Friday, August 24, 2012

Raya 2012 - raya raya raya



Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

Sambutan raya kali ini di rumah keluargaku di Kampung Tupong Tengah ( ikut giliran) Malam Raya dah berada di rumah bapak. Rumah mertua tak jauh. Dalam 15 minit sahaja. Di taman Sukma. Perkara pertama di buat malam raya adalah memasak. Kalau kat rumah bapak, sofea gemar masak ayam masak merah. Di rumah mertua tadi masak ketupat, ayam masak kari dan daging masak lada hitam.

Sofea tumpang masak ketupat dan daging di rumah mertua. hehehehhe...selain dari memasak. kemas rumah serba sedikit. sebab yang lainnya adik yang buat. buat kuih raya adik. sofea cuma buat kek lapis sahaja. untuk keluarga mertua dan keluarga sendiri. cuma sofea mintak tolong adik mak mertua buatkan kuih yang perlu di kukus.

Apa lagi ya. masa malam raya dan pagi raya? . hmmmm selain memasak dan mengemas pada malam raya. itu sahaja yang sofea rasalah. pagi raya nya pulak, selepas solat sunat hari raya. sesi salam dan bermaafan antara bapak,emak dan adik-beradik. sofea dahulukan salam bermaafan dengan suami tercinta.

Selepas selasai bersalaman, kami ke rumah nenek lelaki. bapa kepada bapa sofea. dan bersalaman dengan sanak saudara. rumah mok ( panggillan untuk mak cik ) , usu dan ahli keluarga lainnya. selpas itu barulah kami sefamili bergerak ke rumah mertua.

seperti di rumah bapak sofea jugak. sesi salam bermaafan dan makan. hehehhe...sedihnya raya kali ini tak ada kamera nak ambik gambar di tupong. dan doaku belum lagi dimakbulkan. Ya Allah , ujian MU menandakan yang Engkau menyayangiku . semoga Syawal akan adatang akan ada sinar cahaya itu..harapanku tinggi menggunung.....

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...