MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Mungkin ramai masih belum tahu cara terbaik untuk membasuh tangan dan mungkin selama ini cara anda lakukan itu salah.
Masa yang sebaiknya diambil untuk membasuh tangan dengan sempurna adalah 20 saat atau lebih sekiranya mencuci tangan dengan sabun dan air.
Kebanyakan beranggapan membasuh tangan dengan mengalirkan air paip saja sudah mencukupi, namun tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana sabun diperlukan dan geseran ketika menggosok tangan dapat membuang bakteria yang hadir daripada tangan kita.
Membersihkan tangan dengan betul dapat mengawal kebanyakan penyakit yang boleh tersebar menerusi sentuhan, malah amalan berkenaan adalah vaksin terbaik untuk setiap individu.
#AntibacterialHandwashbyAsmak #KempenBasuhTangan20Saat #TravelKit