Tuesday, February 28, 2012

TEMPE GORENG BERSOS

Semalam sofea ingin mencuba resepi Tempe Goreng Bersos. Jadi sofea telah membeli tempe di pasar minggu satok sabtu lepas. Untuk membuat tempe ni.Yang sofea tahu. kita perlukan tempe,ikan bilis/pusuk,bawang putih, bawang merah,cili yang dikisar,sos ,secukup rasa,dan gula.

tempe perlu dipotong seperti ini sebelum di goreng;


KEPINGAN TEMPE



TEMPE DI POTONG KECIL



TEMPE SIAP DIGORENG



IKAN BILIS/PUSUK GORENG


TEMPE GORENG BERSOS SIAP




 p/s: perlu diperbaiki kerana tempe yang sofea masak ini kurang rangup. kepada pembaca yang tahu cara masak tempe ni. kongsi ya.

PASAR MINGGU SATOK

Sabtu 25.2.2012 sofea pergi jalan-jalan bersama kakak Rosni aka guru kelas jahitan. Kami pergi ka pasar minggu Satok. Perjalanan dari rumah Kak Rosni hanya memakan masa sebanyak 15 minit. Tetapi keadaan yang sesak di sekitar Satok disebabkan ketiadaan parking yang berdekatan telah memanjangkan perjalanan kami.

sekitar pasar minggu yang sofea berjaya rakamkan.




PILIHAN SAYUR


PILIHAN BUAH-BUAHAN


SAYUR ,CILI,HALIA





Sepanjang di pasar minggu Satok. Macam-macam hasil jualan tani,makanan basah sepeti ikan,daging,ayam dan lain-lain boleh diperolehi. Terutama ikan terubok masin atau ikan terubok biasa. Makanan kering seperti kuih muih ,kerepek, juga ada. Barang kraftangan atau cenderahati juga boleh diperolehi di sini. Cuma sofea tak dapat nak ambik gambar. Tangan dah penuh..nanti next weekend akan sofea dapatkan untuk tatapan semua ya..

Friday, February 24, 2012

Kronologi Januari 2012

Sorfina


  Januari 2012 sudah lama melabuhkan tirainya. banyak perkara yang sofea lalui sepanjang bulan januari atau 31 hari di tahun 2012.

1 januari - sambutan ulangtahun kelahiran adik bongsu ku yang ke -15 tahun tapi dah masuk tingkatan 4. moga2 adik ku akan sukses dengan rencana hidupnya sendiri .

4 januari - anak sulungku di hari pertama persekolahannya. sofea dah ambil cuti tahunan 1 hari untuk teman kan Sorfina ke sekolah. mula2 tu memang agak liat untuk dikejutkan dari tidur. sebab hari pertama sekolah walaupun bukan sesi pagi. tapi anak sofea ni tidurnya sekitar jam 2 pagi. jadi agak liat lah nak bangun pagi.

sesi pendaftaran persekolahan berjalan lancar. ingatkan masa sofea dan suami dan adiknya nak balik ke rumah, dia buat hal macam budak2 sekelas dia. macam menangis,mengamuk..tapi Sorfina tetap rileks je. jadi sofea pulak macam sedih je.



Thaqif



12- 13 januari - sofea demam. demam panas. dan seluruh badan sakit sesangat.

16 januari - sofea kena register ke klinik pakar di Hospital Umum Sarawak. sebab sofea ni ada sakit bahagian belakang. masih nak cari sakit nya. Sebab setiap ujian yang dilbuat macam ujian darah,ujian air kencing dan x-ray keputusan yang sofea dapat adalah normal.

jadi sofea kena cari apa sakitnya.dan seboleh2 nya sofea nak sangat sihat.sekarang masih follow-up dengan doktor pakar.

19 januari - sofea dan suami ambil cuti tahunan 1 hari. ada urusan dengan peguam berkenaan dengan pembelian rumah kami. semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.


Taman Alam Sari Bandar Baru Semariang

21 januari - Alhamdulillah. anak saudara pertama dalam famili sofea dilahirkan. jam 11.32 malam. sofea datang dari pukul 0200 petang sampai malam. kakak ipar sofea dah admit hospital pada 19 januari lagi. kalau ikut due date memang hari tersebut. sakit konstaksi sentiasa ada.sampai masanya Aira tetap juga dilhirkan.yang penting dia dan ibunya sihat dan selamat.



menunggu di dewan bedah



23 - 24 januari - Chinese New Year ( tahun naga )

26 januari - Thaqif jumpa nurse. suntikan 2 kali di bahu dan paha. kejap je nangis..

31 januari - Kerja kerja kerja

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...