mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, July 31, 2014
DUGAAN DI BULAN PUASA 2014
Aku merancang
Allah merancang
Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang
sofea ingatkan nak puasa penuh di bulan ramadhan kali ini. ye lah tahun lepas. langsung tak dapat puasa. tapi apakan daya. Allah uji lagi...
hari ke-3 puasa. hari selasa sofea diberi ujian. kena demam campak. rasanya sofea ada cerita sebelum ni kan. teruk jugak. campak tumbuh seluruh badan. lagi parah dekat muka. demam lagi. terus tak dapat puasa. pergi jumpa 1 doktor . cuma bagi ubat demam. esok pagi terus tak dapat bangun sebab demam panas.
paginya. minta teman pak syed pergi klinik. jumpa doktor dayang. ini baru doktor. check betul-betul dan bagi ubat. nasihat sikit. kena kuarantinkan diri dari baby jannah. sedih leee..sebab jannah bf.
dalam nak seminggu jugaklah baru sembuh. itu pun bekas-bekas campak masih kelihatan. sofea juga konsisten makan ubat yang diberi dan vitamin C Shaklee...heheh promot kejap ekkk
hari ke2 kena campak...
muka kembang. mata pun kena sekali.
tabahkan hati. kasi ubat baik punya..
selepas seminggu. Alhamdulillah. Allah sembuhkan dengan segera.
salah satu supplement yang sofea ambil....Alhamdulillah
Saturday, July 19, 2014
JANNAH DAH 5 BULAN
10.7.2014 jannah dah 5 bulan. dapat injection ubat dari misi kat klinik. nangis sebab kena tahan. lepas cucuk. ok. diam..nasib baik tak demam.
Al-Jannah |
Al-Jannah |
tak berapa sihat ni. maaf lah ye. kalau entry ni cakap-cakap kosong je...
Friday, July 18, 2014
MH17 - ALLAH MENGUJI KITA
Al-fatihah buat mangsa MH17 .
Allah uji kita pelbagai cara.
Allah uji kita pelbagai rupa
Allah uji uji dan terus menguji kita
pasti ada hikmah Nya
Malaysia digemparkan dengan berita kapal terbang MAS MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas.
Terhempas di sempadan Ukraine - Russia
*** MH17 ditembak
*** pesawat dipercayai ditembak pengganas menggunakan peluru berpandu BUK
*** 295 penumpang , anak kapal terbunuh
kredit : Berita harian |
kredit : berita harian |
Apa yang pasti...yang hidup pasti akan mati.
" Dari Allah kita datang , kepada Allah kita kembali ""
sedih , pilu menyelubungi hari ke 20 ramadhan. semoga ahli keluarga mangsa MH17 tabah menghadapi dugaan yang besar ini.
tidak mampu untuk diungkapkan kata-kata. hanya mampu untuk sedekahkan Al-fatihah
BAZAR RAMADHAN SEKITAR KUCHING
bazar Ramadhan sekitar Kuching yang sempat sofea tahu dan pergi.
- paling dekat bazar Sukmaria. sebab tak jauh dari rumah kediaman sekarang. banyak jualan .paling femes roti john sukma, bergedil , kuih-muih dan macam-macam.
- Bazar ramadhan Bandar Baru Semaring ( BSS )..suka cari tomyam dan yang terbaru bakso.
- Bazar Ramadhan Satok. yang dah beroperasi di Kubah Ria. banyak jugak. air tebu ..kuih-muih , mee kolok , laksa sarawak. dan banyak lagiii. ni tak jauh dari rumah keluarga sofea.
- bazar semarak
- dan bagi yang nak makan makanan ori dari semenanjung. boleh pergi bazar Kem Penrissen. yang dekat sekolah dan masjid. situ memang banyak lauk pauk, kuih muih semenanjung. sedap pun sedap. kebab sedap.
- bazar batu 7. tahun ni belum pergi lagi. macam biasa sesak.
ok lah cerita hari ini. pening kepala ni...
Thursday, July 17, 2014
HATI KECIL KU TERGURIS
salam ramadhan...
lama kan sofea tak update blog ni. macam-macam dah berlaku sepanjang bulan ramadhan ini. sofea sakit. hidap demam campak yang pertama kali dalam hidup. cuti sakit sampai 1 minggu. dengan baby masih kecil lagi. kesian baby jannah. kena kuaratin. menyusu badan kan. kenalah pam susu bagi dia minum. waima baby jannah minum susu formula.
syukur ke hadrat Ilahi. menguji sofea ikut kemampuan sofea.
hati terguris. kecil hati. semoga Allah rawat hati ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...