mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Friday, June 7, 2013
MERANCANG PREGNANT 1
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
untuk korang yang sudi baca blog sofea ni. doakan sofea dalam keadaan baik serta lindungan Allah.
sofea mulanya masih dalam merancang nak anak ke-3. ingatkan nak tunggu anak no. 2 dah 5 tahun or rumah kami siap. tetapi, kita merancang Allah merancang. sebaik-baik perancang adalah Allah Ta'ala. jadi, seperti keadaannya. sofea berhenti ambil pil perancang awal tahun 2013. sofea merancang menggunakan pil Yasmin. so , kena berhenti makan, kalau nak hamil.
bila dah berhenti. hormon badan berubah pulak. masa merancang dulu. mrs P datang setiap bulan. tapi dengan jumlah sedikit dan tempoh 2 atau 3 hari. bila sofea dah berhenti. mrs P tetap datang. tapi kuantiti banyak dan tempoh yang panjang. itulah keburukan kalau merancang guna pil. huhuhh..ikut hormon jugak lah.
bila dah berhenti makan pil. dari bulan ke bulan sofea mengharap 'melekat' cepat. rupanya tidak. mrs P tetap datang dari bulan ke bulan. jadi , sofea bimbang jugak. khuatir apatah lagi. yelah kan. nak jugak pregnant anak ke-3 ni.
fikir punya fikir. sofea pergi berurut dengan bidan. sofea dah biasa dengan bidan ni. pernah jugak suruh kengkawan pergi beurut dengan beliau. sebab sekarang payah bebenor nak carik bidan yang pandai urut badan dan atur rahim. MIL sofea pandai jugak. tapi keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. jadi,sofea pergi beurut badan dan atur balik peranakan/rahim. rupanya peranakan ada jatuh. so, bidan letak balik. sakit tu boleh tahan. ye lah. masuk setahun jugak sofea tak 'memulang' .
untuk perempuan yang dah kawen dan pernah beranak. kalau perut tu rasa tak selesa , pinggang sakit , kencing dan berak tak lawas. tu semua punca dari dalam perut. kita punya urat mungkin bersimpul.
lagi-lagi kalau korang bekerja. duduk lama kat ofis. tak pun angkat barang berat. pergilah berurut. sedap badan lepas tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment