monday, May 27, 2013

SEDIH....AGAIN AND AGAIN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


sedih lah. atas kakhilafan diri. sofea kehilangan sesuatu. iaitu WANG. banyak lah juga nilainya. boleh kata lepas jugak kalau buat beli susu dan pampers anak. tak pun buat belanja bulan jun ni.

sudahlah nak kena pergi sibu,selangau dan mukah. Allahuakbar. semoga Allah murahkan rezeki kami.

:-( sedih mode

CUTI 3 HARI LEPAS




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

apa aktiviti korang sempena cuti 3 hari tu. sofea macam biasa . ada saja plan nak jenjalan. sekarang sofea nak cite pasal sedih ni. sofea ambik annual leave hari khamis tu. 23.5.2013. sebab kena bawak anak p jumpa doktor. sebab dah cukup masa nak cabut jahitan kat kepala dia. so, pagi khamisnya. sofea kemas-kemas dulu. baru lah kejutkan anak-anak.

sofea ajak adik ipar teman kan. mak mertua sofea pun ikut sekali. sebab ada urusan . jadi, sofea teman kanlah. sofea, anak-anak , adik ipar 2 orang dan mak mertua. kami gerak dalam jam 0900 pagi gitu. sebelum tu singgah Bombay cafe dulu. breakfast. takut anak kelaparan pulak.

lepas makan , sofea check gaji. kan minggu gaji. hehehe. setel kiri kanan. boleh lah belanja yang lain-lain. pergi ASNB dekat satok. simpan untuk bulanan. setel. gerak pulak ke simpang 3. mak mertua nak buat passport. hantar depan bangunan. lepas tu, mak mertua dan adik ipar turun balik. kena buat petang dalam jam 0130 ptg. so, kena datang balik. jadinya sofea kena kejar masa nak pergi panel klinik.
 jam dah nak masuk 1130 am. so , betul-betul kejar masa.

sampai je kat klinik. register. dan tunggu turn. bila turn kami, masuk jumpa doktor. dan doktor dengan tugasnya untuk cabut jahitan kat kepala anak sofea. menangis dia. huhuhu..sofea pun menangis gak..sakit woooo...

selesai semua. ambik ubat. gerak lagi ke pasar besar. mak mertua nak beli barang. untuk dibawa kemiri . lepas tu , gerak balik ke simpang 3. jam dah pukul 0200 petang. nasib baik sempat. dapatlah nombor giliran. kalau tak payah tu. passport buat pergi limbang. kan kena lepas brunei. jadi kena buat.

lamalah menunggu passport tu siap. sudahlah jumaat public holiday. tepat jam 0500 petang setel semuanya. sama jam orang balik kerja. huhuhuhu....

pergi emart. shopping. lepas tu balik rumah. huhuhu...lamanya kat luar. betul-betul catat sejarah....





Wednesday, May 22, 2013

25.5.2007 - 25.5.2013 ALHAMDULILLAH





Assalamualikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah. dah masuk 6 tahun.

Semoga Allah merahmati hubungan kami
Semoga Allah melindungi keluarga kami
Semoga Allah murahkan keluarga kami
Semoga Allah sentiasa bersama kami

Sayang suamiku sedalam-dalamnya. semoga hubungan kita till jannah.


saat akad nikah

Tuesday, May 21, 2013

KURSUS DI LUNDU - RETREAT




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

lama dah tak update. bz pergi kursus minggu lepas. 14.5.2013 hingga 16.5.2013. di Lundu. perjalanan memakan masa 2 jam. Jauh jugak nak pergi ke Retreat ni. Alhamdulillah. perjalanan selamat dan baik.


bahagian depan

sofea pergi dengan 2 kawan perempuan . sama kompeni. tapi bukan dari department yang sama. sebilik. bilik nya besar.


swimming pool untuk kanak-kanak


swimming pool untuk dewasa


naik ke atas

no bilik kami


sebahagian pemandangan dalam bilik


spa pool


safety first


pantai. tidak jauh dari penginapan


Alhamdulillah. kursus berjalan dengan lancar. makanan pun sedap. bilik tidur pun sedap. ada rezeki nak bawa famili nanti.

Tuesday, May 14, 2013

ELKASIH - KAU TIGAKAN CINTAKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Hari ni cuma nak update lirik lagu je. dan nak bagitau. sofea kena attend kursus. 2 hari. nanti sofea share.



Elkasih Kau 3kan Cintaku

Mengapa ku selalu
Tak pernah benar dimata indahmu
Mengapa ucapanku
Selalu salah ditutur lembutmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Hanya kepadamu
***
Apa yang membuatmu
Tak pernah mengungkap isi hatimu
Andaikan engkau tahu
Betapa hatiku mencintaimu
Aku tertipu kediamanmu
Yang ku anggap semuanya baik-baik saja
ku tak menyangka dibelakangku
Kau tigakan cintaku yang
Hanya kepadamu
Satu untukku
Back to ***

Monday, May 13, 2013

KIRAAN WAKTU SUBUR 1




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kali ini sofea nak kongsi sedikit ilmu. cara kira waktu ovulasi. kiranya waktu persenyawaan berlaku. sofea sebenarnya tidaklah mahir sangat. tapi, bila dah 2 anak ni. baru tergerak hati nak belajar mengira waktu subur. sebelum ni. tak terfikir pun. jadi, untuk nak ambik senang sofea guna kalkulator ovulasi yang dah tersedia di majalah Pa & Ma online. so , kita cuma klik je. akan keluar kalkulatornya.

seperti ini ;




masukkan kitaran haid anda. biasanya 28 hari. selepas itu , isi tarikh hari pertama pada kali terakhir haid. dan klik kira button. akan dapat tarikh ovulasi.



jadi tarikh ovulasi sofea ( waktu subur ) seperti dalam kiraan.

cara ni agak mudah. nanti sofea kongsi pulak cara yang lain.


sofea tengah belajar mengira. anak dah 2 baru ada hati nak kira-mengira ni...

LIRIK - LAMUNAN TERHENTI - ARIS ARIWATAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Aktiviti hari Isnin. hehehehe. usha lirik-lirik lagu..jommmm



Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini


nostalgia mengundang lagi...xda kerja polah kerja.....

Friday, May 10, 2013

OVER 10 YEARS AGOOOO............


Assalamualaikum dan Salam sejahtera dan Salam Jumaat....

New entry nampak gempak le sangat. tapi , nak stori mori in english. hahah. kena tonton Oh ! My English le gamaknya.

Over 10 years agoooo...wah cerita lama jadi baru balik. kenalan lama sofea. terlaluuu lamaaaa. sehingga akhirnya doa sofea Allah makbulkan jua. doa yang sentiasa sofea panjatkan kepada NYA.

Sofea berdoa agar Allah makbulkan agar sofea jumpa kawan sofea balik. yes K . A .W. A . N ... bukan ' x ' kekasih aka teman lelaki dan bukan jugak sapa-sapa.

Cuma , kawan sofea adalah seorang lelaki. dan lelaki ini sofea anggap SAHABAT selamanya. mengenali beliau tidak lama. kerna beliau menghilangkan diri tanpa berita. pelik dan hairan kan. sofea ada seorang sahaja SAHABAT perempuan. selebihnya kawan-kawan biasa sahaja.

Nasib baik ada FB. boleh cari Sahabat ini. namun ada berita yang tak disangka-sangka. sedih sesangat. sabarlah wahai SAHABAT. mungkin itu tanda Allah sayang kita iaitu hambaNYA.


Semoga Allah memberi sedikit kekuatan untukmu Sahabat. Smileeeee ;-)

Thursday, May 9, 2013

BERURUT DAN 'MEMULANG'


Assalamualaikum dan Salam Sejatera....


Sofea berurut dengan seorang bidan. Dah lama kenal. sejak tahun 2003 lagi. sofea berurut badan. seliuh. dan paling penting untuk perempuan selepas bersalin. berurut hari namanya. bagi yang lepas habis pantang pulak. Berurut atau berpulang atau memulang. sofea ikut je. tapi memang perlu untuk perempuan yang lepas habis pantang. bidan akan atur susun letak peranakan kita. agar tidak jatuh.

selain urut. bidan ni jual ubat bersalin lengkap. ubat kampung lah. ada satu ubat ni. baik utk luar dan dalam wanita. sofea tak ingat namanya. cuma sofea ada ambilkan gambar. boleh hilangkan sakit belakang, senggugut , atur kitar haid serta luar dalam wanita.


ubat dalaman wanita

di makan selepas sarapan


ubat ni dimakan selepas sarapan. pengguna pertama kali makan, kena makan 4 biji sekali makan. lepas tu boleh dikurangkan. insha Allah ada kesannya.


psstt----- sedap badan selepas berurut dan memulang

Wednesday, May 8, 2013

SENYUMMMMMM....I'M HAPPY


sofea senyum


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Ya Allah. tenangkan hati ini.
Aku gembira. Aku sedih. Semuanya bercampur. Namun aku pilih gembira. Kerna pastinya orang sekeliling akan gembira. Biarlah duka ini aku tanggung sendiri-sendiri. Asalkan Engkau sentiasa di sisiku.
Engkau Yang Maha Mendengar rintih piluku
Engkau Yang Maha Memahami salah silapku
Engkau Yang Maha Mengetahui segala luar dalamku

Maha Suci Ya Allah


Sofea senyum lagiiiiiiiii

dan ada ketikanya aku juga perlu menangis. menangis atas kekhilafan sendiri. Maha Suci Ya Allah. betul-betul aku perlukan diriMU saat ini, saat lalu, saat akan datang dan selamanya. besarnya khilafku. hanya Engkau tempatku mengadu. Yang Maha Mendengar.


dan menangis

Astagh firullah hal a'zim...Astagh firullah hal a'zim..Astagh firullah hal a'zim..

Allah huakbar...Allah huakbar...Allah huakbar

Laa Ilahaillallah..Laa Ilahaillallah...Laa Ilahaillallah..muhammadarrasululullah....

Allah hummasallia'lamuhammad....

semoga terus mendekatkan diri pada NYA

DALAM SUKA ADA DUKA




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Senyummmm. terapi diri paling indah dan mudah. jangan terapi kosong jerkkkk. mengaji , berzikir dan mendengar zikir.  Sofea dah lama pasang niat nak membeli zikir terapi Hafiz Hamidun ni. yelah. sambil drive menuju ke tempat kerja yang memakan masa 1 jam. Sofea pasanglah untuk dengar. ada jugak zikir-zikir yang suami downloadkan. dan save dalam usb. selang-seli sofea gunakan.

Masa ada masalah ke tidak mengalami masalah ke. sofea dengar je. sekurang-kurangnya. rasa diri dekat kepada Ilahi. dan perjalanan sofea sentiasa dalam redha Ilahi. insha Allah.


Zikir Terapi Diri


Zikir Terapi Diri

Dan sekurang-kurang nya . boleh legakan hati. Kalau marah, geram dengar je. Kalau sedih dengar jugak. Kalau gembira lagi lagi lagi baik mendengar.


hati gembira bukan kepalang. dalam gembira duka juga terselit sama. ALLAHUAKBAR

Tuesday, May 7, 2013

ALHAMDULILLAH...LULUS...



siap digunting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah. baru tadi time lunch hour. selepas solat zohor. sofea berusaha menguji diri. ujian diri sendiri. potong kain untuk buat baju kurung.

Jadi, resultnya sofea LULUS. Alhamdulillah. kiranya sofea dah faham lah cara memotong kain untuk sepasang baju kurung ni.

Jadi , sofea masih ada 3 pasang kain lagi. belum lagi sofea beli yang baru nanti. nak cari kain cotton . yang penting tak licin. dan jenis yang tak berkaki. susah untuk sofea. heheheh. kalau dah ok. nak jugak lah kain-kain macam tu.


kain 

dah selamat . 1 jam jugaklah


selesai. tunggu nak jahit kelak
 

kalau free nanti sofea tunjukkan satu-satu k. tadi , berebut lah jugak. masa rehat 1 jam je. 

Monday, May 6, 2013

SHAKLEE - SET J2 - SET IBU MENGANDUNG



Set J2 - Set Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Set J2 ini adalah kesinambungan dari Set J1. Set J2 - Set ibu mengandung bagi trisemester kedua dan ketiga. Hanya tambahan pada Omega Guard sahaja. Cubalah Set J2.

Set J2 - Set Ibu mengandung Trisemester kedua dan seterusnya terdiri ;

1. Set J1 ( Vitalea , B-Complex , Vitamin C dan Ostematrix )

2 . Omega Guard

  • merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.
  • satu hidangan Omega Guard menyediakan asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • diperlukan untuk menggalakkan fungsi otak , sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.   


Semestinya anda pasti tertanya-tanya. Selamatkah Set J untuk ibu mengandung?? Sofea juga begitu. Sebagai ibu kita mahukan yang terbaik untuk kandungan kita. Segala pemakanan kita perlulah yang terbaik. Jangan risau ibu-ibu. Sofea sendiri sudah bertanya dengan doktor berkenaan supplement ini. Apa yang boleh sofea kongsikan di sini. Doktor tersebut menggalakkan pengambilannya. Kerana beliau sendiri menggunakannya.


Pesanan penting ;

Sekiranya anda telah mengambil set-set diatas , obimin dan asid folik yang dibekalkan doktor , tidak perlu diambil lagi.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi sofea ;

Nombor telefon : 0138290985
FB Akaun         : Sofea Jali


SHAKLEE - SET J1 - SET IBU MENGANDUNG



Set J1 - Set Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wanita atau ibu yang hamil memerlukan ;
  • pemakanan yang seimbang
  • vitamin yang baik
Tujuannya untuk ;
  • mengekalkan kesihatan badan
  • kesejahteraan bayi dalam kandungan
Antara sebab perlukan vitamin ;
  • keadaan tubuh ibu yang lemah
  • mudah dijangkiti demam dan selesema
  • keadaan ibu hamil yang berbeza-beza

Jadi, sebagai ibu seperti diri sofea jugak.kita mestilah mahukan yang terbaik untuk kandungan. Dan di sini sofea syorkan untuk mencuba supplement dari Shaklee ini. 

Cubalah Set J1 - Set ibu Mengandung bagi trisemester pertama , insha Allah anda akan dapat rasa kesannya.

Set J1 terdiri ;

1. Vitalea / Multivitamin
  • multivitamin terbaik dengan zat besi.
  • membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
  • jika ibu mengambil vitalea , obimin tidak perlu diambil lagi.
2. B - Complex
  • mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic.
  • asid folic dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu  tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
3. Vitamin C
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Berperanan dalam menyokong tulang , gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan.
4. Ostematrix / Kalsium
  • Ibu mengandung perlukan 1000 mg -1300 mg kalsium sehari.
  • Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Juga membantu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.

pesanan penting ;

sekiranya anda telah mengambil set-set di atas , obimin dan asid folic yang dibekalkan oleh doktor, tidak perlu diambil lagi.

sesiapa yang berminat boleh hubungi sofea ;

telefon : 0138290985
FB      : Sofea Jali




SELAMAT HARI LAHIR BONDA



Selamat hari lahir Bonda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam mengundi. semalam jugak ulangtahun kelahiran bondaku. 05052013 yang ke 55 tahun. Milli binti Elis nama diberi. tiada hadiah bernilai dari kami. hanya doa yang dapat dipohon.

Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
bonda kami

Semoga Allah panjangkan usiamu
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik
Semoga Allah murahkan rezekimu
Semoga Allah permudahkan urusanmu
Semoga Allah memberikan taufik, hidayah dan petunjukNya
Semoga semuanya baik-baik tentangmu


Ayahanda dan Bonda

 dan tak lupa jugak. selamat ulangtahun perkahwinan. semoga kekal till jannah

SUDAH. CUKUP SUDAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Semalam kita dah mengundi. Keputusan pun sudah diumumkan. apa sahaja keputusan, kena lah terima dengan redha. apa yang penting sekarang, harap semuanya dalam keadaan yang teratur. kerja dan hidup perlu diteruskan.

semoga yang berjaya terus menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Friday, May 3, 2013

BETULLAH TU..ANAK ITU CERMIN DIRI



suka bebenor ko melepak di Bombay

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

cerita pasal anak ni. betullah tu..anak kita cermin diri kita. nak marah-marah pun tak berballoi. tapi tak marah nanti. anak-anak tak dengar kata. pagi-pagi lagi Thaqif dah nak ikut jalan. sofea kena hantar kakaknya, lepas tu baru gerak pergi tempat kerja.

tempat kerja sofea. 1 jam baru sampai. ikut keadaan jalan raya jugaklah. pagi ni thaqif tak dapat nak ditolakansur dah. dia nak jugak mengekor. nasib baik si kakak tolong pujuk umminya. bukan adiknya. siap cakap lagi. ummi bawak sekali thaqif hantar dia pg sekolah. lepas tu hantar balik lah ke rumah. huhuhu..ikut kan je lah. nanti menangis lebih-lebih. ummi jadi gorilla. maunya sofea tak mengamuk...hahahha...garang kan..


gelaran baru dia..hai machaaa...


makan cepat..ummi dah lambat

lepas hantar sikakak. adik buat request pulak. nak pg minum kat kedai india tu. makan roti. hadehhhh..kenalah melayan. ajak lah Thaqif pergi minum kat bombay cafe tu. bila fikir balik. hahhhh, memang dah jadi ummi lah ko dekkk. ummi ngko dulu. tak sah dia tak singgah bombay pepagi. sekarang u turn pulak. tahqif thaqif...nanti kalau ummi pregnant baru. macam mana lah pey-el adik ngko nanti...

sudahlah kena mencari daging unta ni. masih tak dapat lagi...huhuh

2 HARI LAGI NAK MENGUNDI


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini hari jumaat kan. tinggal 2 hari lagi kita bakal mengundi. sofea pun mengundi jugak. kali pertama lagi tu. sofea mengundi di kampung je. tak jauh dari rumah. di harap semuanya berjalan dengan lancar.

jomlah kita pergi mengundi.


Thursday, May 2, 2013

SESEKALI AKU JUGA PERLUKAN KAWAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sedih lah. setiap masa perkara yang sama sofea lalui. pulang dan balik kerja. bukan bererti sofea bosan. tapi ada masanya sofea perlukan seseorang bernama kawan. waima sofea ada suami, anak-anak, adik-beradik. ianya tak akan sama.

di sinilah sofea cuba mereleasekan minda. kekadang tak tertanggung jua. harap nanti sofea ada masa nanti. bukan tak ada kawan. entahhh. sofea kurang pasti kenapa begini. insha Allah akan terus perbaiki diri.

AKTIVITI SEMPENA CUTI HARI PEKERJA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam kan cuti umum. sempena cuti hari pekerja. jadi sofea dah siap plan awal-awal nak buat apa. malam sebelum tu sofea temankan adik pergi Choice Super Mall. Mak , adik Ani dan adik Tikah ikut sekali. jadi kami berempat lah. masa ni sofea dari tempat kerja. terus ke rumah emak. ambik diaorang. lepas maghrib baru jalan. adik beli barang keperluan je. nanti barang baby dia , sofea nak ajak pg Upwell kubah or kat Anakku di Satok. beter beli barang yang tahan lama. sebab sofea ada pengalaman pasal itu. nanti sofea ceritakan ye.

selepas dari menyopping. sofea terus ajak diorang pergi rumah MIL. nak ambik Sorfina dan Thaqif. sebab esoknya nak pg jenjalan. setel kemas barang dan atur modem. dan yang lain. kami gerak balik rumah my mom.

Al-kisahnya pagi semalam. sofea pergi dulu ke bengkel with my suami dan Sorfina. Thaqif tidur balik. jam 0500 pagi dia dah bangun , tu mengantuk balik. pergi bengkel untuk servis kereta je. selesai tukar minyak hitam dan filter. dalam RM 85.00. kami pergi makan kat Rumah Hijau di riveredge tu. makan kat sana.

kami order kek coklat dan kek cheese coklat. slice RM5.00. berbaloi dengan keenakkan rasanya. kami order minuman nescafe tarik, nescafe 0 dan milo peng. makan laksa sarawak dan fish ball kueh tiaw soup. lupa nak snap gambar. yang ada cuma ini je.



nescafe 0 dan laksa sarawak






Nescafe Tarik Nipis



Laksa Sarawak Rumah Hijau @ riveredge



kek coklat dah habis


masa kami makan. kat luar hujan lebat sesangat. nampak gayanya plan jenjalan dengan emak akan ditukar. sampai kat rumah. mak dan adik-adik belum pun bersiap. jadi lepas zohor baru gerak. itupun kami pergi keTaman Puteri je. pergi rumah adik emak. masa kami sampai. adik bongsu emak pun sampai jugak. macam janji pulak.

mayb plan hari semalam akan ditunda ke ahad ini. selepas pergi mengundi. nak pg carik kain kat India Street dan jenjalan kat waterfront...nanti update.



LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...