Monday, July 29, 2013

29.7.2013 - SYED THAQIF HASHIM DAH 3 TAHUN




Alhamdulillah. dah 3 tahun anak ummi. semoga Allah lindungimu. semoga menjadi anak yang soleh.


STH



STH



STH - 1 hari



STH

tidak lama lagi punya adik. semoga jadi abang yang baik.

Friday, July 19, 2013

KAD PINK YANG KE TIGA






09072013 . hari selasa. sofea pergi register dekat klinik ibu dan anak. heheh. masa tu dah masuk 9 minggu 5 hari kandungan sofea. Alhamdulillah.

masih belum berselera makan. tekak loya. kepala pening. badan letih.

selalu kena gastrik. makan dengan kerap. kuantiti sederhana.

kena ambil darah. wahhhh...sakit jugak lah. hehhe. tapi taklah sampai nangis.

nurse cek perut.

petang pulak jumpa doktor. scan baby. Ya Allah. dah nampak jantung nya. semoga anak ummi sihat-sihat ye.

due date - 08022014
dapat gak bulan feb. hehhehe. tapi semuanya dalam ketentuan Allah.

ALMOND LONDON SJ29






Malam tadi. selesai semuanya. dapatlah dapat 1000 biji. termasuklah yang sudah dimakan. penat lah jugak nak membuat biskut ni.




biskut ni masa tengah digulung dan diletak kacang almond. buat banyak-banyak. kemudian bakar.




biskut yang dah siap dibakar. abaikan ye. yang hitam tu. oven kena kacau oleh anak lelaki sofea. dia adjust api. sofea tak perasan. selepas 2 kali membakar. sofea hairan. napa cepat hangus. sedangkan mulanya ok je. suhu 150. jam 20 minit. rupanya kedudukan api. anak sofea tukar. ke menggrill. api atas sahaja. patutlah tetiba jadi hangus. so , sofea tukar lah balik ke api atas bawah. tu sebab ada yang cantik molek dan ada yang hitam hangus. hehehhe.


 

lepas tu. terus masak coklat. then topping kat biskut.




lepas tu . touch up sikit dengan coklat putih. sofea bagi cantik sikit lah.




memandangkan stok coklat putih tak banyak. jadi sofea campurkan. coklat putih dan coklat . jadi macam kaler kopi susu. ok lah jugak.hehehhe.




lepas semuanya selesai. sofea isikan dalam botol. kira-kira dalam 5  botol untuk saiz botol ini. abaikan keadaan botol tu. sebab sofea keluarkan dari peti sejuk. kalau biskut kat luar. jadi cair pulak. taklah cair sangat. .....

ok setellah biskut ALmond London SJ29 tu. hehhe....jadi untuk projek akan datang. insya ALlah nak buat popia inti serunding pulak.


Tuesday, July 16, 2013

TAT NANAS SJ29



dah siap dibakar

dah siap dibotolkan


Jumaat malamnya. 12 Julai 2013 bersamaan 3 Ramadhan . sofea dah prepare awal bahan untuk buat biskut tat nanas. sofea buat untuk makan sendiri je. teringin jugak nak buat bisnes, tapi rasanya tak larat lah. sebab sofea kan dah 10 minggu untuk minggu ini. sofea buat untuk rumah mertua dan my parents sekali.

ok lah . sofea cuma nak cerita serta kongsi pasal tat nanas ni. senang dan mudah dibuat. cuma pada malam tu nasib sofea tak baik. sofea cedera diibu jari tangan kanan. luka besar dan banyak darah. sebab terkena sisi tin mentega. wuaaa. sudahlah kerja buat tat nanas kena guna acuan.

sofea bernasib baik. adik ipar sofea tolong sofea acuankan. sofea cuma isi inti dan gulung. heheheh. Alhamdulillah. nilah hasilnya ;



tat nanas dah siap digulung








4 botol ini dapat disiapkan






hampir habis












sejukkan sebelum disusun dalam botol






insya Allah. hujung minggu. nak buat biskut Almond London. nanti sofea kongsikan.

RAMADHAN - DAY 1 TO DAY 10



Salam Ramadhan.

bermulanya 1 ramadhan pada 10 Julai 2013. malam sebelumnya. solat terawih sudah dilaksanakan. sofea dan suami menunaikan solat jemaah isyak dan sunat terawih di surau berdekatan. Masjid kat Taman Sukma penuh. jadi , kami solat di Surau TMTC. kena menyeberang jalan. tapi, takpe. kami guna motosikal. anak-anak tinggal di rumah. di jaga adik suami.

rutin harian semasa fasting month. agak berubah lah. awal pagi bangun sahur. kira jam 4 pagi gitu. adik ipar yang kejutkan. hmmm...nasib lah masih tinggal rumah parents. ada jugak yang tolong kejutkan. nanti dok rumah sendiri. kenalah pasang betul-betul alarm jam. sahur dengan nasi. sofea tak reti sahur ala kadar je. kena jugak makan nasi. lepas sahur. kemas dan baring sekejap. bagi laluan kepada FIL guna bilik mandi.

kekadang tertidur balik lepas sahur. huhuhu. bahaya tabiat tidur balik. sebabnya susahlah nak bangun balik. tidur dalam kekenyangan.

kisah berbuka pulak. aka bersungkey. beli kuih-muih, roti john , mee goreng atau apa-apa yang teringin dimakan. biasanya pergi Bazar terdekat je. dekat sukmaria. ramai lah jugak. sekarang selera makan sofea masih tingtong . kalau betul2 rasa nak makan. terus beli.

hujung minggu pertama ramadhan. hari jumaat malamnya. sofea dah buat Tat Nanas. dalam 4 botol juga dapat disiapkan. sebab sambung lagi paginya. Sabtu.

Sabtu , lepas asar. pergi rumah my parents. berambeh. sambut ramadhan dengan my parents jugak. kat rumah my parents. sofea bangun 4 pagi jugak. sediakan lauk. dan terus kejutkan my parents dan adik beradik.

ok lah. cerita biasa-biasa je. tak ade yang menarik. baju raya dah siap. tak banyak. sepasang je.anak pompuan ada 2 pasang. anak lelaki guna baju lama.

sahur di awal pagi
subuh
puasa sepanjang hari
berbuka selepas azan maghrib
solat jemaah isyak dan terawih di surau.

minggu depan day pay day. beli bahan kuih. minggu ini baking biskut almond london.

Monday, July 8, 2013

SALAM RAMADHAN

 Salam Ramadhan.

Lusa dah mula berpuasa, bertarawih, bertadarrus dan bersedekah.

semoga amalan-amalan kita Allah terima.


Wednesday, July 3, 2013

IKAN KERAPU GORENG


tak sempat nak ambik gambar. ikan kerapu hasil pancing sang suami. suami pergi memancing minggu lepas. 30 jun 2013. Ahad. sofea hantar dalam jam 0830 pagi. anak-anak dibawa sekali. bukan dibawa pergi memancing lah. pergi untuk temankan sofea hantar suami kat jeti.

sebelum kawan suami datang. kami minum dulu kat jeti tu. ada rumah kat tepi jeti. order air milo peng dan nescafe. sambil tunggu kawan suami datang. sorfina dan thaqif. galak bermain lompat-panjat rumah kak siti. bukan reti takut. tunjuk ikan kat bawah jeti.

lagaknya macam mahu terjun ke bawah. jangan lah sayang anak-anak ummi. dalam tak dalam takut tetap ada. sebab sungai ada ber " buaxx".

kawan suami datang. dan kami bertiga gerak balik rumah. petangnya dalam jam waktu maghrib. suami dah balik kedarat. dapatlah ikan kerapu besar telapak tangan dan ikan a'bek. ..Alhamdulillah. terlepaslah gian nak memancing di sungai.

LANGSIR DALAM IMPIAN


nak dijadikan cerita. ada blogger ni. kalau jadi readers beliau. akan dapatlah diskaun nak beli kain langsir yang bermutu tinggi. dekat mana?




yap. dekat GLOBE by SARAH HUGHES. ni promosi hujung bulan jun 2013. baru je lagi. sehari je promosinye.

kat sini sofea nak cerita. sofea frust . tak berkesempatan nak membeli. tahun lepas ada beli . boleh tahan lah kualaiti kainnya. dan cantik. sampai sofea jadi susah hati nak memilih. kain tu masih belum dijahit lagi.

bagi sarawakian yang suka jenjalan ke Kuala Lumpur. rasanye boleh lagi kot beli kain langsir ni. tapi harga dah lain kot. kalau nak tahu perkembangan terbaru. boleh je follow blog Moon.
http://miera301.blogspot.com/

insya Allah puas hati. harapan sofea. masih ada lagi nanti promosi macam ni untuk masa akan datang. hehhe. sebab , sofea nak jugak langsir baru untuk rumah baru. hehheheheh...

siapa tak nak kan...

MALAS OH MALAS


malas. perkataan paling tepat dalam diari pertengahan tahun 2013. wuaaaaa... sejak mengandung anak ketiga ini. sofea ada sifat  pemalas. dengan kain baju tak berlipat nya. dengan bilik tak bersapu. wuaaa. sedihnya. kalau menyapu pun. yang termampu je.

nak tak nak. kena cekalkan diri. kalau cekal dan kuat. selesai le. kalau tak. berlambaklah.

hanya doa mampu kupanjatkan.

20 JUN PUNYA CERITA.....


Dah lama tak update blog. sebab kesihatan tak begitu mengizinkan. sejak 2 menjak ni. sofea selalu everytime sickness. kalau orang len. ada cakap morning sickness lah. sofea dari pagi sampai ke malam. bebual je tekak ni. meloya.

ok ..kita sambung kisah 20 Jun 2013. kan sofea ada story yang sofea ada ambil cuti. atenye nak nemankan adik pergi test kat Unimas. test utuk post Juruteknik Komputer. tapi, lain dirancang lain le jadinye.

ok lah . sofea ceritakan kronologi peristiwa. waiii sehhhh. hari rabu pada malamnya. lepas balik kerja dan selesai solat isyak. sofea ajak suami dan anak-anak pergi ke rumah parents sofea kat kampung Tupong nun. taklah jauh sangat dari Taman Sukma. tapi, hati sofea nak sangat jenguk parents and adik2.

jadinya. lepas solat isyak dan kemas-kemas semua. sofea sefamili pun geraklah ke rumah parents. sampai je rumah. rupanya mak masih tak sihat. kena asma. mak sofea memang ada asma. dah makan ubat. tapi batuk dan lelah menjadi-jadi. sofea sampai je rumah parents. apa lagi. layan je lah mata ni. menidor lah jawabnya. tapi tak dapat nak tidor. sebabnya. adik sofea asyik berdecit sakit. sakit perut katanya. kalau ikut minggu kiranya kandungan baru masuk 32 minggu. adalah sedikit tanda. keluar darah sikit-sikit. sakit pulak berpanjangan. dari hari isnin lagi. sebab adik ada tanya hari isnin. sofea advise suruh pergi hospital check.

adik tak berani . takut sebab tak ada yang teman kan. so , masa adik sakit-sakit perut tu. sofea suruh solat dulu. kalau belum solat isyak. kalau sik larat . guna je kerusi kalau nak solat. selesai solat. adik rehat. baring atas katil.

sofea cakap lah. kalau tak tahan. pergi je ke speta. bernak ke tidak. janji kita dah di speta nun. tapi hatinya masih kuat nak pergi test esoknya. huhuhu. byk plan pagi khamis tu. tapi apakan daya. kita merancang Allah merancang.

jadi, bila adik dah decide nak pergi speta. sebab muka pun dah merah tahan sakit. sofea kejutkan suami. dan bagitau. nak temankan adik pergi speta. sebab mak tak dapat nak temankan. mak pun tak berapa sihat. so, sofea balik rumah sukma dulu. hantar diaorang. dah sofea balik rumah tupong . sebelum pergi speta, sofea double check barang adik. apa yang perlu dan tak perlu dibawa.

selepas tu, terus gerak ke speta umum. terus naik tingkat 4. Labour room. daftar kat kaunter. adik terus dibawa ke dalam. dan sofea serta adik bongsu tunggu adik dekat luar. siap bertanding tido lagi. hahahha. penat wehhh..dengan lapar lagi. sudahlah sofea pun pregnant jugak.

dipendekkan cerita. adik selamat melahirkan anaknya jam 02:55 pagi hari khamis 20 jun 2013. bertambahlah cucu bapak dan emak. Alhamdulillah.


LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...