Friday, November 30, 2012

RUMAH HIJAU

RUMAH HIJAU

Semalam sofea dan 2 org kawan pergi lunch kat sini. RUMAH HIJAU nama diberi. betul di jalan utama Rubber Road. senang nak cari. Rasa-rasanya kedai makan yang paling banyak customer. dan selalu penuh. kami bertiga datang sebelum jam 1100 pagi lagi. itupun dah penuh dan sudah siap direserved tempatnya.



pagar hadapan
Dulu, RUMAH HIJAU ni buka waktu pagi hingga petang. sekarang dah buka waktu malam. mungkin atas permintaan pelanggan.


waktu operasi baru

Kami bertiga makan kat kawasan dalam. sebab ada aircond. kalau dok luar ada kipas angin. tapi cuaca hari tu panas sangat. jadi cari tempat duduk dalam. rezeki jugaklah. dapat tempat duduk khas untuk 3 orang.


senarai menu

Kami bertiga order Nasi Ayam Penyet. Minuman air limo mantak suam untuk sofea, air teh peng untuk Kak Nor dan air barli panas untuk Madam Tan.


Nasi Ayam Penyet RUMAH HIJAU


air limo mantak dan air suam

kek cheese

ada order desert - kek marble cheese dan light chesee. suka makan nasi ayam penyet kat sini. sebab keriuk2 tu yang sedap. halia rasanya. sesuaiii...lagi2 ayamnya cukup unutk perut yang lapar.heheh






dah selesai santap

sekian saja ..kami bertiga kekenyangan. dan selepas tu jalan-jalan sekejap nak tengok Plaza Merdeka dah launching pada 29.11.2012...tapi kami tak singgah. sebab full parking. lagi-lagi banyak kena saman. sebab parking tepi padang merdeka.

* kalau nak pergi RUMAH HIJAU. kena pergi awal. banyak menu pilihan.
* yang spesial nya ada NASI MANDHI KAMBING dan AYAM...nak cuba lah..bawa hubby.
* harga berpatutan. makanan sedap. layanan Alhamdulillah mesra

Wednesday, November 28, 2012

ENERGIZING SOY PROTEIN - SHAKLEE


ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

salah satu produk Shaklee yang paling laris dalam pasaran. sofea juga sedang mencuba produk ini. tujuannya untuk kecantikan dan pelansingan dan banyak lagi.

Apa itu ESP ?

- merupakan kacang soya rendah lemak yang amat berkhasiat.
- merupakan sumber protein biologi yang lengkap untuk keperluan seisi keluarga.


Sesuai untuk siapa ?

Penyusuan Bayi


*  Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi atau anak-anaknya.
*  ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak.
*  ESP membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim.
*  Kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.


Kecantikan
*  Sesuai juga untuk kecantikan.
*  ESP menjadikan kulit muka cantik , halus , gebu dan berseri.
*  ESP menghilangkan parut jerawat di muka. Ini kerna terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk    membentuk sel baru dan meyingkirkan sel kulit mati.


Mengandung
*  Sesuai untuk ibu yang mengandung.
*  ESP membantu perkembangan fetus.
*  ESP memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.
*  ESP menyediakan badan ibu ke arah penyusuan.


Pelangsingan
* Sesuai untuk yang bercadang untuk diet seimbang.
* ESP mengenyangkan dan mebantu dalam proses pengurusan berat badan.


Kesihatan
* Untuk kesihatan.
* ESP memberi tenaga , badan menjadi sihat dan kurang letih.

Sofea baru mula menggunakan produk ini. Yang pastinya kita kena betula cara pengambilan dan tetap. Diharap sesiapa yang berminat boleh hubungi Sofea di :

email : synursor@gmail.com
FB : Sofea Jali

* testimoni bagi produk ini akan menyusul.

Friday, November 23, 2012

SOTONG BUNGA2 CINTA MASAK KICAP




abaikan gambar sotong diambil..tu lupa nak lap..

bahan-bahan kisar;

bawang merah
bawang putih
cili
halia
serai

kicap
garam
gula
aji
serbuk kunyit

sotong ( goreng dahulu )





cara memasak;



tumis semua bahan kisar. dan serbuk kunyit. yang merah tu serbuk cili.
tumis hingga naik bau dan masak.




kemudian masukkan sotong dan kicap dan perasa






kacau rata. dan siap



sesuai dimakan dengan nasi lah. menu dinner malam selasa 20.11.2012.

selamat mencuba

Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram












* kredit dari google


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 .
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”(Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  – Riwayat Al Baihaqi.
 .
Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
.
.
 Niat Puasa
.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:
 .
.

b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:


.
.
.
Fadhilat Puasa Muharram
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)
.
4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hariKhamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahalaseperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)
.
5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun.Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagisetahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
6.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)
.
.
Zakat Puasa
.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat badan kita ini adalah PUASA. ”  (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )
.
وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
.
Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/13/puasa-sunat-hari-asyura-dan-tasau-muharram/

Monday, November 19, 2012

FOTO- CORAT CORET



Kedah - Dalyanis Homestay - puas hati



Kelantan - Rantau Panjang




sempat jugak tengok masjid ini



Ridel boutique Hotel



masjid kristal



ICT Shah Alam- syiokk


# foto2 semua google search. foto dari pihak sofea belum dapat di upload. kena cari yang bersesuaian. sebab guna kamera abang.

KEDAH,KELANTAN ,TERENGGANU,ICT SHAH ALAM,CYBERJAYA

Sekarang kurang idea lah. banyak dah lupa. selepas naik feri penang tu. kami terus lalu kulim kedah kalau tak silap. sebelum tu singgah kedai runcit beli pampers anak. dan ada sekali singgah R&R. makan tomyam sesudu dua. dah kena lari 100 meter ke toilet. 2 kali lagi tu. parah perut kena tomyam. len kali kena pastikan toiletnya tidak jauh dari gerai. heheh

oklah sepanjang perjalanan nak ke Kelantan. kami lalui perjalanan yang panjang. lebih haru lagi, hujan lebat sesangat. jadi kami buat keputusan cari hotel budget di kedah. lastly kami dapat homestay. RM100.00 semalam. kipas angin je. kalau aircond tambah RM50.00. tapi rumah yang ada aircond dah dibook awal. Alhamdulillah yang penting dah selamat dan dapat berehat.

Paginya kami sarapan di gerai berdekatan. Sofea sempat beli skirt labuh. ganti skirt labuh sofea yang tak tertukar2 tu. heheh. terlupa bawak gantian. sarapan pagi dengan cucur udang, pesembor, mee goreng dan air minuman ikut selera masing-masing. kami terus gerak ke kelantan.

sampai kelantan dalam tengah hari. terus pergi rantau panjang. lepas berlama2an di rantau panjang. kami kena pergi lawat famili angkat abang Dolah. ada 2 buah keluarga angkat dia. lepas selesai melawat famili , kami ke kota bahru. kalau tak silap lah. kami cari hotel. Alhamdulillah. mudah nak cari dan puas hati. sebab luas sangat untuk famili. murah. berdekatan dengan wakaf che yeh. hanya sempat tengok dari luar pasar siti khadijah.

paginya. kemas-kemas. gerak ke terengganu.. cari hotel. so far oklah. jalan-jalan di pantai batu buruk. hujan pulak. jalan-jalan dan makan kat tepi pantai. ada kedai seafood. ok lah.

lepas tu jalan-jalan kat waterfront. dan sebelum balik beli keropok sira tu dan bantal untuk anak-anak.balik tidur.

paginya gerak balik ke cyberjaya. sampai jam 700 malam. jam 0900 malam pergi ICT shah Alam. betul-betul cantik. balik . esok pagi pergi jenjalan kat Jalan TAR. tak dapat berlama2an. sebab flight malam tu jugak. sedih. tak sempat nak beli kain. yang sempat tudung 3 kodi je,. sekodi = 10 helai.


itu je. gambar pun kurang ambik. sebab anak sofea Thaqif tak nak lepas dari tangan. hmm. gambar nanti google search je. boleh lah kan. kalau ada gambar yang bersesuaian akan dikongsi jugak.

# pengajaran untuk akan datang. kena survey dulu hotel budget atau homestay setiap negeri yang di lawati. ambi masa yang panjang bagi setiap negeri. sekurang-kurangnya dapat lah pergi tempta2 yang best.

# sofea happy. dan Alhamdulillah..

# kenangan tak akan dilupakan. setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...