Wednesday, June 8, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERI



KEK BIRTHDAY

08062011 - ulangtahun ke-3 untuk anakanda sofia yang sulung.
Syarifah Nurul Sorfina. 3 tahun lalu ummi lahirkan dirimu sekitar jam 2.02 ptg.hari Ahad. hujan lebat. perit nya dalam melahirkan mu amat ummi ingati.

pengalaman mengandung;
disahkan sekitar sebulan di dalam kandungan. ummi paling suka makan yang masam-masam. dan ummi sememangnya teramat berselera selalunya. apa saja yang terhidang akan ummi makan. tp tetap ada kecualinya. ummi kurang gemar makan masakan yang dikari.

pengalaman bersalin;
ummi dijangka bersalin pada 3.6.2008. tapi diberi tempoh selama 10 hari.sekiranya melebihi 10 hari.akan dipaksa bersalin.al-hamdulillah ummi mula rasa sakit pada 6.6.08 .ummi di tahan selama sehari. ini kerana bukaan rahim ummi belum sampai 5 cm.jadi ummi bermalam di hospital.sepanjang malam berada di hospital, ummi tidak dapat melelapkan mata.kerna sakitnya Allah jualah yang tahu. lebih-lebih lagi ,memandangkan ummi belum punya pengalaman bersalin.jam 10 pagi ummi ditempatkan di labour room.nurse dan doktor silih berganti dalam memeriksa kondisi bayi dan ummi.jam 1402 pm ummi akhirnya selamat melahirkan dirimu.Al-hamdulillah..


hadiah kek di beri oleh adik mak mertua sofia(usu)..wajah gembira sorfina.....


dan ummi dan abah mendoakan agar anakanda sentiasa di dalam keredhaan dan keberkatanNya.sorfina next year pergi school k.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...