Wednesday, July 3, 2013

20 JUN PUNYA CERITA.....


Dah lama tak update blog. sebab kesihatan tak begitu mengizinkan. sejak 2 menjak ni. sofea selalu everytime sickness. kalau orang len. ada cakap morning sickness lah. sofea dari pagi sampai ke malam. bebual je tekak ni. meloya.

ok ..kita sambung kisah 20 Jun 2013. kan sofea ada story yang sofea ada ambil cuti. atenye nak nemankan adik pergi test kat Unimas. test utuk post Juruteknik Komputer. tapi, lain dirancang lain le jadinye.

ok lah . sofea ceritakan kronologi peristiwa. waiii sehhhh. hari rabu pada malamnya. lepas balik kerja dan selesai solat isyak. sofea ajak suami dan anak-anak pergi ke rumah parents sofea kat kampung Tupong nun. taklah jauh sangat dari Taman Sukma. tapi, hati sofea nak sangat jenguk parents and adik2.

jadinya. lepas solat isyak dan kemas-kemas semua. sofea sefamili pun geraklah ke rumah parents. sampai je rumah. rupanya mak masih tak sihat. kena asma. mak sofea memang ada asma. dah makan ubat. tapi batuk dan lelah menjadi-jadi. sofea sampai je rumah parents. apa lagi. layan je lah mata ni. menidor lah jawabnya. tapi tak dapat nak tidor. sebabnya. adik sofea asyik berdecit sakit. sakit perut katanya. kalau ikut minggu kiranya kandungan baru masuk 32 minggu. adalah sedikit tanda. keluar darah sikit-sikit. sakit pulak berpanjangan. dari hari isnin lagi. sebab adik ada tanya hari isnin. sofea advise suruh pergi hospital check.

adik tak berani . takut sebab tak ada yang teman kan. so , masa adik sakit-sakit perut tu. sofea suruh solat dulu. kalau belum solat isyak. kalau sik larat . guna je kerusi kalau nak solat. selesai solat. adik rehat. baring atas katil.

sofea cakap lah. kalau tak tahan. pergi je ke speta. bernak ke tidak. janji kita dah di speta nun. tapi hatinya masih kuat nak pergi test esoknya. huhuhu. byk plan pagi khamis tu. tapi apakan daya. kita merancang Allah merancang.

jadi, bila adik dah decide nak pergi speta. sebab muka pun dah merah tahan sakit. sofea kejutkan suami. dan bagitau. nak temankan adik pergi speta. sebab mak tak dapat nak temankan. mak pun tak berapa sihat. so, sofea balik rumah sukma dulu. hantar diaorang. dah sofea balik rumah tupong . sebelum pergi speta, sofea double check barang adik. apa yang perlu dan tak perlu dibawa.

selepas tu, terus gerak ke speta umum. terus naik tingkat 4. Labour room. daftar kat kaunter. adik terus dibawa ke dalam. dan sofea serta adik bongsu tunggu adik dekat luar. siap bertanding tido lagi. hahahha. penat wehhh..dengan lapar lagi. sudahlah sofea pun pregnant jugak.

dipendekkan cerita. adik selamat melahirkan anaknya jam 02:55 pagi hari khamis 20 jun 2013. bertambahlah cucu bapak dan emak. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...