Friday, January 27, 2012

MENU DINNER TAHUN 2011











AHLI KELUARGA BARU



Salam kepada semua pembaca blog sofea ini. Terima kasih kerna sudi membaca apa-apa entry yang sofea rasa sesuai untuk dikongsi bersama.

Macam mana cuti CNY minggu ni. bagi yang bekerja office hour dan dapat bercuti tentu seronok kan. tapi bagi yang kena bekerja walaupun dalam cuti. kenalah bekerja.

Sepanjang cuti tahun baru cina. sofea agak sibuk sikit. Sebab kakak ipar sofea masuk hospital pada hari khamis 19/01/2012. kakak ipar sofea ni bakal melahirkan anak pertama. sofea mulanya nak melawat. tapi ada urusan pulak dengan peguam berkenaan pembelian rumah. jadi bila dah selesai semua urusan sofea dan suami baru nak gerak ke hospital. tapi bukan rezki lah hari tu. sebab kami 'memori daun pisang' ..hujan lebat sesangat petang tu. tambahan kami guna motosikal. akibatnya habis basah lah kami.

keesokannya pulak kami kerja. malam pulak hujan lebat. so ambik keputusan lawat hari sabtu. pada sabtu lepas,selepas suami habis kerja. sofea,suami,bapak,emak dan nenek pergi ke hospital. sampai kat hospital. kakak ipar masih dalam labour room. sofea kesian tengok mak kakak ipar. merah mukanya. mungkin penant menunggu. dari yang mak dia cakap. dari jam 8 lagi dah di bawa masuk ke labour room.

sofea pegi tanya kat misi di kaunter. macam mana keadaan kakak ipar. misi tu cakap. bukaan masih 5 cm..bayangkan masa tu dah pukul 6 petang. masih 5 cm..lama dah...sofea balik rumah nak jenguk anak kejap. lepas tu pergi lagi ke hospital jam 8 malam. bapak dan mak balik. jadi sofea masih kat hospital. sofea tanya dengan kawan yang kerja dekat labour room. dia cakap bukaan dah 8 cm. lega rasanya.

dipendekkan cerita. akhirnya kak ipar bersalin secara czer. sebab kedudukan baby dah berubah. bagi sofea yang penting selamat semuanya. Alhamdulillah

Tuesday, January 10, 2012

TEH HIJAU


Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:
Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.
Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.
Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.
Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.
Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA

ISTERI PERLU DISAYANGI BUKAN DIZALIMI


Isteri untuk disayang bukan disepak terajang

Kosmo! Online - Rencana Utama

ZIKIR DARIPADA HAFIZ TENANGKAN JIWA

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Intermezzo_ZikirHafiztenangkanjiwa/Article/index_html

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...