mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Tuesday, March 6, 2012
KEK CHEESE MUDAH
Kali ni nak cerita pasal buat kek cheese. sofea dapat resepi ini dari banyak sumber.ada yang dari kawan,dari majalah malah sofea mintak pakcik google kita tolong carikan untuk sofea. tapi sofea cuba resepi dari kawan sofea ni. sebab dia bagi tunjuk ajar sekali dalam nak buat kek cheese ni. mudah sesangat. kek cheese ini tak perlu masak kat atas dapur ( kukus ) atau bakar dalam oven. cuma perlu letak dalam peti sejuk je.
Thursday, March 1, 2012
LAKSA SARAWAK
Resepi ni ikut cara sofea . Sofea masak laksa sarawak beberapa minggu lepas. cuma gambar setiap bahan tu ada yang sofea terlupa nak snap. tapi tak apa yang penting apa yang sofea cuba kongsikan ni.
bahan utama mestilah paste laksa.sebab kuah amat penting untuk laksa sarawak. biasa sofea beli paket-paket kecil. anggaran berat dalam 200 gm. harga RM3.50 gitulah.
paste laksa ni nak kena masak dulu kat atas dapur dan dicampur dengan air. kira kita didihkan dulu lah.sampai naik minyak. bila cukup masak kita masukkan santan. kalau suka pekat dan berlemak masukkan banyak. kalau tak ikut selera sendiri. sofea tak mahu lemak sangat.
Selepas itu masukkan dada ayam ( bahagian lain pun vley ) yang telah di potong 2 . jangan potong kecil. potong besar. bersihkan dulu. barulah di masukkan ke dalam kuah laksa yang baru dimasak tadi. biarkan lama sedikit. sementara menunggu kuah laksa masak. kita sediakan ;
telur ayam di goreng dahulu. sofea guna 10 biji. digoreng nipis-nipis. dan dipotong ikut kehendak.
Ayam yang direbus bersama kuah laksa tadi , ambil dan toskan. biarkan sejuk. selepas tu kita racikkan isi ayam . ikut kehendak sendiri. Setelah bahan-bahan siap disediakan. Mee hoon yang telah direndam terlebih dahulu tadi, basuh semula dan kita masakkan / selurkan di dalam air panas yang mendidih dan toskan. jangan lama sangat. nanti mee hoon mengembang. tak sedap.
sayur tauge juga nak kena selur ke dalam air panas. sama seperti mee hoon tadi jangan lama sangat.
seterusnya boleh segera dijamu. mee hoon , tauge , telur , hirisan ayam , sambal belacan , limau kasturi disediakan seperti gambar kat bawah tu. kalau nak campur daun ketumbar boleh jugak. tapi sofea tak berapa gemar dengan rasa dan baunya.
p/s : harap dapat membantu. nanti ada gambar paste tu sofea kongsikan lagi.
bahan utama mestilah paste laksa.sebab kuah amat penting untuk laksa sarawak. biasa sofea beli paket-paket kecil. anggaran berat dalam 200 gm. harga RM3.50 gitulah.
paste laksa ni nak kena masak dulu kat atas dapur dan dicampur dengan air. kira kita didihkan dulu lah.sampai naik minyak. bila cukup masak kita masukkan santan. kalau suka pekat dan berlemak masukkan banyak. kalau tak ikut selera sendiri. sofea tak mahu lemak sangat.
sambal / paste laksa yang di masak |
telur goreng yang dihiris nipis |
hirisan isi ayam |
mee hoon |
tauge |
limau kasturi |
sambal belacan |
cara penyediaan |
selesai |
p/s : harap dapat membantu. nanti ada gambar paste tu sofea kongsikan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...