Wednesday, July 27, 2011

KURSUS-KUALA LUMPUR- akhir


19.7.2011 - 20.7.2011 ( selasa dan rabu )

Sofia nak ringkaskan cerita.Sofia pergi balik kursus guna cara(transport) dan jalan yang sama.Cuma hari selasa selepas kursus selesai kawan yang temankan sofia jalan2 sekitar SOGO ,Masjid Jamek , MYDIN ,kedai tudung dan lain2 adalah orang yang berbeza. Kerana kawan yang seorang lagi dah balik rumah mertua.Dan yang seorang balik asrama.Alhamdulillah adalah teman.

tudung ;sofia beli secara borong.agak murah.cuma saiz dan warna tu yang kurang menepati citarasa.tapi oklah dapat beri dengan mak dan adik-adik.kalau beli macam mula-mual sofia pergi hari tu RM50.00 baru dapat 3 helai tudung.Tapi beli secara borong RM 65.00 dapat 10 helai.

Tuesday, July 26, 2011

KURSUS-KUALA LUMPUR(episod ke-2)

dari google

18.7.2011 isnin
Jam 0730 pagi berkumpul di hadapan asrama. Sofia dan 2 orang kawan. Kami bergerak keluar dari kawasan asrama untuk cari teksi. Tempat kursus tu jauh.Lagi-lagi dari tempat tinggal ni.Kami tinggal dekat dengan kawasan Jalan Semarak. Tempat kursus pulak Jalan Damansara.hari ni hari pertama kursus.kursus ni cuma dalam 2 hari sahaja.jadi sofia dan kawan2 sepakat guna teksi.lebih-lebih lagi kurang biasa temapt ni.Hari pertama dah kena tipu dengan pemandu teksi.Dia bawa kami guna jalan jauh.Rm40.00 termasuklah bayaran tol.Pengajaran buat sofia.

Monday, July 25, 2011

KURSUS-KUALA LUMPUR

dari google

17.7.2011 Ahad
Sofia berangkat dari rumah ke KIA(Kuching International Airport) dalam jam 1300 petang. Kalau dikira masa..lewat sudah.Flight dalam jam 1520 pm ke Kuala Lumpur(KLIA). Sebelum tu ,kena kiss2 anak2 dulu.Aduhh sedih nya nak tinggalkan anak2.Tapi tuntutan kerja perlu juga tabahkan hati.

Sampai KIA,tunggu kawan yang sama pergi kursus.Tunggu punya tunggu sofia dah terasa kelewatan.terus ke tempat check-in(betul ke).Kalau nak ikut sofia.sofia agak kurang arif bab2 nak guna 'belon' ni. Sofia pun ringan mulut bertanya.tempat check in dan berjaya dapat boarding pass..dapat tempat duduk 14c.oklah tu..

Friday, July 22, 2011

RUMAH IDAMAN-EPISOD PERTAMA

petikan dari google
Beberapa hari yang lepas , sofia kursus di Kuala Lumpur. Jadi sofia amanahkan urusan jual beli kepada suami. Rupanya ada rintangan yang melintang di hadapan. Tapi itu cerita beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah..pada tarikh 21 Julai 2011 Khamis,pada malamnya urusan jual beli antara kami dengan penjual masuk episod pertama. ini kerana sofia dan suami serta bersaksikan bapa mertua telah memberi bayaran pendahuluan kepada penjual yang juga bersertakan saksi untuk pihak mereka...sukur..syukur....

Saturday, July 16, 2011

RUMAH IDAMAN


Setiap orang pastinya ingin memiliki sebuah rumah. Lebih-lebih lagi macam sofia. Sudah bersuami dan sudah punya 2 anak. Keinginan untuk memiliki sebuah rumah adalah impian yang seringkali terdapat di dalam carta minda setiap masa. Cuma tahap kemampuan kita atau pasangan hidup kita menjadikannya satu-satu nya impian. Dari mula tahun 2011 sampai lah bulan ramadhan yang bakal menjelma,sofia dan suami berusaha mencari rumah yang dijual. Yang baru mahupun yang lama. Asalkan harganya berpatutan.Banyak cubaan dan dugaan yang kami tempuhi.

Friday, July 15, 2011

TERIMA KASIH-SAMBUNGAN

kredit dari google
terima kasih sekali lagi.dan sekali lagi. nanti sofia minta tunjuk ajar lagiBuat kak deena yang meriaskan laman blog ini.

TERIMA KASIH


Al-hamdulillah.bersyukur ke hadratNya.ucapan.terima kasih buat kak Deena yang sudi tolong touch-upkan blog sofia. nak harapkan sofia..hancus lah wajah blog ni..sofia bukan tak pernah cuba. sofia ikut je step2 yang diberi....tapi.jadinya tidak.lagi haru biru laman blog sofia ni. mungkin sofia kena study banyak lagi cara nak buat laman blog ni.terima kasih kak..terharu dengan kesudian kak deena membanting tangan dalam men 'touchupkan ' laman blog ini..

Monday, July 11, 2011

Kelas Jahitan

Hampir sebulan sofia tak dapat hadirkan diri dalam kelas jahitan.banyak rintangan yang melintang di mana sofia ingin hadir ke kelas jahitan. kalau sofia free,cikgu pulak ada urusan.begitulah sebaliknyaapa-apa pun sofia akan siapkan juga baju-baju untuk hari raya tahun ini.nanti sofia uploadkan gambar-gamabr baju yang sofia siapkan.ok

SYAABAN 1432H

Al-hamdulillah.kini sudah masuk bulan Syaaban.Ada beberapa hari lagi.kita,iaitu muslimin dan muslimat bakal menyambut bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.semoga kita mampu melaksanakan setiap ibadah pada setiap hari dalam bulan ramadhan.bagi yang uzur,ibu-ibu mengandung mahupun masih menyusu bayi.tidaklah digalakkan berpuasa.ini kerna ibadah ini tidaklah memberatkan setiap pengamalnya.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...