Wednesday, November 9, 2011

IKAN SIAKAP 3 RASA

google search



Siakap 3 rasa.
Alhamdulillah.rezeki zulhijjah.sebelum raya haji.suami pergi memancing di sungai.Rezki jatuh di kaki.Suami dapat seekor ikan siakap/selunsung.Suami sofea memang minat memancing.Cuma akhir-akhir ini agak kurang masa untuk pergi memancing.

Sofea ni dah lama sangat mengidam nak masak sendiri siakap 3 rasa.sebelum ini pernah makan kat restoran seafood kat Kuching ( Top Sport / Taman Kereta ).Rasa ikan ni sedap sesangat.Tapi harga mahal sangat.Jadi bila ada kesempatan nak masak ikan ni.Sofea jadi teruja sesangat. ok lah gambar kat atas tu dari google je. gambar hasil masakan sofea sendiri belum di uploadkan lagi.

Kalau nak resepi , silalah salin. senang sangat nak buat.

Bahan :

Ikan Siakap ( 2 ekor)

- lumurkan dengan kunyit ,garam, dan tepung jagung. goreng hingga garing

Bahan sosnya:

Bawang merah - 4 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 3 cm
serai - 2 batang
daun limau purut - 3 helai
sos cili manis
sos ikan
sos tiram
tomato / mangga muda
cili padi

Cara buatnya :

Tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan serai ( bahan dikisar / dimayangkan dahulu ) sampai naik bau. Selepas itu masukkkan sos cili,sos ikan dan sos tiram (ikut sukatan sendiri ) .apabila kuah agak pekat masukkan daun limau purut dan mangga muda ( diracik dahulu ) dan cili padi ( yang gemar pedas ) dan segera lah tutupka api. jangan bagi masak sangat mangga. dan tuangkan kuah sos di atas ikan siakap yang digoreng tadi.


P/s : Resepi ini hasil bacaan dari Mamasya.blogspot. - cuma ada tambahan sikit2.
         Terima kasih buat suami.semoga murah rezki lagi.Insya Allah

Hari Tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah



Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban. Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 11,12 dan 13) di bulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.

Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa.  Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT.

dipetik dari : islam.dunyahalal.com

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Lemang

Selamat Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 10 zulhijjah 1432H bersamaan 06.11.2011 hari Ahad buat muslimin dan muslimat amnya.

Alhamdulillah.Bersyukur kehadrat Ilahi.Limpah dan kurnianya kita berkesempatan dalam menyambut perayaan bagi umat Islam.Yang berkesempatan mengerjakan haji di Mekkah ,kita doakan agar para jemaah pulang membawa haji mabrur.Pada kita yang belum berkesempatan ini,semoga akan ada giliran kita nanti.Insya Allah.

Kebiasaannya,sebelah pagi akan dilakukan solat sunat raya secara berjemaah di seluruh dunia.Bagi yang berkesempatan,ringankanlah anggota tubuh kita dalam mengerjakannya.Selesai kita beribadah,insyaAllah akan ada ibadah korban yang akan dilakukan nanti.

Maka sama-samalah kita membantu dalam melaksanakan ibadah ini.InsyaAllah.

Dalam pada itu juga ,kita tidak melupakan hidangan wajib pada perayaan begini.seperti kuih-muih ,ketupat,daging,ayam dan lain-lainnya.

 kredit dari mamasya blogspot






Ok lah ya. nanti ada kelapangan sofia updated lagi blog sofia ni.pada pembaca blog ni.kalau ada apa2 cadangan dan tunjuk ajar.boleh lah emailkan dengan sofia nanti .

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...