mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, August 23, 2011
Thursday, August 18, 2011
BLOG-masalah edit
Sofia sekarang tengah usaha nak edit post pada setiap entry.Sebabnya sofia suka buat byk perenggan setiap kali nak postkan cerita2.Cuma kebelakangan ini sofia dah hampir putus asa dalam mengedit apa yang sofia nak postkan. Sofia nak yang macam ..bacalah selanjutnya..tapi tak juga berjaya.
Sofia dah ikut step2 kat blog-blog yang ada tutorial mengenai edit mengedit tapi still jugak tak berjaya.Sofia jugak ada mintak tunujk ajar blogger Deena..tetap fail..hmmm..harap2 akan selesai nanti
Sofia dah ikut step2 kat blog-blog yang ada tutorial mengenai edit mengedit tapi still jugak tak berjaya.Sofia jugak ada mintak tunujk ajar blogger Deena..tetap fail..hmmm..harap2 akan selesai nanti
RAMADHAN-Buat biskut aka tat nanas
sumber ; google
Tat nanas.Salah satu dari mana2 biskut yang sofia paling minat sesangat.Cuma Ramadhan dan Syawal kali ini sofia buat sendiri.Kiranya dah tak mengharap tat nanas kat rumah sedara mara or kawan2.Sebab kalau beli ni satu botol dalam RM12.90 bersamaan dalam 40 biji sahaja.Huhu,sekali duduk nonton tv.terus habis.Nak tengok resepi sila lah.
Tat nanas.Salah satu dari mana2 biskut yang sofia paling minat sesangat.Cuma Ramadhan dan Syawal kali ini sofia buat sendiri.Kiranya dah tak mengharap tat nanas kat rumah sedara mara or kawan2.Sebab kalau beli ni satu botol dalam RM12.90 bersamaan dalam 40 biji sahaja.Huhu,sekali duduk nonton tv.terus habis.Nak tengok resepi sila lah.
RAMADHAN-minggu ke-2 dan ke-3
minggu ni adalah minggu ke-3 kita dalam bulan Ramadhan.pada minggu ke-2 sofia dptlah mengumpul pengalaman berpuasa di Kuala Lumpur.Cyberjaya.Klang. Hari pertama berbuka di rumah abang di cyberjaya. hari kedua pula berbuka puasa di medan selera SOGO KL ditingkat atas.Menunya nasi ayam panggang dan minuman air sirap limau dan teh tarik.
Ini adalah pengalaman pertama untuk sofia berpuasa jauh dari keluarga.Kalau dulu berpuasa pun paling jauh tempat belajar.Politeknik Kuching.Nanti kalau ada masa sofia leh cerita berpuasa di Politeknik tempat sofia belajar dulu.
Ini adalah pengalaman pertama untuk sofia berpuasa jauh dari keluarga.Kalau dulu berpuasa pun paling jauh tempat belajar.Politeknik Kuching.Nanti kalau ada masa sofia leh cerita berpuasa di Politeknik tempat sofia belajar dulu.
Thursday, August 4, 2011
RAMADHAN- sahur dan berbuka
hari ni hari keempat kita berpuasa.sebelum subuh kita kena bersahur.paling awal pun dalam jam 4 pagi.kalau kat sarawak ni.sahur habis dalam jam 5 pagi lah.bersahur biasanya ala kadar je.sebab kalau tak biasa makan nasi,pastinya yang dimakan akan dibuang balik.
sofia bersahur menunya nasi dan lauk yang biasa je.ikan goreng.ikan masak asam pedas.telur dadar.telur masin
sofia bersahur menunya nasi dan lauk yang biasa je.ikan goreng.ikan masak asam pedas.telur dadar.telur masin
dari jang oh jang
berbuka puasa atau sungkey.menu paling utama kuih tongkol/bongkol,kuih cina,kuih lapis ,roti john..macam-macam lah..minuman air tebu.air soya.hmm..masa puasa ni macam-macam dijual kat bazaar ramadhan.
MAKANAN- LINUT
hari ni sofia nak cerita pasal makanan..heheh dalam bulan puasa ni kalau cerita pasal makanan .semuanya jadi sedap belaka..dulu masa sofia masih kanak-kanak riang lagi.arwah nenek suka buat masakan ini;
dari google
dari google
makanan ni dipanggil linut.kalau search kat google..lebih kurang sama dengan ambuyat..dulu suka makan..sebab arwah nenek suka buat.tapi nak buat ni ada pantang nya.sedap bila di makan bersama sambal asam mbang. kasi pedas-pedas.
elok juga makan dengan sayur keladi..sedap sesangat.tapi ikut tangan yang membuat.sebab cara buat nampak senang..kalau tak silap guna tepung kanji.campur air panas..kacau hingga masak..kalau nak detail lagi..nanti sofia usahakan..sebab sofia pernah cuba buat ni dulu..tapi dah lupa.
cara buat linut ni nampak saja mudah,sebab kadang2 tak menjadi..sebab nak buat linut ni ada pantang
dari google
dari google
makanan ni dipanggil linut.kalau search kat google..lebih kurang sama dengan ambuyat..dulu suka makan..sebab arwah nenek suka buat.tapi nak buat ni ada pantang nya.sedap bila di makan bersama sambal asam mbang. kasi pedas-pedas.
elok juga makan dengan sayur keladi..sedap sesangat.tapi ikut tangan yang membuat.sebab cara buat nampak senang..kalau tak silap guna tepung kanji.campur air panas..kacau hingga masak..kalau nak detail lagi..nanti sofia usahakan..sebab sofia pernah cuba buat ni dulu..tapi dah lupa.
cara buat linut ni nampak saja mudah,sebab kadang2 tak menjadi..sebab nak buat linut ni ada pantang
sumber: diari kehidupan
Wednesday, August 3, 2011
Mengepam pastikan stok susu mencukupi
RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.
>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.
Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.
“Ketika mengandungkan anak pertama saya langsung tidak terfikir untuk menyusukan bayi sepenuhnya, tetapi apabila suami meminta supayamemberikan susu ibu kepada anak, saya terus mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang susuibu.com mengenai penyusuan dan penyimpanan susu ibu,” katanya.
Menurutnya, cabaran menyusukan anak bermula apabila dia mula bekerja dan tidak membuat simpanan susu yang banyak.
“Apabila bekerja saya hanya mampu mengumpul 10 botol saja dan ini memberi sedikit tekanan kerana perlu mengepam setiap hari bagi memastikan Hafeez mendapatkan susu ibu sepenuhnya apabila dihantar ke rumah pengasuh,” ujarnya.
Walaupun mengalami kekurangan susu, dia tidak berputus asa dan mencuba semua petua untuk memperbanyakkan susu seperti makan lobak putih, halba, pegaga dan multivitamin bagi menambah pengeluaran susu.
“Saya memperhebatkan aktiviti mengepam bukan saja di tempat kerja malah di rumah. Setiap tiga jam iaitu pada jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi, saya mengepam susu bagi memastikan stok susu mencukupi. Alhamdulillah akhirnya dengan kesabaran dan tawakal kepada Allah saya dapat menyusukan Hafeez sepenuhnya,” katanya.
Berbeza dengan kelahiran anak kedua, Zahratul Sofea, Zafifah sudah membuat persediaan lengkap dengan membuat simpanan susu pada hari keempat kelahiran. Walaupun menyusu secara terus, dia tetap mengepam apabila anak tidur dan hasilnya pada hari pertama bekerja dia dapat mengumpul 40 botol stok susu yang disimpan di tempat simpanan sejuk beku.
Apabila mula bekerja, Zafifah meneruskan aktiviti mengepam di tempat kerja iaitu setiap tiga jam sekali. Lebih memudahkannya apabila ketuanya sangat memahami dan memberikan masa selama 15 hingga 20 minit untuk mengepam susu. Malah terdapat sebuah bilik yang dikhaskan untuk mengepam susu.
“Sekali pam saya memperoleh enam hingga lapan auns bersamaan 237 mililiter susu dan jumlah ini boleh diminum sebanyak dua kali,” katanya yang menyimpan susu di dalam beg sejuk beku sebelum dipindahkan ke dalam peti sejuk di rumah.
Untuk susu yang disimpan di dalam peti sejuk khas sejuk beku boleh tahan enam bulan, susu di dalam peti sejuk dua pintu tahan tiga bulan manakala satu pintu selama dua minggu saja.
Bagi memudahkannya mengenal pasti susu yang perlu dibawa ke rumah pengasuh, Zafifah membuat label pada setiap susu yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan menulis di dalam buku.
“Saya membekalkan empat botol susu yang sudah dicairkan setiap hari ke rumah pengasuh bersama dengan alat pemanas. Ini bagi memudahkan pengasuh memberikan susu kepada Sofea apabila tiba waktunya. Tidak ramai pengasuh yang mahu mengendalikan proses memberikan susu ibu kepada anak jagaan mereka kerana berasa ia remeh dan menyusahkan.
“Oleh sebab itu saya perlu menerangkan kepada pengasuh dan memberikan peralatan lengkap supaya tidak menyusahkan mereka,” jelasnya yang juga Kaunselor Laktasi, Kaunselor Rakan Penyusuan Bayi Malaysia (MBPC).
Setakat ini, Zafifah tidak perlu risau kerana dia mempunyai simpanan susu ibu sebanyak 225 botol iaitu 1,043 auns bersamaan 30,845 mililiter susu yang cukup untuk keperluan Sofea sehingga dia mencecah setahun lebih. Tambah pula pada masa sekarang, Sofea sudah mula makan dan ini tidak merisaukan dirinya.
Namun begitu, Zafifah masih menjalankan rutin harian mengepam seperti biasa. Ini kerana dia percaya pada teknik penawaran dan permintaan yang bermaksud semakin banyak ibu mengepam bermakna semakin banyak susu dapat dihasilkan.
Jika ramai ibu bimbang dengan kehadiran Ramadan kerana akan mengalami kekurangan susu, tidak Zafifah kerana susunya lebih banyak daripada hari biasa. Ini kerana dia menyediakan makanan seimbang ketika berbuka dan bersahur serta memperbanyakkan minum susu dan makan kurma.
“Ketika Ramadan badan memerlukan lebih banyak air untuk menghasilkan pengeluaran susu. Justeru ketika berbuka dan bersahur, saya banyakkan minum air suam dan panas malah langsung tidak minum minuman berais.
“Saya juga makan makanan berkhasiat yang boleh memperbanyakkan susu. Di antara �waktu berbuka sehingga ber�sahur saya akan pastikan makan roti, biskut atau makan kurma bagi memastikan bertenaga keesokan hari,” katanya yang menjalankan aktiviti mengepam seperti biasa sepanjang Ramadan.
Apa yang penting, setiap ibu harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Sekiranya mereka mempunyai matlamat untuk menyusukan anak sepenuhnya pasti setiap ibu akan berusaha untuk mencapai matlamat itu. Ini kerana penyusuan susu ibu mempunyai banyak faedah selain mengeratkan kasih sayang, anak yang disusukan sepenuhnya akan lebih bijak dan mempunyai antibodi yang kuat.
sumber:harian metro
Monday, August 1, 2011
RAMADHAN-minggu pertama
Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Ilahi.Kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.Berpuasa di bulan ramadhan bayak pahalanya.dan ianya wajib bagi yang berkemampuan.Dikecualikan bagi yang uzur,perempuan mengandung dan yang berhadas besar.Tahun lepas sofia tidak dapt berpuasa penuh.Memandangkan sofia baru sahaja lepas bersalin anak ke2.Jadi puasa tersebut cuma mapu diganti sebanyak 5 hari sahaja.Makanya sofia masih punya hutang puasa lagi..
dari google
dari google
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...