minggu ni adalah minggu ke-3 kita dalam bulan Ramadhan.pada minggu ke-2 sofia dptlah mengumpul pengalaman berpuasa di Kuala Lumpur.Cyberjaya.Klang. Hari pertama berbuka di rumah abang di cyberjaya. hari kedua pula berbuka puasa di medan selera SOGO KL ditingkat atas.Menunya nasi ayam panggang dan minuman air sirap limau dan teh tarik.
Ini adalah pengalaman pertama untuk sofia berpuasa jauh dari keluarga.Kalau dulu berpuasa pun paling jauh tempat belajar.Politeknik Kuching.Nanti kalau ada masa sofia leh cerita berpuasa di Politeknik tempat sofia belajar dulu.
balik cerita berpuasa di negeri orang. Sofia cuma bersahur dengan air suam dan nescafe tin. dan makanan roti dan kurma.Alhamdulillah mampu bertahan tanpa ada rasa lapar.
Sofia ke Kuala Lumpur atas sebab nak hadir kursus.kalau niat nak pergi saja2.Lambat lagi lah.nak kena tunggu rezki lebih2 dulu.Banyak jugak tempat yang sofia nak sangat2 pergi.Tapi semuanya bergantung pada rezeki.
Di sana sofia cuma pergi jalan2 sekitar masjid jamek.mydin.cari tudung.kain.dan sofia berkesempatan pergi ke Klang.kalau dlm bahasa sarawaknya 'berambeh' di rumah kawan aka mak angkat.mak Ton.mak ton tinggal kawasan kampung.tak ingat nama kampung cuma ingat batu 8 je.
pengalaman yang ditimba cuma untuk kenang-kenangan di kemudian hari.Rasa nya tak sanggup nak berpuasa jauh dari suami .anak-anak dan famili semuanya..
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, August 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment