Thursday, December 29, 2011

IMPIAN YANG DICAPAI


Alhamdulillah. semuanya rezki datang dari Nya. yang mampu Sofea lakukan adalah bersyukur dan membuktikan kesyukuran itu.Sofea perlu meningkatkan amalan mahupun perbaiki apa yang masih kurang.

Kali ini Sofea nak cerita kan sedikit impian Sofea sepanjang 2011.yang tidak ada dalam list impian pun ada juga berlaku. Yang pertama sekali Sofea akhirnya berjaya mencari sebuah rumah untuk kami sekeluarga. Sofea dan suami berusaha lebih untuk mencari rumah sekitar Kuching yang tidak terlalu jauh dari rumah orang tua. Bukan tidak mahu berdikari.Ini semua untuk memudahkan Sofea menghantar anak-anak untuk dijaga adik ipar Sofea nanti.

Rumah yang Sofea dan suami beli pun ikut kemampuan kewangan kami.Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun ada berlaku sedikit kekecohan dengan kelayakan kami dengan belian rumah tersebut.Jauh rumah kami nanti dengan rumah keluarga sekitar 3-5 km. Kawasan perumahan ada sekolah,supermarket,kedai-kedai..banyak jugaklah kebaikan membeli rumah di kawasan tersebut.

Kereta dan motosikal kami sudah kami langsaikan bayarannya.Alhamdulillah.

Kini kami hanya perlu menunggu rumah kami siap. Dan kami kena lebih banyak menyimpan untuk akan datang.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...