Thursday, September 13, 2012

DAIEKU - SYED THAQIF HASHIM


SYED THAQIF HASHIM


Sekarang dah 2 tahun 1 bulan lebih  gitu..nak belajar bercakap.satu2 word keluar dari mulut dia. kadang2 lucu jugakalah dengan budak ni. manja sesangat. paling suka tengok boboboi, barbie ( ini terikut kakak nya), upin ipin dan tom n jerry.

budak2 kalau tak suka kartun, payah jugak. kita nak buat kerja pun payah. yelah nak kena layan dia. beli mainan sekejap je main. tak pernah nak memain lelame.

sekarang suka bangun awal pagi..siap sofea gelar dia. Alarm subuh or Morning person.. belum subuh pun dah siap bangunkan org rumah..adekk adekkk..apa2 pun ummi tetap sayang ...qiamulllail lah ummi ngko ni..kalau qiamullali ini tidak giam - mu - lalai kan..

adek ummi rindu jugak kalau pepagi ngko tak buat bising..hehehe..tapi tu lah kesian mak mertua ummi..hehehe...paham2 lah ye...

sofea ni jenis yang senang nak tidur..asal ada peluang menidor jak kerja sofea ni...apa2 pun nak kena ikhtiar jugak..macam mana lah nak bagi jangan mudah sangat tidur..


P/s -----ummi sayang semua anak-anak ummi

Majlis Kawen - Adik tersayang

Majlis adik tersayang. ( semua adik-adik sofea sayang ) ada tinggal 15 hari lagi..banyak yang perlu dibuat. dari persiapan bakal pengantin hingga ke majlis . Pengantin menggunakan khidmat hias dandan Sunita Andaman. dari saat akad nikah hingga majlis untuk tetamu. Perkhidamatan pakaian pengantin,pelamin,hiasan kereta,kameraman dan mandi pengantin dan berinai. complete lah kiranya.

Tak sabar rasanya majlis ini selesai. penatttttttt.

Majlis akad nikah bakal diadakan di Majlis Islam Sarawak pada hari Jumaat. Ingat nak buat di rumah. nampak gayanya tak kot..banyak benda nak kena buat kalau buat majlis akad nikah di rumah.dari jamuan hingga ke PA system.dan macam2 lah. Lagi2 Sofea takde waktu ni. tugas sofea ambik aadik hantar ke rumah mak andam. dan terua ke MIS..sofea ada temujanji.

Majlis belulut pulak , pada malam ahad. siangnya tu sabtu. Ahad majlis bersanding. huhuh 3 hari serentak. Keluarga mertua adik dari Sabah. guna jalan darat. ikut perancangan dengornye berangkat hari selasa pada minggu tersebut. biasanya dari Sabah ke Sarawak. dalam 2 hari jugaklah perjalanan. nak kena keluar masuk Brunei . perlu passport mahupun pas perjalanan.

Harap dan doa sofea semua Allah permudahkan


Tuesday, September 11, 2012

Pengurusan Jenazah

Pengalaman pertama Sofea dalam mengikuti pengurusan jenazah kira-kira 3 tahun lepas iaitu mengurus jenazah di kalangan ahli keluarga sendiri. pengalaman ini sedikit sebanyak  untuk penambahan ilmu fardhu kifayah Sofea sendiri. Ialah andai ada kematian dalam keluarga sendiri atau orang luar dapatlah diguna pakai.

Hanya 2 kali pengalaman memandikan jenazah dan baru sekali pengalaman mengapankan jenazah. Sedih kan. Jadi sofea belum cukup mahir dalam pengurusan jenazah ini. Insya Allah sofea nak carik kursus berkaitan. Dulu pernah nak ikut kursus , tetapi sofea pulak baru je selesai melahirkan anak kedua sofea. Jadi tertangguh lagi.

 Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga masih ada kesempatan untuk sofea menjalani kursus pengurusan jenazah dari kalangan orang-orang yang berpengalaman.


gambar hiasan

Bagi mereka-mereka mahu mengikuti pengurusan jenazah, perlulah ada ilmu asas dalam menguruskan jenazah. yang paling ditekankan adalah sifat AMANAH iaitu tidak menceritakan keAIBan si mati kepada sesiapa selain ahli keluarganya sendiri.

Perlu BERANI, kerana setiap jenazah ada yang berbeza. Maka sebab itu, sofea perlu menimba lagi ilmu berkenaan pengurusan jenzah ini. semoga Allah ampunkan kesalahan sofea yang sengaja mahupun tidak sengaja.


Wallahua'alam

innalillahiwainnailaihirojiun..dari Dia kita datang, kepada DIA kita kembali

Al-Fatihah.


Maha suci Allah. Tiada yang disembah melainkan Engkau. hanya kepada Engkau tempatku memohon pertolongan.

Jumaat lepas yang bertarikh 7 September 2012 bersamaan 20 Syawal 1433H , Allahyaryam menghembuskan nafasnya yang  terakhir sekitar awal pagi ( waktu atau jam tidak diberitahu dengan jelas ) akibat sakit. Allahyarham adalah isteri kepada ayah saudara sebelah emak. Kalau tak silap baru setahun lebih berkahwin dengan pakcik sofea. sedih kan. tidak ada zuriat antara beliau dan suami.

Doa sofea agar rohnya dicucuri rahmat oleh Nya. Semoga arwah Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...