mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Friday, January 27, 2012
AHLI KELUARGA BARU
Salam kepada semua pembaca blog sofea ini. Terima kasih kerna sudi membaca apa-apa entry yang sofea rasa sesuai untuk dikongsi bersama.
Macam mana cuti CNY minggu ni. bagi yang bekerja office hour dan dapat bercuti tentu seronok kan. tapi bagi yang kena bekerja walaupun dalam cuti. kenalah bekerja.
Sepanjang cuti tahun baru cina. sofea agak sibuk sikit. Sebab kakak ipar sofea masuk hospital pada hari khamis 19/01/2012. kakak ipar sofea ni bakal melahirkan anak pertama. sofea mulanya nak melawat. tapi ada urusan pulak dengan peguam berkenaan pembelian rumah. jadi bila dah selesai semua urusan sofea dan suami baru nak gerak ke hospital. tapi bukan rezki lah hari tu. sebab kami 'memori daun pisang' ..hujan lebat sesangat petang tu. tambahan kami guna motosikal. akibatnya habis basah lah kami.
keesokannya pulak kami kerja. malam pulak hujan lebat. so ambik keputusan lawat hari sabtu. pada sabtu lepas,selepas suami habis kerja. sofea,suami,bapak,emak dan nenek pergi ke hospital. sampai kat hospital. kakak ipar masih dalam labour room. sofea kesian tengok mak kakak ipar. merah mukanya. mungkin penant menunggu. dari yang mak dia cakap. dari jam 8 lagi dah di bawa masuk ke labour room.
sofea pegi tanya kat misi di kaunter. macam mana keadaan kakak ipar. misi tu cakap. bukaan masih 5 cm..bayangkan masa tu dah pukul 6 petang. masih 5 cm..lama dah...sofea balik rumah nak jenguk anak kejap. lepas tu pergi lagi ke hospital jam 8 malam. bapak dan mak balik. jadi sofea masih kat hospital. sofea tanya dengan kawan yang kerja dekat labour room. dia cakap bukaan dah 8 cm. lega rasanya.
dipendekkan cerita. akhirnya kak ipar bersalin secara czer. sebab kedudukan baby dah berubah. bagi sofea yang penting selamat semuanya. Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment