Thursday, December 29, 2011

BOULEVARD KUCHING SARAWAK


Tempat yang Sofea suka bawa anak-anak pergi bermain,makan-makan dan shopping. Boulevard Kuching di Jalan Datuk Tawi Sli. Setiap hari jugak lah Sofea melalui nya.Sebab jalan yang Sofea lalui sama ke tempat Sofea bekerja.Tapi gambar kat atas tu bukan Boulevard kuchinglah.Sofea lupa nak snap gambar.

Anak-anak suka pergi bermain kat playground di tingkat 4.


ni anak Sofea yang no.2 . usia baru 1 tahun 5 bulan.sangat lasak.dia suka panjat gelongsor dan main bola.seronok sangat bila Sofea tengok dia main. Nama dia Thaqif dan dia ada kakak namanya Sorfina.



ini lah Sorfina.baru 3 tahun 6 bulan .tahun 2012 akan ke pra sekolah.dia sendiri nak sangat sekolah.
tapi Sofea tak memaksa sangat.sebab masih awal sangat.harap-harap nanti masa masuk sekolah dia tak buat olah.heheh.

IMPIAN YANG DICAPAI


Alhamdulillah. semuanya rezki datang dari Nya. yang mampu Sofea lakukan adalah bersyukur dan membuktikan kesyukuran itu.Sofea perlu meningkatkan amalan mahupun perbaiki apa yang masih kurang.

Kali ini Sofea nak cerita kan sedikit impian Sofea sepanjang 2011.yang tidak ada dalam list impian pun ada juga berlaku. Yang pertama sekali Sofea akhirnya berjaya mencari sebuah rumah untuk kami sekeluarga. Sofea dan suami berusaha lebih untuk mencari rumah sekitar Kuching yang tidak terlalu jauh dari rumah orang tua. Bukan tidak mahu berdikari.Ini semua untuk memudahkan Sofea menghantar anak-anak untuk dijaga adik ipar Sofea nanti.

Rumah yang Sofea dan suami beli pun ikut kemampuan kewangan kami.Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun ada berlaku sedikit kekecohan dengan kelayakan kami dengan belian rumah tersebut.Jauh rumah kami nanti dengan rumah keluarga sekitar 3-5 km. Kawasan perumahan ada sekolah,supermarket,kedai-kedai..banyak jugaklah kebaikan membeli rumah di kawasan tersebut.

Kereta dan motosikal kami sudah kami langsaikan bayarannya.Alhamdulillah.

Kini kami hanya perlu menunggu rumah kami siap. Dan kami kena lebih banyak menyimpan untuk akan datang.

Nasi Goreng

minyak dipanaskan.





tumiskan campuran bahan kisar ( bawang merah , bawang putih dan cili ). tumis sehingga naik bau atau bawang masak.


selepas campuran bawang masak . masukkan telur ayam yang siap digoreng dan nugget. kacau sebati.


 kemudian masukkan nasi,garam secukup rasa.goreng sehingga rata..dan sedia untuk dihidang.


Sebenarnya tak da plan nak menggoreng nasi pagi tadi. Sebab dah terlewat nak ke tempat kerja. Dan kena buat bekal. Jadi tergoreng lah nasi..Alhamdulillah habis dah sofea makan kat ofis tadi.



Wednesday, December 28, 2011

HARI-HARI TERAKHIR 2011



hari ini 28.12.2011. bermakna ada 3 hari lagi kita bakal menyambut tahun baru masihi iaitu 2012. adakah impian mahupun cita-cita ataupun angan-angan tahun 2011 kita tercapai ? Alhamdulillah.bagi pihak Sofea setiap apa yang Sofea rencanakan Allah makbulkan.

Apa yang pasti setiap yang dilalui dalam mencapai impian itu dipenuhi dengan ranjau berduri.Banyak kisah boleh dijadikan teladan di kemudian hari sepanjang tahun 2011.Dari mula tahun Sofea satu famili Allah uji dengan sakit.Kami demam bersama-sama.Ianya bermula dengan anak lelaki Sofea,diikuti dengan anak sulung kemudian Sofea dan suami.Benar-benar sihat setelah seminggu berlalu.Betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya.Menguji kesabaran setiap hamba.

Bulan-bulan seterusnya di lalui dengan tenang tanpa banyak perubahan.Namun bila pertengahan tahun.Allah uji lagi kami.Dimana proses jual beli rumah yang hampir selesai.Tapi apakan daya penjual telah menarik balik jualan rumahnya dengan alasan geran rumah telah dihilangkan oleh anaknya.

Bayangkan segala masa dan wang ringgit banyak dihabiskan hanya untuk membeli rumah dengan orang perseorangan. Tanpa ada khidmat peguam.Bagi pembaca yang membaca blog Sofea ini.Haruslah diingat setiap jual beli perlu ada khidmat peguam.Biarlah kita berbayar lebih asalkan tiada berlaku penipuan.

Namun wang deposit yang telah kami bayar ,dia pulangkan dan menambah sedikit sebagai kos ganti rugi.Alhamdulillah.Cuma luka pada hati ini masih ada.kerana Sofea mengharpakan agar dapat memiliki rumah tersebut memandangkan bersebalahan dengan rumah mertua.

Banyak lagi kisah 2011 yang ingin Sofea coretkan.Tapi yang ini saja buat masa ini.

Rutin Harian



gambar tu bukanlah rumah Sofea lah.cuma kali ni nak bercerita pasal rutin harian Sofea dekat rumah.Sofea ni kadang-kadang je kemas rumah.Yang selalu Sofea buat kemas bilik je.
Sofea sekarang masih duduk serumah dengan mertua dan adik-beradik suami. Kami dalam 10 orang dalam satu rumah. Dapat kan kalian bayangkan bagaimana keadaan rumah kalau isi rumah tiada kerjasama atau hanya 2 atau 3 orang saja yang betul-betul mengemas.

Sofea turun kerja dan balik kerja. Sampai kat rumah dalam pukul 7 malam. Sofea kadang-kadang je memasak. Biasanya adik ipar Sofea dan mertua yang masak. Sofea masak bila ada kelapangan je.

Menyapu - kalau dah rasa menyemak je..kalau bilik tidur tetiap hari Sofea sapu.
Mencuci baju - melipat baju - mengemas ruang dapur - mengemop
Anak-anak tidur dalam pukul 1 atau 2 pagi.setiap hari.tak pernah tidur awal.

Harapan Sofea insyaAllah impian memiliki rumah sendiri akan terlaksana.

Tuesday, December 6, 2011

MUHARRAM 1432 H



Awal Muharram..sudah berlalu..sekarang 10 muharram 1432 H..bagi yang menjalani puasa Asyura.Ianya disarankan untuk diamalkan.
Apa itu Hari Asyura?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Doa Awal dan Akhir Tahun

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...