Wednesday, April 11, 2012

TASIK BIRU

Jumaat minggu lepas, sempena cuti umum Good Friday. Sofea kena turun kerja jugak. kena ambil OT lah. kali ni kena turun site. pergi Pekan BAU. masa perjalanan mengambil masa 1 jam. mengguna kenderaan syarikat.

di pekan bau,pekan nya kecil saja. yang menarik keaadan sekeliling masih nampak hijau. ada tasik biru, fairy cave, gua angin. dan tak jauh dari pekan BAU ada pasar SERIKIN yang terkenal di sarawak.

tak banyak info yang sofea dapat kongsikan . yang cuma sofea kongsikan adalan gambar sahaja.

di hadapan TASIK BIRU


pemandangan TASIK BIRU



ada banyak lagi. tapi kemalasan melanda..tp xpakan..cukuplah gambar kat atas tu buat tatapan ya

Resepi - Kek Lapis Cadbury / Kek Lapis India

3 hari yang lepas, Sofea ada mencuba resepi KEK LAPIS CADBURY. Sebelum nak mulakan buat kek tu. Sofea baca dahulu dan fahamkan cara nak buat. Apabila sudah faham, barulah saya mulakan. Saya pastikan setiap bahan ada.

Bahan-bahan


                        16 oz mentega
            10biji telur ayam
            100 gm gula halus
              80 gm tepung gandum
                2 tin susu manis/pekat
                 1 sudu teh vanilla
             100 gm horlicks
                 2 kotak coklat cadbury
                    pewarna kuning

Cara-cara

      Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.
      Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
      Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata   dan  tepung/horlicks tidak berketul-ketul.
      Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.
      Bila sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi  coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
      Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.
      Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.

 
kek lapis cadbury by Sofea Jali


P/s : resepi dr myresepi. maaf ada kesilapan sebelum ini tulisan berganda.

Tuesday, April 10, 2012

KURSUS LAGI

Salam buat semua. Lama dah tak update blog ni. kerja dan aktiviti menyibukkan diri punya pasal.tapi tak ape.yang penting semuanya berjalan dengan jayanya. Kursus dah 2 kali turun KL ni.penat jugak lah.dan banyak duit nak kena labur.

Kat KL , sofia duduk kat hostel tempat di mana kursus dijalankan. jadi kos penginapan tak de lah perlu dikeluarkan. cuma wang saku untuk makan minum dan pengangkutan je. Yang penting kena beli tudung yang terbaru. Kat KL tudung murah2. heheh..biasalah kan. nama pun KL.

Kalau habis kelas , pergi jalan2. itupun kalau ada teman. tempat yang dituju pun tempat yang sama je. Pergi jalan TAR, Mydin, dan SOGO. ok lah nanti sambung lagi. yang paling best dapat kenalan baru masa kursus ni.

Next entry nak cerita pasal resepi baru yang dicuba KEK LAPIS CADBURY...sedap...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...