Tuesday, July 31, 2012

Cerita Ramadhan

Hari pertama Ramadhan/ puasa. jatuh nya hari sabtu . bangun 4 pagi untuk bangun sahur. selepas sahur bersihkan diri dan tunaikan solat fardhu subuh. apabila keadaan mengizinkan. maksudnya anak2 tak bangun lagi. aktiviti mengukis bermula. sofea buat biskut tat nanas. kali ini versi dari teman blogger iaitu Dayang Jack. Kalau sudi jenguk blog beliau. ni dia reepi yang akan dikongsi buat pembaca blog ini.


Tat Nanas

kredit dari Dayang Jack

Bahan-bahan :

600 gm tepung gandum
160 gm gula ising
300 gm marjerin (dyg guna cap Puteri perisa mentega vanilla) 
140 gm mentega
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila
3 sudu besar tepung susu
Jem nanas secukupnya
kuning telur + setitik pewarna kuning (utk sapuan)
Cara-cara :

Pukul mentega dan marjerin bersama gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati.
Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nanas di tengah2nya dan gulung atau tutup kemas.
Susunkan doh tadi di atas dulang pembakar (griskan dgn sedikit mentega) dan sapukan kuning telur pd permukaan doh tadi.
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keemasan pd suhu 160C.
***jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.



siap dibotolkan

sebelum di bakar




No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...