Monday, May 30, 2011

BAJU MELAYU FOR RAYA

Salam semua.Hari ni sofia nak cerita pasal baju melayu.dari minggu pertama(bulan mei) kelas jahitan yang sofia hadiri,semalam sofia dah berjaya siapkan sepasang baju melayu.lebih-lebih lagi baju melayu yang sofia siapkan adalah untuk suami sofia yang tercinta(for raya ).alhamdulillah.ada hasil tangan sofia.sofia nak ceritakan permulaan kelas jahitan..kelas yang sofia hadiri ni pada setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.kalau yang tidak bekerja kelas akan diadakan pada isnin,rabu dan jumaat.so,sofia ni bekerja.maka kelas pada hujung minggu.hari pertama kelas tu,cikgu akan ajarkan bagaimana nak buat pola baju dan cara betul ambil ukuran baju.sekiranya kita nak buat baju suami.kenalah bawa baju suami yang biasa dia pakai.sofia buat pola..dan gunting pola..setiap pola akan dilekatkan pada kain.ini kerana utk kemudahan ketika proses menggunting kain.
MELUKIS POLA
pada pola yang dilukis terdapat ;
a) badan baju
b) lengan baju
c) pesak
d) keket/kekek
e) kolar baju
f) kocek
g) seluar
MENGGUNTING KAIN
-Kain 4 meter.
-kain di buka panjang secara melintang.
-dilipat 2.kena bijak ketika menggunting.setiap pola yang diatas.
MENJAHIT
1.-jahit pesak dan kekek.
-sambung dengan lengan baju.
-selesai bahagian lengan
2.-badan baju.gunting untuk buat leher/ kolar baju
-kolar baju yang sudah siap dijahit.disambungkan dekat bahagian leher.
-selesai dijahit.jahitkan bahagian kocek dahulu.
-sambungkan bahagian 1 diatas dengan bahagian ini.selesai sudah.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...