Thursday, January 31, 2013

HARI TERAKHIR JANUARI 2013

 baru lepas dari travelling maintenance. huhuhu..penat. lebih 30 km perjalanan. ditambah dengan panas terik matahari.  lagi lagi lagi ... tetiba hujan di pertengahan jalan. hujan pulak lebat sangat. sampai jalan pun kurang jelas di tengok. pemanduan pun kenalah hati-hati. walaupun buka sofea yang pandu..kihkihkih

tempat makan feveret area Serian. kalau singgah Baki , akan minum dan makan cucur di Ahmadbelon Cafe. kakak yang jaga kedai tu kiuttttt...comeyyyy...thanx kak. rajin-rajin niaga ek..susah lah cari gerai makan muslim.

dekat Siburan dah ada banyak shoplot baru dibuka. yang terbaru Eastern Mall ( baru dibuka 18 Jan 2013 ) boleh tahan besar jugak. nanti jalan-jalan .

ok lah penat untuk penghujung bulan ini. esok dah masuk bulan februari. esok i cutiiii nooo...ada kerja nak kena buat dan birthday my lovely hubby (2.2.13)  jugekkkk..datingggg le nanti...hehehehhe..


p/s : birthday gift dah setel. inshaa Allah nak spon makan Nasi Mandhi Kambing @ Rumah Hijau Cafe.

p/s: psssttt....ada sesapa tau tak kat mana nak cari daging UNTA kat area kuching...teringin lah..macam mengidam je....

Tuesday, January 29, 2013

SUKA SUKI JANUARI 2013

Assalamualaikum nongg...pejam celik pejam celik. dah di penghujung januari. sedar tak sedar dah nak masuk bulan februari. x berasakan. tapi , Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita. masih diberi kesihatan yang baik. dan sentiasalah kita bermohon agar masih diberikan kekuatan dalam beribadah kepada NYA.

Peristiwa Januari


  • 01012013 birthday adik bongsu gue deh. masuk ke  16 tahun. tahun ni periksa besar. SPM. rajin-rajinlah ko belajar ya dik. belajar-belajar jugak. solat 5 waktu wajib. jangan tinggal . melainkan ko period. heheheh. mengaji jugekkkk..
  • hari-hari sofea turun kerja. huhu. belum lagi ambik cuti tahunan. ia kan. membudget cuti. hujung tahun agaknya rumahku syurgaku siap sepenuhnya. aminnnnn...*taksabarsabar*
  • 05012013 daftar adik sofea, Nor Atikah dan adik suami Syed Izuwan unutk ambil lesen motosikal sahaja. lesen keta usaha sendiri yek. tapi sofea nak usaha lah apply BL1M tu untuk diaorang. murah sikit. hehehhe..katanya RM 199.00. kan.
  • kelas menjahit dah mula dah. bulan dec lagi. dah siap potong kain untuk baju kurung 2 pasang. dan seluar panjang 3 pasang.setiap hujung minggu jugakalah sofea turun. 
  • anak sulung dah mula sekolah. sesi pagi. so far so good. suka benar bawak barang ke sekolah. huhuhu.
  • 08012013 - renew myKad. sebab; sudah rosak maaa...gambar sofea dah blurrr..langsung tak nampak muka. tragislah masa renew myKad. huhuhu sofea bawa my hero . kena bawak , sebab ibunya pergi hospital. boleh tahan kenakalannya. masa ambik gambar untuk myKad. my hero buat olah. cik kak yang ambik gambar suruh lepas dulu. tak lama. selang seminit siap..gambar diambik..huhu..cepat-cepat ambik my hero..ko niiii thaqif..sabar je lah ummi...angry bird ko tak layan ehhhh.. sedih tapi happy...nanti ambik kalau dah siap.
  • 10012013 - ani interview dekat Majlis Islam Sarawak
  • 13012013 - aktiviti memancing / menjaoiii bersama suami di muara sungai. tumpang motobot pak sedara...seronok ...tapi kulit teruk kena matahari. sebab tak pakai sunblock.
  • kerja kerja kerja
  • 21012013 - my niece Aira Romaisha sudah setahun. dia kat cyberjaya. happy birthday anak sedara anjang. heheheh
  • 23012013 - gaji baru untuk tahun baru...Alhamdulillah
  • 24012013 - MAULIDURRASUL....selawat ke atas baginda 
  • 26012013 - Beli Tab MyTEC 2 bijik for my prince n my lil princess. yang murah je. bagi diorg tak kacau my phone.
  • 26012013 - malam selepas isyak. ada majlis belulut di rumah mak sedara. anak lelakinya kawen. belulut unutk pengantin pompuan je.
  • 27012013 - majlis persandingan my kazen sebelah bapak. kazen sofea lelaki. sebaya adik ani. selamat pengantin baru.
  • 29012013 - my friend birthday. kak deena. http://luvdeena.blogspot.com/...selamat hari lahir kak.
  • kerja kerja kerja..travelling Tebedu, Serian, Tapah, Baki, Siburan dan Baki....yang penting keluar daru guabatukapur..
selamat tinggal januari. selamat datang februari

Tuesday, January 22, 2013

RADIO IKIM - 93.60 Mhz





nak kongsi leee, hehehhe ..... sofea dah beralih arah dalam pemilihan siaran radio. sejak 2 bulan lepas, sofea dah dengar radio IKIM . biasanya sofea dengar siaran radio lain. tapi , bila berkali-kali sofea pujuk diri untuk mendengar celoteh serta segmen-segmen di radio IKIM. sofea terus jatuh hati. ALhamdulillah. sekurang-kurangnya adalah jugak penambahan dari segi ilmu yang dapat sofea dengar. lagu-lagu nasyid atau berunsur kerohanian juga tidak kurang hebatnya.

yelah kan. sekarang banyak lagu-lagu nasyid atau kerohanian ini dipelbagaikan muziknya.
segmen pagi. segmen belajar bahasa arab. segmen saudara baru . yang terbaru Usrah Nurani.

Alhamdulillh. jommmmm, sama-sama kita dengar dan berhibur. inshaa Allah sebagai medium untuk penambahan ilmu serta untuk halwa telinga.


p/s : dj-dj mereka tidak kurang hebatnya

MAULIDUR RASUL - 12 RABIULAWAL

selang sehari lagi, kita seluruh umat Islam akan menyambut MAULIDUR RASUL..iaitu junjungan besar Nabi MUHAMMAD sallahhualaihiwassalam. marilah kita sama-sama banyakkan selawat keatas baginda.






















semoga kita sama-sama sebagai umatnya dan hamba ALLAH Taala. sentiasa dalam memperbaiki diri. muhasabah diri. menegakkan agama. istiqamah dalam penghijarahan. semoga Allah mengampuni kita dam mendapat syafaat dari baginda.

p/s : berselawat selalu

Friday, January 18, 2013

SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK WANITA HAMIL

Kali pertama sofea disahkan hamil dahulu sekitar september 2007. seperti biasa sofea kena register di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta pemeriksaan kandungan gula di Klinik Jawa. mereka akan bagi kad berwarna pink. ianya untuk catitan keadaan kandungan kita setiap kali temujanji dibuat. di sini sofea nak cerita kan. yang misi-misi atau doktor-doktor di klinik akan memberi kita vitamin c, vitamin B complex, asid folik, iron dan garam beriodin. stok tersebut untuk 1 bulan.

selain itu ada vitamin tambahan iaitu OBIMIN, 






Ok. sekiranya sofea hamil lagi,sofea telah diperkenalkan oleh kawan untuk guna set ibu hamil dari produk Shaklee. 
insha Allah sofea teringin untuk mencuba. memandangkan sofea ada permasalahan selepas bersalin. sofea ni ada masalah kulit. jadi , kawan sofea kata. cuba dulu supplement tersebut. harapan sofea nanti ianya sesuai dengan sofea kelak. 

suplement dari poduk Shaklee ini ada 2 set. satu set untuk trimester pertama ( 1 minggu - 12 minggu ) dan trimester kedua dan ketiga ( 13 minggu - 40 minggu )

set SJ -  trimester pertama

terdiri daripada 4 iaitu ;


Vitamin C



- membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang , gigi , dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


B-Complex 



-             B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg


Vita-Lea


- Multivitamin terbaik dengan zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu hamil ambil Vita-Lea, obimin tak perlu ambil lagi.


Ostematrix / Kalsium



- OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
- ibu mengandung perlukan 1000mg - 1300 mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.
- pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.


untuk set ke-2 nanti. sofea akan sambungkan...

AMALAN SERTA DOA KETIKA HAMIL

Assalamualikum dan salam sejahtera semua. terima kasih kepada pengunjung dan pembaca. hari ini, sofea nak kongsikan pasal amalan-amalan dan doa-doa ketika hamil. insha Allah boleh membantu sesama kita. sofea tulis entry pasal kehamilan ini , agar mudah untuk sofea jadikan rujukan kelak.

sofea buat research dengan pok cik google kita ni. hasilnya dapat jugak hasil tangan mereka yang kreatif ni. jadi sofea nak kongsikan jugak lah.


surah-surah amalan





salah satu buku boleh dijadikan rujukan dan bacaan 




doa jugak..




itu je lah buat masa ini. kalau sofea jumpa lagi nanti , insha Allah sofea kongsikan bersama.

Tuesday, January 15, 2013

TANDA-TANDA HAMIL versi 2

ada lagi yang nak sofea kongsikan. walaupun nampak sama. mungkin masih boleh dijadikan rujukan kita. sebab setiap wanita berlainan penerimaannya . selamat membaca.

15 Tanda-tanda Awal hamil /Mengandung

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah

Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.



4. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 


5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 


6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 

7. Sakit kepala
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.

8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Kram
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.

10. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.

12. Bau Badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pingsan
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.

14. Munculnya darah
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.


mungkin nampak macam lebih kurang sama kan. tapi kita baca dan untuk tambah ilmu.

kredit ilmu : marealisme.blogspot.com

TANDA-TANDA KEHAMILAN - versi 1

Assalamualaikum serta salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog sofea ini.

hari ni , sofea nak sambung balik cerita pasal kehamilan. mesti ada yang nak tahu kan, tanda-tanda kita hamil. jadi , sofea ingin sharekan bersama tanda-tanda kehamilan. terutama bagi yang merancang untuk hamil serta  yang belum ada rezeki untuk hamil.

di bawah ini sofea tuliskan sebahagian ilmu pengetahuan sofea. sofea pun masih study mudy lagi. waima dah ada anak 2. heheheh

tanda-tanda hamil


1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.

3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.

4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.

5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.

6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.

8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.

9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.

10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.

11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.

12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.


buat masa ini. sofea masih dalam tempoh merancang. diharap nanti sofea dapat merasa lagi salah satu tanda kehamilan ini.

kekadang lambat datang bulan pun, belum tentu tandanya kita hamil. itu sebab pentingnya pregnancy kit dalam simpanan. dan setiap wanita berbeza pengalaman dan pembawaannya.

kredit ilmu : www.mamamurai.com

Monday, January 14, 2013

NGAEL NGAEL NGAEL



kail di labuh

Alhamdulillah. semalam kami laki bini. dapat jugak pg mengael bersama-sama. hikhik. akhirnyaaaa..lama dah nak merasa ngael di muara sungai. suami bawak 3 rod. 2 rod untuk bottom. satu pulak untuk casting. dari jam 0630 pagi gerak ke ban. kemas-kemas, motobot jalan 1/2 jam kemudian.

kami pergi dengan pak sedara sofea. bini dia. adik pak sedara. mak pak sedara. anak buah. kiranya kami bertujuh lah. pak sedara memang selalu turun ke muara. menjala. cuaca pulak di paginya. hujan lebat. lepas tu panas balik. lepas tu hujan panas. dan panas balik.

boleh tahan terbakar kulit muka. hukhukhuk..tak pe yang penting dah dapat mengael. dapat ikan lundu dan sembilang. Alhamdulillah.



aktiviti mengael bermula



kami


cuaca panas


jauh nun di sana



sedara



rod

rod


hasil mengael


p/s : insha Allah ada rezeki ingin pergi lagi...


Friday, January 11, 2013

UJIAN KEHAMILAN



google

salam jumaat semua. buat readers2 serta pengunjung blog.

huhuhu..tajuk kat atas tajuk hangat bagi sofea untuk tahun ni. hehehe bagi sofea lah. bukan sesiapa pun. saje2 nak bukak topik ni. lebih-lebih lagi sofea sekarang tempoh persediaan untuk mengandung lagi. inshaa Allah. doakan sofea ya.

bercerita pasal kehamilan ni, kalau yang baru-baru kawen tu mesti nak tahu pasal alat uji kehamilan kan. dulu , masa mula-mula sofea terasa diri ini mengandung. sofea tak reti nak uji air kencing tu. jadi sofea lebih suka terus ke klinik. dari situ senang dan mudah untuk sofea ketahui kehamilan sofea dan usia kandungan. tak lah perlu berteka-teki. masa sofea mula-mula hamil dulu lah kira-kira hujung tahun 2007.

ok, kita berbalik kepada alat ujian kehamilan tadi. boleh didapati di klinik-klinik kerajaan mahupun swasta. boleh jugak didapati di farmasi-farmasi yang berlesen. kalau nak beli, bagitau je. pregnant test. nanti diaorg bagi lah. segala cara penggunaan ada kat alat uji tu. kena baca dan faham dulu k. takut kalau salah cara guna. alat uji rosak. result kehamilan tak dapat. rugilah nanti.

sebab sofea pernah salah guna. tak pasal-pasal kena beli yang baru.kalau nak buat ujian air kencing tu , masa yang terbaik adalah awal pagi. masa kita bangun pagi tu. tak perlu banyak sangat air kencing tu. sikit je. ok. nanti kalau korang tak faham pergi je lah klinik. diorang akan minta korang isi air kencing dalam botol khas. nanti misi-misi / nurse-nurse akan buat ujian. senang kan. positif atau negative tu semua kita tunggu dalam masa 5 minit gitu.

contoh-contoh alat uji kehamilan ;


google - pregnant test


google - pregnant test


google - pregnant test


google - cara uji

selepas ni sesiapa merasa diri mengandung tu. boleh buat sendiri atau pergi klinik atau hospital yang berdekatan. semoga maju jaya. insha Allah , nanti sofea sharekan pasal tanda-tanda kehamilan. enjoy ya . selamat membaca.


p/s : tak sabarnya nak mengandung lagi....ya Allah.

Thursday, January 10, 2013

SATAY CEKO



google


pagi tadi , lepas hantar adik ke tempat interview. singgah jap kat Satay Ceko. Satay Ceko salah satu tempat makan yang femes kat sarawak lah . kiranya breakfast dulu. ditambah hujan lebat sepanjang malam. masih ada saki baki hujan. sejuk memang melaparkan.

sofea sarapan sorang2. suami dah pergi kerja. jadi order satay ayam , satay daging , ketupat dan lemang. self-service. duduk makan sorang-sorang..hukhukhuk..sedih nyeeeee...ada kawan kan best...hehehhehe..sape nak joinnnn...jumm


satay


Satay ceko ni ada 2 cawangan. kalau tak silap lah. satu kat belakang Ambank Kuching. satu lagi kat Jalan Astana di Plaza Astana. heheheh..sofea pergi kat belakang ambank tu. order air nescafe tarik..sedappppp..silaplah tadi tak ambik gambar. lupa lagiiii...kan kena guna google untuk tampal gambar. heheh.

ok lah tu lah salah satu tempat sofea suka pergi lah..hehehhe...

sesapa nak pergi. pergi jangan tak pergi. belanja sofea lagi bestttt kan..huhuhuhu

RINDU uuuuuuuuuuuu

Ya Allah, Al-Fatihah buat mereka.

Sofea tetiba jadi rindu gilak-gilak dengan arwah nenek sebelah bapak. dan arwah paknek sebelah emak..wuaaaa...

Arwah nenek namanya Salmah binti Sahari. kami panggil nek Mah. orangnya kecil jak. pandai mengurut orang. pandai mengubat. rindu lah dengan nenek. masa beliau meninggal. sofea baru je masuk form 1. kalau tak silap lah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya. lindungilah dia.

suami nenek Ahmat. kami cucu-cucunya panggil nek Man. masih ada lagi. semoga nek man sihat.rindu sesangat denagn arwah. selalu sedekah Al-Fatihah.

Arwah paknek namanya Ellis bin Ali. asal orang kabong. tapi tinggal kat Kampung Tebelu. orang nya baik sesangat. pendiam. paling suka pak nek suka jenjalan kat kuching. kalau pak nek datang dari kampung suka benar diajak jalan. rindu benar dengan kitak paknek. pandai mengubat jugak. Isterinya Dayang binti Jemi. masih ada. di kampung.

semoga Allah ampunkan dosa-dosa mu nek. damailah kalian di sana.


Al-Fatihah

Wednesday, January 9, 2013

SRK RAKYAT TUPONG - 1990 - 1996

Kali ni nak mengimbau kembali kenangan sekolah rendah dedulu. Sofea dulu sekolah rendah di kampung je. Heheheh. dekat sesangat dengan rumah. jalan kaki pun vley. Dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah yang sama. kelas kuning nama diberi.

Tahun 1 Kuning - 1990

masa ni dah masuk umur 7 tahun. pertama kali ke sekolah rendah. sebelum ini sekolah tadika ( nanti cerita ). Masa tahun 1 , pakai baju gaun biru tu. bila terpandang gambar lama masa sekolah dedulu. rasa lucu je. seingat sofea banyak jugaklah kawan sekelas di kalangan anak-anak di Kampung Tupong. baik dari Tupong Tengah , Ulu , Batu , Baru ..mahupun di kawasan perumahan. rindu dengan kawan-kawan sekolah. semenjak ada FB , Alhamdulillah dapat jugak jejaki haluan serta khabar mereka. masing-masing berjaya dalam apa sahaja diceburi. masa ni ada 2 kelas je. Kelas kuning dan Kelas merah. kalau tak silap sofea rapat dengan seorang kawan . lelaki. namanya Helmiza. nama penuh dah tak ingat. budak ni tak lama di sekolah. belum setahun sekolah, dah pindah. tak tahu pindah mana. banyak jugak yang pindah. termasuk sofea. dapat sekolah madrasah masa tu. tapi seminggu je. sebab tak ada transport . jauh sangat. masa tu pulak, bapak selalu travelling. kerja jauh. biasalah kerja tukang kayu. makanya teruslah bersekolah di SRK Rakyat Tupong sehingga hujung tahun.

Tahun 2 Kuning - 1991

dah darjah 2. huhuhu 8 tahun. kenangan tak dapat dilupa. cikgu pelatih selalu datang. ada seorang guru perempuan. cikgu Aminah. rindu dengan beliau. muka pun dah lupa dah. lama tuuu.. mana nak ingat. cikgu ni banyak bagi semangat . kalau cikgu yang banyak jasa tu. cikgu Seniah. rindunya dengan guru-guru ku ini. darjah 2 biasa-biasa ja. kawan yang sama. ada yang dah sofea lupa namanya. sofea pun kadang-kadang sakit.

Tahun 3 Kuning - 1992

darjah 3. bila dah darjah 3 kena turun kelas fardhu ain. suka turun kelas petang . boleh belajar mengaji dan belajar ilmu agama. deduluuuu lah. sofea hafal juzuk 30 sahaja..hehehhe. cuma ye lah , lama dah tak di baca surah-surah dalam juzuk 30 tu. banyak jugak yang lupa.  mana tak. kalau dah surah lazim sahaja dibaca..huhuhh...salah sapa kan...salah sendiri. kuikuikui..*insafni*

tahun ni sofea selalu kena sakit. sakit-sakit pun turun sekolah. huhuhu.


tahun 4 Kuning - 6 Kuning ---- 1993-1996

tahun-tahun sebelum tu selalu gak guru-guru pelatih mengajar. paling sedih bila tempoh mengajar mereka habis. sedih wooo. tapi selalu buat majlis perpisahan. meriahhh..cikgu anuar. cikgu rahimah. cikgu aminah. cikgu Salina  ; cikgu yang lembut personaliti nya. paling tak dapat lupa. masa darjah 4 dapat hafal sifir. hahha..masa ni celen dengan kengkawan dalam kelas. masa ni sofea selalu celen dengan siti. dia pandai dalam kelas. selalu dapat tempat pertama peperiksaan akhir. sofea tempat kedua dan kekadang ketiga, sofea ada masalah bahasa t yang kantoi sesangat. rindu dengan cikgu muzik. hahah..belajar recorder. samapi tersembor-sembor. cikgu rozana kalau tak silap. rindu lah. masa darjah 5 ada pelajar baru. dari peryatim. rapat dengan Siti . suka kawan dengannya. masa tahun 6 ada sukan. paling best sukan- sukan lari. hahah..banyaknya kenangan kat sekolah tu. dulu sekolah tu sekolah papan. sekarang sekolah dah sekolah batu.

banyak kenangan sekolah pagi. sekolah petang. sukan. persatuan pengakap. pertandingan menyanyi. berjual ABC, cucur pisang, ayam panggang. belum kisah gaduh-gaduh manja dengan kawan kelas. kelas merah banyak yang kurang diingat nama. cuma cousin sendiri Nor dan pelajar pandai Noraida dan Dessari...kenangan lah...

masa pertama kali kena pakai cermin mata. sebab dah tak jelas baca apa yang cikgu tulis. masa tu terima je cermin mata yang dibeli. besar kecik. sesuai tak sesuai. main hantam ja.

kenangan oh kenangan. kalau lah ada readers yang ernah sekolah kat sekolah sofea. atau kaum kerabat yang pernah sekolah kat sini. tinggallah komen.

dan yang paling dalam ingatan. Helmiza dan seorang lagi Hadiah. sedap kuih yang dia jual. rasanya mak dia yang buat. selalu dia bawak ke sekolah untuk dijual. sedap. rasa masih diingat. cuma nama kuih dah dalam kesamaran.

semoga kita akan berjumpa ya kawan-kawan. yang masih ada tu. add lah FB sofea. bagi yang tiada. doa dan Al-Fatihah akan dikirimi...


salam sayanggggggg...dari SofeaJ29

QADRUNNADA TAILOR



QADRUNNADA TAILOR


sebentar tadi , baru je sofea promote cameraman. sekarang sofea nak share pasal tailor. di sini sofea taip semula detailnya. sebab gambar yang sofea ambik tu tak brp clear jugak. Bagi sesiapa nak hantar awal kain-kain untuk dibuat baju. sila hantar ke alamat bawah. tapi kena confirmkan dulu dengan tailor nya ye. biasalah kan. dah nak masuk bulan ke 3 hijrah.


Qadrunnada Tailor

Sharifah Nur Hafizah
no h/p : 012-8989618
Alamat : no 752 , lot 7474
             Lorong cahaya damai 7b3c1
             Taman One Puteri
             Bandar Baru Samariang


Specialized in ;

membuat pakaian wanita
membuat pakaian lelaki
menjahit langsir
membuat sulaman


p/s;Sesiapa readers yang berminat nak buat baju tu, call dulu sebelum hantar kain tau.


SENYUM PHOTOGRAFY - JURUKAMERA




senyum Photograph

Hari ini, sofea nak share sedikit pasal khidmat jurukamera sekitar kuching amnya. lebih-lebih lagi sekitar Bandar Baru Samariang. Sofea dah snap photo kad atas tu, rasanya tak clear lah. jadi sofea taip sekali lagi kat bawah ni. buat bacaan dan buat sesiapa yang berminat nak guna perkhidmatan cameraman.

Boleh hubungi beliau seperti di bawah ;

Senyum Photography

Cikgu Joe
tel no : 0128818109
email : senyumphotography@gmail.com
fecebook : Senyumphotography
Alamat : no 752 , lot 7474
             lorong cahaya damai 7b3c1
             Taman One Puteri
             Bandar Baru Samariang 93050
             Petra Jaya kuching Sarawak


Specialised in :

wedding photo
familiy photo
birthday events photo
corporate events
private functions



Quotation untuk pakej-pakej menarik boleh hubungi beliau. Dijamin memuaskan hati pelanggan.
jangan malu-malu ya...

:-)


Thursday, January 3, 2013

1 JANUARI 2013 - SELAMAT HARI LAHIR



Nor Atikah

Selamat Hari Lahir ------ Nor Atikah ke -16

Adik,
semoga dipanjangkan umur
dimurahkan Allah rezeki
dipermudahkan segala urusanmu
ditetapkan iman di hatimu

Adik,
buangkan sikap yang merugikan diri
belajarlah menghargai apa yang berada disekeliling
jangan jangan jangan mudah mencuba

Adik,
bersedialah dari sekarang
unutk menghadapi ujian besar masa depan
walaupun ianya bukan pengukur kejayaan kehidupan
tetapi sekurang-kurangnya ianya permulaan masa depan.

Adik,
tegaklah agama dengan mengerjakan solat fardhu
berpuasalah
mengajilah kerna Al-Quran itu rujukan kita
jangan lalai jangan alpa..


Doa ku agar kau berjaya dunia dan akhirat. patuhilah orang tua...ingatttt 

MADAH SUMAYYAH -----SUAMIKU


~~Madah Sumayyah~~

Suamiku.....
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur....
Cinta kita bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu....
Kerna kini kau seorang Mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang Mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya......
bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti rehdanya Siti Hajar
Waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah
Selalu derita
Kerana Syurga itu menagih ujian berat
Sedang neraka itu
dipagari ribuan nikmat


Nukilan:~Pahrol Mohamed Juoi~

PESANAN , INGATAN UNTUK DIRI


6 PESANAN BUAT DIRIKU, AMAL & SAMPAIKAN


1.Solat di awal waktu & galakkan mahram solat di mana azan di azankan.

2.Istiqomah membaca Al-Quran & zikir

3.Istiqomah Takleem & Taklum

4.Mendidik anak mengikut agama & secara sunnah

5.Hidup secara sederhana

6.Menggalakkan suami & mahram keluar bermujahadah di jalan Allah SWT (Tabligh)



kredit : Ukhti Marina Ali

DOA UNTUK DAIE-DAIEKU


~DOA SEORANG IBU BUAT DAIE2KU`~



SYED THAQIF HASHIM


SYARIFAH NURUL SORFINA


Anak-anak ummi....

dengarlah kata hati Ummi kepada Rabb yang menguasai semesta alam,yang menitipkan amanah untuk Ummi galasi dengan penuh tanggungjawab,pengharapan dan ketakutan....kepada Dia yang satu....moga Umii sentiasa diberi kekuatan dalam mendidik kamu semua,Ummi juga punyai kelemahan kerana yang Maha Sempurna ada disana....maka Ummi pohonkan kesempurnaan dariNya....untuk Ummi semai,bajai,dan sirami kehidupan kamu semua dengan ketakwaan agar kamu semua akan menjadi Daie-daie yang berjiwa Murabbi....dunia dan akhirat.Amin!


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)


kredit : Ukhti Marina Ali

BUATMU SUAMI


Dari Sinar Mata ( BumiPutra Rockers / BPR )

Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu

JANUARI 2013

to readers and stalkers....wacehhh...speaking london weyyyy...betul ke idok nye ejaan tu. hahahah..hantamkeromo jelah nyooo....

hari ni no idea. jadi kalau cerita ditaiptaip ni melintang pukang. baca lah ye.

hari pertama kerja di tahun baru 2013 dah kena serang gastrik. nasib baik turun lambat ke ofis. hantar anak pergi school. lepas hantar. ingat nak tggu kejap. mana tahu anak buat olah. tapi syukur tak. tapi ummi nya ni yang buat olah..sakit ulu hati. dan tetiba cirit birit pulak. naya lah. terus start enjin keta.balik rumah. nasib rumah tak jauh dari tadika. fuhhhhh..nasib lah sofea sempat ke toilet.

cerita sakit perut, sakit ulu hati , pening dan macam-macam lah. nak cerita pulak masa nak balik kerja. tetiba sakit belakang menyerang. udahlah tengah drive. dengan jammed nya lagi. lagilagi kalau kat jalan penrissen kat batu 8 , kalau masa balik dari jam 0500 ptg ke 0700 ptg..dengan berserah kepada Ilahi..sofea berdoa dalam tangis agar selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai lah di rumah.

dah sampai rumah, kesian lah pulak kat Thaqif. biasa budak hensem ni akan minta dukung sekejap. tapi , maaf ya anak ummi. ummi perlukan tilam. ummi nak baring . sebab dari pinggang ke bawah. dah terasa keradangan nya...masuk bilik , simpan beg dan terus baringkan diri.

menangisssss daku menahan kesakitan ya amat..Allah saja mngetahuinya...minta tolong Sorfina ambilkan air suam untuk sofea minum serta makan ubat. Alhamdulillah legalah sikit. lupa lah nama ubat. nanti sofea mentionkan. ubat tahan sakit 200mg...so far ok after mkn ubat tahan sakit...

lepas tu solat maghrib dan isyak. dan nonton tv .atau tv yang nonton sofea..hikhikhikhik....biasa tuuuu...

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...