Friday, July 22, 2011

RUMAH IDAMAN-EPISOD PERTAMA

petikan dari google
Beberapa hari yang lepas , sofia kursus di Kuala Lumpur. Jadi sofia amanahkan urusan jual beli kepada suami. Rupanya ada rintangan yang melintang di hadapan. Tapi itu cerita beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah..pada tarikh 21 Julai 2011 Khamis,pada malamnya urusan jual beli antara kami dengan penjual masuk episod pertama. ini kerana sofia dan suami serta bersaksikan bapa mertua telah memberi bayaran pendahuluan kepada penjual yang juga bersertakan saksi untuk pihak mereka...sukur..syukur....
syukur kepada MU,ya Allah Tuhan sekalian alamtidak mampu untuk digambarkan kesyukuran ini. semoga Allah permudahkan lagi urusan yang seterusnya. Sesungguhnya sofia tetap merayu dan akan terus meminta pertolongan dari Nya. Hanya DIA yang kusembah dan Hanya DIA tempatku mohon pertolongan. ALLLAHUAKBAR. Segala puji bagi MU ya ALLAH. Segala urusan jual beli ini kami telah sepakat. Dan untuk mengelak dari kejadian pertama ,kedua mahupun ketiga iaitu dalam urusan jual beli rumah yang lalu. Sofia dan suami menyediakan surat untuk ditandatangani di antara kedua-dua belah pihak. tetapi sebelum itu. Sofia dan suami memastika yang penjual memahami setiap isi surat. Agar tidak terjadi berat sebelah. Akhirnya episod pertama selesai. Sekarang menunggu proses kedua lagi.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...