Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah. dari tanda-tanda yang diterima. rupanya rezki sofea Allah murahkan. doa yang tak putus-putus. Allah sudah makbulkan.
11.6.2013 tarikh di mana sofea buat pengesahan kembali. sofea hamil atau tak. banyak jugak sofea buat upt test. selepas P lewat datang. negative .... kabur ...dan sah double line.
upt test - positif |
minggu pertama hingga ke-4
tanda-tanda rasa penat dan makin kuat nak menidor.
selain itu, sofea mengalami kegatalan di kepala. sebelum ni ok je. tak de lah sampai tergaru-garu. kelumumur menjadi-jadi. biasa guna syampoo sunsilk. tapi tak jalan jugak. so kena gosok dengan limau nipislah gamaknya.
minggu ke-5 hingga minggu ke-8
- kurang selera makan. makan nasi rasa loya.
- feveret makan ikan je. ayam kurang. daging pun kurang. tapi , sekarang rasa nak makan daging unta. kat readers, sapa yang tahu mana nak carik daging unta dalam Malaysia ni. sofea dah puas usaha mencari.
- pemalas melampau-lampau.
- tahap penidor pun meningkat.
- cepat letih dan pemarah.
kekadang nak menangis di buatnya. cara sofea atasinya. sofea tarik nafas sedalam-dalamnya. then lepaskan. jangan banyak fikir. buat je kerja rumah macam biasa. jangan mengharap pertolongan dari sesapa. huhuhu. walaupun terlalu mengharap.
banyakkan istighfar dan doa menghindari malas.
* semoga minggu-minggu yang mendatang akan Allah permudahkan...
No comments:
Post a Comment