Wednesday, December 28, 2011

HARI-HARI TERAKHIR 2011



hari ini 28.12.2011. bermakna ada 3 hari lagi kita bakal menyambut tahun baru masihi iaitu 2012. adakah impian mahupun cita-cita ataupun angan-angan tahun 2011 kita tercapai ? Alhamdulillah.bagi pihak Sofea setiap apa yang Sofea rencanakan Allah makbulkan.

Apa yang pasti setiap yang dilalui dalam mencapai impian itu dipenuhi dengan ranjau berduri.Banyak kisah boleh dijadikan teladan di kemudian hari sepanjang tahun 2011.Dari mula tahun Sofea satu famili Allah uji dengan sakit.Kami demam bersama-sama.Ianya bermula dengan anak lelaki Sofea,diikuti dengan anak sulung kemudian Sofea dan suami.Benar-benar sihat setelah seminggu berlalu.Betapa Allah sayangkan hamba-hambaNya.Menguji kesabaran setiap hamba.

Bulan-bulan seterusnya di lalui dengan tenang tanpa banyak perubahan.Namun bila pertengahan tahun.Allah uji lagi kami.Dimana proses jual beli rumah yang hampir selesai.Tapi apakan daya penjual telah menarik balik jualan rumahnya dengan alasan geran rumah telah dihilangkan oleh anaknya.

Bayangkan segala masa dan wang ringgit banyak dihabiskan hanya untuk membeli rumah dengan orang perseorangan. Tanpa ada khidmat peguam.Bagi pembaca yang membaca blog Sofea ini.Haruslah diingat setiap jual beli perlu ada khidmat peguam.Biarlah kita berbayar lebih asalkan tiada berlaku penipuan.

Namun wang deposit yang telah kami bayar ,dia pulangkan dan menambah sedikit sebagai kos ganti rugi.Alhamdulillah.Cuma luka pada hati ini masih ada.kerana Sofea mengharpakan agar dapat memiliki rumah tersebut memandangkan bersebalahan dengan rumah mertua.

Banyak lagi kisah 2011 yang ingin Sofea coretkan.Tapi yang ini saja buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...