Friday, January 18, 2013

SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK WANITA HAMIL

Kali pertama sofea disahkan hamil dahulu sekitar september 2007. seperti biasa sofea kena register di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta pemeriksaan kandungan gula di Klinik Jawa. mereka akan bagi kad berwarna pink. ianya untuk catitan keadaan kandungan kita setiap kali temujanji dibuat. di sini sofea nak cerita kan. yang misi-misi atau doktor-doktor di klinik akan memberi kita vitamin c, vitamin B complex, asid folik, iron dan garam beriodin. stok tersebut untuk 1 bulan.

selain itu ada vitamin tambahan iaitu OBIMIN, 






Ok. sekiranya sofea hamil lagi,sofea telah diperkenalkan oleh kawan untuk guna set ibu hamil dari produk Shaklee. 
insha Allah sofea teringin untuk mencuba. memandangkan sofea ada permasalahan selepas bersalin. sofea ni ada masalah kulit. jadi , kawan sofea kata. cuba dulu supplement tersebut. harapan sofea nanti ianya sesuai dengan sofea kelak. 

suplement dari poduk Shaklee ini ada 2 set. satu set untuk trimester pertama ( 1 minggu - 12 minggu ) dan trimester kedua dan ketiga ( 13 minggu - 40 minggu )

set SJ -  trimester pertama

terdiri daripada 4 iaitu ;


Vitamin C



- membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang , gigi , dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


B-Complex 



-             B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg


Vita-Lea


- Multivitamin terbaik dengan zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu hamil ambil Vita-Lea, obimin tak perlu ambil lagi.


Ostematrix / Kalsium



- OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
- ibu mengandung perlukan 1000mg - 1300 mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.
- pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.


untuk set ke-2 nanti. sofea akan sambungkan...

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...