Selamat pagi ๐ป
Berhati-hati ketika membuat keputusan. Jangan bertindak tanpa berfikir, sehingga akhirnya mendatangkan susah dan kekecewaan pada diri.
Jemput guna poster peribahasa ๐ฅฐ
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Selamat pagi ๐ป
Berhati-hati ketika membuat keputusan. Jangan bertindak tanpa berfikir, sehingga akhirnya mendatangkan susah dan kekecewaan pada diri.
Jemput guna poster peribahasa ๐ฅฐ
CERITA SERAM DI BUKIT BERAPIT, ORANG CAKAP TEMPAT TU
KERAS, BETUL KE?
.
Aku memeluk Anuar sebelum berpisah dengannya. Kami akan
teruskan kayuhan ke arah utara dan Anuar akan kayuh ke arah selatan.
.
“Take care brother!”
.
“InsyaAllah”
.
.
.
Kami sambung kayuhan kami ke Taiping, Abang Sham
(Shaharul Hisam Baharuddin) mesej saya, dia dan sahabatnya tunggu di sana.
.
Kami kayuh mengikut jalan raya dan melalui sebuah bukit.
Ada sebuah kereta menahan kami.
.
“Yeop, benti sat, kome yg nk ke Mekah tu kan? jalan depan
bukit gelap yop, ada dalam 3km, takpe, awok tolong escort belakang”
.
Aku dan Adilah angguk je.
.
Kami kayuh perlahan gila. Basikal terasa berat. Padahal
bukitnya takdelah curam sangat. dalam 10 degree je. Kami pernah kayuh bukit
yang lebih curam.
.
“Eh ehhh!, kenapa berhenti kat tengah jalan yang?!” aku
terkejut.
.
Hampir sahaja aku melanggar belakang basikal Adilah.
.
“Penat..haus..”
.
“Tak boleh berhenti sini yang, bahaya gila, kita kat
tengah-tengah highway ni, gelap, emergency lane pun takde ni” aku risau. Mujur
ada kereta yop kat belakang yang pasang lampu hazard.
.
Aku biarkan Adilah minum air sebentar.
.
“Air habis bang..” Adilah tak puas minum.
.
“Air abang pun dah habis, nanti kita jumpa kedai, kita
beli air, kita kena gerak sekarang” aku suruh Adilah bergerak cepat.
.
Kami kayuh perlahan-lahan. Berhempas pulas kami kayuh
sejauh 3km.
.
Sayup-sayup aku nampak lampu jalan di hadapan, jalan pula
semakin menurun. Alhamdulillah.
.
Kami lepaskan pedal dan biarkan basikal meluncur menuruni
bukit. Sampai sahaja di kawasan berlampu, aku cari kereta yop yang escort kami.
.
Hilang!
.
Kereta tu takde!
.
“Ayang nampak kereta tadi yang escort kita? Abang tak
perasan pun dia potong kita, nak kata dia patah balik, jalan ni one way!”
.
Bulu roma aku meremang.
.
Adilah tak respon.
.
“Lapar…” Tiba-tiba Adilah bersuara.
.
Hampeh, dia tak heran pun pasal kereta tu, dia lapar
rupa-rupanya.
.
“Jom cari kedai makan” aku ajak Adilah.
.
Aku merancang untuk makan bersama Abang Sham yang dah
tunggu kami di Taiping. Tapi Adilah lapar, kami terpaksa berhenti makan dulu.
.
Selepas Adilah kenyang, kami sambung kayuh. Kami sampai
ke Taiping lewat, jam 10 malam baru sampai.
.
“Sori bang, lambat. Tapi kami lalu kawasan berbukit,
pastu singgah makan jap sebab lapar” aku minta maaf pada Abang Sham dan
kawan-kawannya yang sudah menunggu dari jam 9 malam.
.
Aku cerita kisah aku berjumpa dengan 1 kereta yang escort
kami pada Abang Sham dan kawan-kawannya, mereka terkejut.
.
“Korang lalu Bukit Berapit ke tadi??”
.
“Ohh, berapit ke nama dia? Saya pun tak tahu..haha”
.
“Kenapa bang?” aku tanya.
.
“Kawasan tu memang keras” mereka cerita dengan muka
serius.
.
“Keras?” aku tanya balik.
.
Mereka semua senyap.
.
“Takde apa lah.. semuanya selamat, Alhamdulillah”
.
Aku menarik nafas lega. Dalam hati aku tertanya-tanya,
kenapa jalan Bukit Berapit tu keras.
.
Kami order minum je, sebab tadi dah makan.
.
“Bang, ayang lupa nak bagitahu, malam ni, Kang Yahya ajak
tidur kat rumah dia” Adilah beritahu aku.
.
Kang Yahya adalah saudara dekat Adilah yang duduk di
Taiping.
.
“Abang ok je, jauh ke rumah dia dari lokasi kita
sekarang?” aku tanya Adilah.
.
“Tak jauh, ayang tengok dalam map, tak sampai 1km”
.
“Alhamdulillah”
.
Bersambung..
.
.
.
===========
(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog
Ustazah Basikal)
anda sangat
bertuah harini kerana penulis nak beri ebook PERCUMA Kembara 14 negara 14
cerita
klik link di bawah untuk claim ebook
www.wasap.my/60138290985/ebook
untuk buku fizikal , klik link di bawah :
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali
KALAU IKUTKAN HATI, NAK TUMBUK JE MUKA PEGAWAI KAT BORDER
CHINA NI..
.
Hunza Valley. Nama yang aku selalu dengar daripada
mulut-mulut traveller yang selalu travel ke Pakistan. Tak dinafikan, memang
cantik di Hunza Valley ni.
.
(Saya tahu anda akan Google ‘Hunza Valley’. Nak larang
pun tak boleh. Tapi jangan cakap saya tak beri amaran..haha)
.
Kami tak duduk lama di Hunza Valley, hanya camping malam
sahaja dan merayap di sekitar Hunza Valley. Kami kena kayuh laju-laju ke
Gulmit. Kerana sahabat kami Amirul, Aiman & Syafiq akan datang ke Pakistan
dalam masa terdekat dan berjumpa di Gulmit.
.
Apa yang menarik minat kami di sepanjang laluan ke Gulmit
adalah tentang agama islam. Orang tempatan cakap, di Pakistan ada 73 aliran
Islam. Aku agak setuju sebab dalam hadis nabi pun ada cakap, Umat Nabi Muhammad
akan berpecah kepada 73 golongan.
.
Di Karakoram, kami jumpa 1 aliran, iaitu Ismaili, pecahan
dari aliran Syiah. Tempat solat mereka dipenuhi dengan gambar Aga Khan. (Anda
boleh Google apa itu Ismaili kalau nak tahu lebih lanjut tentang aliran ini)
.
.
.
Kami sampai di Gulmit dan meminta izin untuk berkhemah di
laman Gulmit Continental Hotel sambil menunggu sahabat-sahabat kami sampai.
.
Mereka sampai jam 3 pagi. Aku dengar suara mereka di luar
khemah.
.
“Bang, tu macam suara diorang je? nak pergi jumpa diorang
tak?” Adilah juga terjaga sewaktu mereka sampai.
“Jumpa diorang esok je la yang, sejuk gila nak keluar ni”
aku sayang nak tinggalkan kehangatan sleeping bag berbulu angsa, sebab kat luar
tu sejuk yakmat!
.
Mereka walk-in dan masuk terus ke dalam bilik hotel.
.
.
.
Keesokan hari, kami bersarapan bersama.
.
“Kau gila la mat, tiba-tiba hilang dari radar haritu, kau
tahu tak kat Malaysia haritu jadi huru-hara. Aku terpaksa jawab dengan parents
korang, korang ada kat mana, masalahnya aku pun tak tahu..haha”
Amirul, ketua ekspedisi kami yang selalu pening fikir
pasal kami..haha
.
“Sory la Mirul, aku bukan tak nak bagitahu, masa aku nak
bagitahu, signal dah lost, seminggu takde signal”
.
“Kami kat Malaysia memang nak buat meet-up dengan parents
kau dan Adilah untuk mereka kirim barang, terus jadi meeting tergempar”
“Bertubi-tubi soalan aku kena jawab, aku call kedutaan,
kedutaan pun tak tahu korang pergi mana”
“Yang paling epik, masa kitorang meeting tu, ada ramai
orang kat surau depan ofis. Diorang solat jenazah. Aku doa banyak-banyak yang
jenazah tu bukan korang”
.
“Aduh, sampai macam tu sekali? aku minta maaf
banyak-banyak la kalau susahkan korang..”
“Takpe la Mat, benda lepas dah..”
“Ni ha, banyak gila makanan keluarga korang kirim untuk
korang ni”
Amirul, Aiman dan Syafiq keluarkan semua beg yang ada
barang kiriman keluarga kami.
.
“Tudia! ikan pekasam pun ada? haha”
.
Alhamdulillah, tak sabar nak telefon Ummi dan Abi untuk
ucap terima kasih.
.
Pagi tu kami gorang ikan pekasam dalam bilik mereka.
Semerbak bau satu bilik..haha
.
Kami teruskan perjalanan untuk cross China di Khunjerab
Pass. Border pass yang paling tinggi di dunia. Kami tak dibernarkan kayuh ke
Khunjerab jika mahu masuk ke China. Kami sewa van untuk ke Khunjerab Pass.
.
Kami sampai di sempadan Pakistan-China pada jam 11 pagi
dari Sost. Kami terpaksa tunggu giliran di dalam kenderaan. Sebab kat luar
semuanya salji.
.
Tiba giliran kami untuk daftar masuk. Pegawai tentera
China minta untuk kami keluarkan semua barang yang ada dalam beg.
.
“Biar betul? kami ada 10 beg kot” kami terpaksa akur
dengan kehendak pegawai tadi.
.
“What is this?” seorang pegawai tanya kepada Adilah benda
apa yang Adilah bawak ni. Baunya busuk.
“Oh, that’s ikan pekasam” aku dari jauh dah
tergelak-gelak dah.
“You eat this?” pegawai tu buat muka seolah-olah bau
benda yang jijik.
“Yes, very delicious” Adilah senyum je kat pegawai tu.
haha
.
Kami diminta untuk membuka laptop, harddisk dan handphone
dan buka semua folder. Aku cakap ni proses gila ni. Patutlah lama gila orang
nak cross China ni.
.
“Mungkin diorang ni takut dengan pengganas Pakistan yang
masuk ikut border ni kot” agak Amirul.
.
Lepas habis semua barang kami di cek, semua Al-Quran
& passport kami tidak dipulangkan. Mereka asingkan di dalam 1 beg plastik.
.
Seorang pegawai ikut menaiki van kami untuk urusan di
Imigresen.
.
Aku terkejut!
.
Dia meletakkan plastik yang mengandungi Al-Quran kami di
atas lantai van. Aku angkat dan letakkan di tempat duduk.
.
Pegawai tadi rampas balik plastik tadi dan hempas
Al-Quran tadi atas lantai.
.
Aku speechless.
.
Darah aku dah naik kat atas kepala. Aku rasa nak tumbuk
je muka askar ni.
.
Bersambung..
.
.
.
===========
(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog
Ustazah Basikal)
Tuan Ahmad, Penulis Buku nak bagi hadiah Ebook eksklusif
kembara 14 negara 14 cerita kepada anda yang baca post ini,
Klik link di bawah untuk download Ebook anda
www.wasap.my/60138290985/ebook
untuk buku fizikal , klik link di bawah :
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...