Friday, November 16, 2012

Perjalanan demi perjalanan

Dari Cyberjaya jam 0900 pagi terus gerak ke Pulau Pinang. Guna jalan mana sofea tak ingat. yang pastinya kami singgah ke Cameron Highland. dan singgah membeli strawberi. kali ni tak dapat nak memetiknya. ketika nak ke cameron. kami singgah beli madu asli. ketika beli madu tu lah. baru perasan tayar kereta pancit. itu pun driver lori yang melintas bagi hon dan isyarat.

pergi cari bengkel tukar tayar dan selesai. tapi ada lagi cerita dan dugaan rupanya. pekerja bengkel tu tak betul buat kerja. tayar yang diganti tadi. tidak diletak dengan betul. jadi tercabut dari tempatnya. oklah selain dari tu. kami juga singgah solat dekat surau bersebelahan dengan sekolah / madrasah .

gambar kat comeron highland sofea tak sempat nak mengambil. share gambar dari pok cik google je lah.








lepas tu terus gerak ke pulau pinang. melalui penang bridge. sofea kongsi gambar je lah. itu pun sofea search google .







sampai penang dah malam. kena cari hotel. nilah salah sofea. tak survey dulu hotel-hotel penginapan atau homestay budget sebelum pergi. pengajaran ohh pengajaran. kami jumpa SO hotel..so far oklah untuk semalam.

lain-lain pergi dan dapat ditengok. batu feringgi. komtar. tower clock. waterfront. bukit bendera.




















makanan yang dicuba. itupun suami sofea Hafizan yang dah siap order..mee udang. sedap kuahnya boleh tahan pedas. ingtkan kari. rupanya macam asam pedas. tapi bukan..hmmm. serta pasembor...makan mee udang kat gerai di batu feringgi..sedap..nama gerai tak tahu.



 gambar ni google search je..





dan kami gerak ke kedah untuk menuju ke kelantan. mersa lah naik penang feri.




tak sempat nak merasa duduk di atas. sebab hujan lebat disertai kilat dan guntur.




sekian sahaja pengalaman di pulau pinang. nak carik tempat makan agak sukar bagi sofea yang kali pertama datang penang ni. lain tahun kita pergi lagi...

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...