Friday, July 23, 2021

KALAU IKUTKAN HATI, NAK TUMBUK JE MUKA PEGAWAI KAT BORDER CHINA NI..

 





KALAU IKUTKAN HATI, NAK TUMBUK JE MUKA PEGAWAI KAT BORDER CHINA NI..

.

Hunza Valley. Nama yang aku selalu dengar daripada mulut-mulut traveller yang selalu travel ke Pakistan. Tak dinafikan, memang cantik di Hunza Valley ni.

.

(Saya tahu anda akan Google ‘Hunza Valley’. Nak larang pun tak boleh. Tapi jangan cakap saya tak beri amaran..haha)

.

Kami tak duduk lama di Hunza Valley, hanya camping malam sahaja dan merayap di sekitar Hunza Valley. Kami kena kayuh laju-laju ke Gulmit. Kerana sahabat kami Amirul, Aiman & Syafiq akan datang ke Pakistan dalam masa terdekat dan berjumpa di Gulmit.

.

Apa yang menarik minat kami di sepanjang laluan ke Gulmit adalah tentang agama islam. Orang tempatan cakap, di Pakistan ada 73 aliran Islam. Aku agak setuju sebab dalam hadis nabi pun ada cakap, Umat Nabi Muhammad akan berpecah kepada 73 golongan.

.

Di Karakoram, kami jumpa 1 aliran, iaitu Ismaili, pecahan dari aliran Syiah. Tempat solat mereka dipenuhi dengan gambar Aga Khan. (Anda boleh Google apa itu Ismaili kalau nak tahu lebih lanjut tentang aliran ini)

.

.

.

Kami sampai di Gulmit dan meminta izin untuk berkhemah di laman Gulmit Continental Hotel sambil menunggu sahabat-sahabat kami sampai.

.

Mereka sampai jam 3 pagi. Aku dengar suara mereka di luar khemah.

.

“Bang, tu macam suara diorang je? nak pergi jumpa diorang tak?” Adilah juga terjaga sewaktu mereka sampai.

“Jumpa diorang esok je la yang, sejuk gila nak keluar ni” aku sayang nak tinggalkan kehangatan sleeping bag berbulu angsa, sebab kat luar tu sejuk yakmat!

.

Mereka walk-in dan masuk terus ke dalam bilik hotel.

.

.

.

Keesokan hari, kami bersarapan bersama.

.

“Kau gila la mat, tiba-tiba hilang dari radar haritu, kau tahu tak kat Malaysia haritu jadi huru-hara. Aku terpaksa jawab dengan parents korang, korang ada kat mana, masalahnya aku pun tak tahu..haha”

Amirul, ketua ekspedisi kami yang selalu pening fikir pasal kami..haha

.

“Sory la Mirul, aku bukan tak nak bagitahu, masa aku nak bagitahu, signal dah lost, seminggu takde signal”

.

“Kami kat Malaysia memang nak buat meet-up dengan parents kau dan Adilah untuk mereka kirim barang, terus jadi meeting tergempar”

“Bertubi-tubi soalan aku kena jawab, aku call kedutaan, kedutaan pun tak tahu korang pergi mana”

“Yang paling epik, masa kitorang meeting tu, ada ramai orang kat surau depan ofis. Diorang solat jenazah. Aku doa banyak-banyak yang jenazah tu bukan korang”

.

“Aduh, sampai macam tu sekali? aku minta maaf banyak-banyak la kalau susahkan korang..”

“Takpe la Mat, benda lepas dah..”

“Ni ha, banyak gila makanan keluarga korang kirim untuk korang ni”

Amirul, Aiman dan Syafiq keluarkan semua beg yang ada barang kiriman keluarga kami.

.

“Tudia! ikan pekasam pun ada? haha”

.

Alhamdulillah, tak sabar nak telefon Ummi dan Abi untuk ucap terima kasih.

.

Pagi tu kami gorang ikan pekasam dalam bilik mereka. Semerbak bau satu bilik..haha

.

Kami teruskan perjalanan untuk cross China di Khunjerab Pass. Border pass yang paling tinggi di dunia. Kami tak dibernarkan kayuh ke Khunjerab jika mahu masuk ke China. Kami sewa van untuk ke Khunjerab Pass.

.

Kami sampai di sempadan Pakistan-China pada jam 11 pagi dari Sost. Kami terpaksa tunggu giliran di dalam kenderaan. Sebab kat luar semuanya salji.

.

Tiba giliran kami untuk daftar masuk. Pegawai tentera China minta untuk kami keluarkan semua barang yang ada dalam beg.

.

“Biar betul? kami ada 10 beg kot” kami terpaksa akur dengan kehendak pegawai tadi.

.

“What is this?” seorang pegawai tanya kepada Adilah benda apa yang Adilah bawak ni. Baunya busuk.

“Oh, that’s ikan pekasam” aku dari jauh dah tergelak-gelak dah.

“You eat this?” pegawai tu buat muka seolah-olah bau benda yang jijik.

“Yes, very delicious” Adilah senyum je kat pegawai tu. haha

.

Kami diminta untuk membuka laptop, harddisk dan handphone dan buka semua folder. Aku cakap ni proses gila ni. Patutlah lama gila orang nak cross China ni.

.

“Mungkin diorang ni takut dengan pengganas Pakistan yang masuk ikut border ni kot” agak Amirul.

.

Lepas habis semua barang kami di cek, semua Al-Quran & passport kami tidak dipulangkan. Mereka asingkan di dalam 1 beg plastik.

.

Seorang pegawai ikut menaiki van kami untuk urusan di Imigresen.

.

Aku terkejut!

.

Dia meletakkan plastik yang mengandungi Al-Quran kami di atas lantai van. Aku angkat dan letakkan di tempat duduk.

.

Pegawai tadi rampas balik plastik tadi dan hempas Al-Quran tadi atas lantai.

.

Aku speechless.

.

Darah aku dah naik kat atas kepala. Aku rasa nak tumbuk je muka askar ni.

.

Bersambung..

.

.

.

===========

(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog Ustazah Basikal)

 

Tuan Ahmad, Penulis Buku nak bagi hadiah Ebook eksklusif kembara 14 negara 14 cerita kepada anda yang baca post ini,

 

Klik link di bawah untuk download Ebook anda

 

www.wasap.my/60138290985/ebook

 

 

untuk buku fizikal , klik link di bawah :

 

 

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/sofhiajali


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...