mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, January 30, 2014
NAK CERITA APA YA
sekarang ni duduk dalam ofis. melangok seorang diri. yang lain dah siap-siap bercuti panjang. sempena CNY. colic kan cina. so, bagi peluang beliau prepare for makan besar malam ni. rasanya lah. sebab banyak kedai-kedai dah tutup dan buka setengah hari je.
hari ni asyik ke toilet je. sakit perut. bimbang jugak ni. sudah lah sensorang. harap2 tak ada papa lah. hmmmm...perut lapar lagi..tadi pagi makan mee goreng dan teh 0. dekat aroma kitchen. sama dengan hubby. after hubby clock in. kena hantar sofea pergi ofis. sofea tak larat nak drive dah.
lunch pulak makan nasi lemak. beli dekat gerai tepi jalan tu..beli kuih rm2. boleh lah buat alas perut nanti. malam tadi kiranya nak pergi makan di hawa steambot kat jalan astana. tapi, cancel. sebab satu kepala caj RM 20.00. tak pe lah. nanti da rezeki boleh pergi. masa ni banyak nak pakai duit. so, decide makan di kubah je. ajak adik sefamili. mak. adik bongsu . dan anak buah.
tu je kot cerita hari ni. pening kepala. perut sakit. lapar lagi...ALLAHUAKBAR....
esok cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
BAKAL CUTI 3 BULAN
wah. dah lama tak update blog ni. sofea sekarang tengah menunggu masa. masa nak bersalin. dah mula ada rasa sakit diperut. baby nak "turun". semoga semuanya Allah permudahkan. dalam bulan jan ni. dah 3 kali kena kontraksi palsu. baby tak cukup gerak dalam tempoh 12 jam. sakit perut macam nak beranak. pergi speta. ctg..ve..belum lagi kata doc. tak apa lah. baby masih seronok nak duduk dalam perut umminya.
esok 31.1.2014 public holiday. sempena CNY. gong xi fa cai for chinese people. mintak ang pow looo....heheheh.
cuti panjang dari 31.1.2014 hingga 3.2.2014. tapi sofea ambik leave . mayb. dah tak larat nak duduk melangok dalam ofis..sensorang lagi tu..takut terberanak di ofis. kan ke harubiru hidup sofea kelak..heheh. insha Allah. semoga sofea selamat bersalin dalam tempoh terdekat ni. so, selamatlah cuti tahunan sofea...ekkekekek..
cuti bersalin. sofea ambik 90 hari. maksudnya 3 bulan. nampak macam lama. tapi, tengoklah kelak. kejap je rasa nya. kena turun kerja lagi.
Monday, January 13, 2014
SETIAP ORANG BERBEZA
yap..setiap insan berbeza...
watak dan perwatakan. paras rupa. ideologi.akal fikiran. nafsu serakah. selera makan. dan macam-macam. sofea kena positif dalam semua hal. kena jugak. sebab sofea kekadang berfikir ikut satu sudut atau banyak sudut. pendapat kekadang berbeza. tapi itulah pentingnya komunikasi antara insan.
sedari ada kesilapan dan kesalahan ...mahupun kelebihan dan kekurangan. setiap insan ada semua tu. memang benar yang di bicara. mungkin di mata kita begitu begini. tapi tidak di bahu yang menanggungnya. MUNGKINNNNNN.....
ada percubaan untuk berubah. tapi kudrat dan iradat tidak kesampaian. tapi , sampai bila ? tiada masa ? tiada kekuatan ? apa jua pun alasan. tepuklah dada tanyalah iman. ambik masa untuk berfikir. belajar tinggi atau rendah. kena ambik jugak masa untuk berfikir. ubah atau tidak. mampu atau tidak ? kena cuba. tapi kalau duduk tak mencuba. kita tak akan tahu hasilnya.
kekadang geram...kekadang sedih..kenapa? bagaimana ? siapa ? salah siapa? sampai bila ? ada masa? tak ada masa? berserah ?
Allah jua lah tempat paling sesuey untuk mengadu...pernah ke mencuba? kalau tak...pergilah mencuba...berusahalah. berdoalah...mengadu padaNYA. bukan duduk sahaja. mengharap pada siapa? siapa yang tidak kasih. siapa yang tidak simpati? tapi kalau terusan begini dan begitu. siapa akan peduli.
Allah Maha Besar. menguji setiap hambaNYA. mengikut kemampuan hambaNYA. tak akan diduga hambaNYA kalau di luar kemampuan. kita berubah. jangan sekadar berubah tanpa niat dan doa. yakinlah ALLAH sentiasa ada untuk setiap hambaNYA .......
MAKAN MAKAN MAKAN
makan..makan..makan....kena ikut selera anak tekak. sofea dah siap listkan apa yang nak dimakan. sebelum menempuhi tempoh berpantang yang mencabar . tak lama lagi tu.
teringin nak makan sizzling mushroom. hanya ada di Tun Jugah...nasi belum masak lagi. jadi pekena mee je lah....ada pilihan pedas atau biasa. suami pilih yang pedas. ada ayam dan daging...Alhamdulillah. Allah berdi sedap...
sizzling mushroom |
pilihan suami |
suami beli mocha shake. sedap. sofea tergodassss..terus mintak. kena pau ...hahahhaha
mochassss |
mocha jugak. tapi panas punya.
mocha panas |
selesai di makan. habis licin. |
air 3 rasa. kalau tak silap lah. dekat Mass Cafe di batu 7....memang ada 3 rasa....
air 3 rasa... |
teringin nak makan kuih ni. tapi nakkan emak yang buat. biasa kaler hijau. tapi apakan daya pewarna hijau pulak tak ada. jadi, guna kaler kuning lah...inti gula apong. nyiur letak luar. sedap sampai satu mangkuk sofea makan.....
kuih bommm |
coconut shake |
nasi ayam salad |
mocha shake....aduhhhhh |
banyak lagi nak di makan ni...terus mengejar misi dan masa.....
MACAM-MACAM NAK DIMAKAN
semakin mendekat hari nak bersalin. semakinlah selera tekak macam-macam. siap sofea buat list lagi. takut terlupa....
rezeki makan udang besar / apek. adik ipar pergi pancing ikan. dapat ini.
seekor je..... |
lepas tu suami pulak dimurahkan Allah rezeki. dapat ikan...... untuk 2 hari memancing
nama ikan tak ingat. sebelum di masak |
ikan -ikan yang telah dimasak |
adik ipar masak asam pedas....tebal bibir akibat pedas tak ingat....hukhuk
ikan selunsung |
siap di masak |
sedap isinya. ikan freshhhhhhh
misi mencari slurpee 7 eleven pulak. dari kota samarahan sampai ke kuching. lastly dapat kat 7 eleven sebelah wisma saberkas. bukan tak ada. tapi mesin rosak...
slurpeeeee....sedap |
jadi makan apa yang dapat di makan sebelum menempuhi tempoh berpantang kelak.......
ANAK-ANAK KE SEKOLAH
lambat sofea update pasal anak-anak ke sekolah. tahun 2014. kedua-duanya sofea sekolah kan. yang sulung kiranya dah 3 tahun sekolah. yang no. 2 baru mula tahun ni.
sorang 6 tahun , sorang pulak 4 tahun. sofea sekolahkan tak jauh dari rumah mertua. sebab bapak mertua atau adik ipar yang akan hantar dan ambik mereka. sofea dan suami. hantar yang sulung je. nak ambik jauh tempat kerja kami. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
yang ni no.2 ..hari pertama ke sekolah. hikhik..mengamuk kena tinggal. ada terbit rasa kasihan. tapi kena kuat wahai hati. kalau nak bagi pembelajaran untuk anak. kena lah bersedia walau apa jua cara. semoga Allah lindungimu nak.
susun kerusi...bagi layan |
dah layan. hati-hati keluar dari kelas |
yang ni si sulung. baju uniform untuk pra sekolah. upah jahit dengan biras. adik ipar suami. nasib baek. beli kain ungu 3 1/2 meter bukaan 60 inci. dapat 4 pasang...banyak nau. kain biru buat seluar. beli 4 meter. bukaan 45 inci. dapat 4 pasang jugaksss. tak nangis. semoga Allah lindungi mu nak.
laju abahnya jalan... |
tengah buka kasut dan tanda kasut |
setiap ibu bapa nakkan anak-anak berjaya dunia akhirat. baelajar ilmu dunia dan akhirat. semoga anak-anak ummi faham erti belajar. dan kena tekun.
tak lama lagi ummi bercuti panjang. 3 bulan. insha Allah...
MENGHITUNG HARI
di saat ini. menghitung hari...betapa debar nya hati ini. wahwah wah..sofea berdebar untuk melahirkan zuriat ketiga ini. jangkaan bersalin pada 08 feb 2014. harap-harap semuanya Allah permudahkan.
sakit pinggang. sakit perut. semuanya dah bermula. antara tanda-tanda nak bersalin. cepat atau lambat Allah punya rahsia. yang mampu sofea buat. adalah berdoa agar Allah permudahkan semuanya.
barang baby dan sofea khusus untuk ke hospital sudah di kemas. hanya menunggu masa sahaja. turun kerja pun dah tak larat. namun apa daya kena teruskan jua. cuma, kali ini suami yang drive. tak larat nak drive. melainkan kena drive jugak...
tidur pun dah kurang lena. nak kata lena tak jugak. nak kata tak lena tak jugak. sebab asyik nak ke tandas sejak 2 menjak ni. kekadang tak larat nak bangun. sakit pinggang ke bawah. Allah sajalah yang tahu sakitnya bagaimana.
Wednesday, January 8, 2014
PREPARE BARANG DI WAKTU PANTANG
banyak nau entry ...iyerlah dah lama cuti . sofea memang banyak benda nak cerita. terutama sekali pasal baby baru ni. preparation untuk tempoh berpantang. doa sofea agar mudah bersalin. dan tak banyak koyak macam yang lepas. huhuhu...
sofea prepare barang baby dulu. beli lah barang baru untuk baby ni. semua baru. dan kumpul barang abang kakak yang lama untuk diguna balik. nasib baik sofea simpan. ada lah untuk dipakai di rumah. mandian. pampers. ubat . minyak hangat. dan lebih sofea tekankan sekarang. adalah penyusuan bayi. sofea nak susukan anak sofea. tapi kena positif dalam segala hal. sofea usaha dan tawakal. penjagaan "breast" bermula di awal kehamilan. doa pun sofea hafal.doakan ya sofea selamat bersalin dan menikmati tempoh berpantang.
sofea dah kemas bilik. sikit-sikitlah. pasang langsir baru. minggu terakhir bulan jan. sofea nak mintak tolong suami vacum bilik. vacum debu-debu yang tersembunyi. lepas tu prepare barang sendiri. kain batik. baju. tudung. ubat bersalin. makanan dalam pantang. terutama " pusuk leyak ". serta rempah untuk dimakan bersama sireh pinang. sofea dah prepare barang. cuma tunggu masa nak mulakan je lagi. rempah kena di goreng kering. untuk ubat. sofea dah prepare dalam bekas.
apa lagi ye....kekadang ada je yang lupa ni...beg ke hospital sofea dah standby kan.
MENUNGGU SAAT NAK BERSALIN
ya Allah, walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ini. masih jugak sofea ni nerves. pandai lupa-lupa ingat rasa sakit konstraksi nak bersalin. ye lah , beza anak kedua dengan yang nombor 3 ni. 4 tahun. masa anak sulung ada tanda. sofea keluar darah. sehari semalam ditahan di wad. bukaan belum besar. anak kedua. sakit berterusan. tiada ketuban pecah atau darah keluar. tup tup bukaan dah 5 cm. Subhanallah. rasa mudah je nak bersalin. tapi hazab nak menanggungnya. hanya Allah yang Maha Mengetahui.
mommies-mommies kat luar mesti tahu kan. masing-masing berbeza pengalaman. tidak mengapa. semoga di setiap kali kita melahirkan anak kita. Allah ampunkan dosa-dosa kita.sekarang sofea dalam 36 w. suspected anemia dan kencing manis. tapi 2nd day januari hari tu. baby kurang gerak. sofea pg speta nak check. Alhamdulillah. semua dalam keadaan baik. jantung , darah sofea dan kencing manis dalam keadaan normal. cuma kedudukan bayi breech. ambik mc. then pemeriksaan di klinik kesihatan pada 6 jan pulak. pemeriksaan biasa..tekanan darah ok. hb ok. cuma tak sempat nak scan. sebab doc baru tak reti mesin scan baru tu. doktor yang biasa tu pulak cuti bersalin. misi masa check perut. cakap kepala baby dah kat bawah.
Alhamdulillah. semoga Allah permudahkan.
sekarang di minggu-minggu terakhir ni. nak prepare barang-barang untuk berpantang dan kemas bilik. ada2 weeks lagi...
SELAMAT TAHUN BARU 2014
maaf ye lambat nak wish tahun baru masihi ni. al maklumlah. sekarang sofea sibuk dengan anak-anak yang nak ke sekolah. sibuk dengan diri yang dah sarat ni.
apa-apa pun semoga tahun baru 2014 masihi , kita semua dapat capai target yang lepas. kalau tak dapat, tak pe. kita teruskan di tahun 2014.
macam sofea gak. ada jugak target tahun lepas kena tunda ke tahun ini. semoga Allah permudahkan.
di bulan januari ni. sofea menunggu saat nak bersalin. pemeriksaan ke klinik kesihatan seminggu sekali dah. cuaca di awal tahun hujan lebat. rezeki dari Allah yang mencurah-curah. moga-moga ada bahagian untuk kita kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...