Thursday, August 2, 2012

Resepi - Kuih Lapis Seri Wangi

Sempena bulan ramadhan kali ini, tiada apa yang berubah. Malah selera makan sofea agak terhad. menu untuk berbuka pun sekadar sahaja. teringin nak memasak kuih kampung. harap2 ada lah masa sofea nanti.
kuih yang sofea maksudkan kuih ini.

Kuih Lapis Seri Wangi

kredit dari blogger DayangJack

resepinya seperti ini ;

Bahan-bahan (loyang 8 inci)




Bahan A

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat
Bahan B

1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C

3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.

Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.






p/s ; memandangkan sofea belum pernah mencuba. dan suka makan je. jadi gambar tu saya mintak guna pakai. nanti kalau sofea berjaya buat. sofea akan update kan lagi. harap maklum


 

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...