Friday, August 30, 2013

31 OGOS 2003 - 31 OGOS 2013...10 TAHUN.......


Alhamdulillah.
malam ni adalah yang ke-10 tahun hubungan kami. perhubungan sofea dan suami. bermula di malam merdeka.
bila diingat balik. seharusnya semuanya dalam takdir Ilahi. tiada sapa menduga. dialah suamiku. imamku. kekasihku. sahabatku. cinta jantung hatiku.

selepas gagal dalam bercinta dalam 3 tahun sebelumnya. sofea memang hampir mengalah dalam mencari pasangan hidup. rasa kejatuhan betul-betul membuat sofea rasa putus asa.

selepas gagal bercinta di usia yang mudah dan mentah. sofea gagal juga dalam pengajian. sofea cuba positif dalam semua aspek kehidupan. diri, keluarga , sekeliling , kerjaya , masa depan dan semuanya.

sebagai anak . sofea ingin buat yang terbaik. sekurang-kurangnya. dapat membantu famili.
sebagai pelajar. sofea kalah dalam pelajaran. yang memang bukan dalam kemampuan diri.
sebagai kekasih. cuba untuk setia. namun atas dasar " sesuatu ". sofea lepaskan dia pergi.
sebagai hamba Allah. mencuba untuk memahami istilah cubaan , dugaan dalam hidup.

Maha Suci Allah. kita merancang DIA lah sebaik-baik perancang.
mengenali beliau bukanlah dalam list kehidupan. kerna sifat putus asa sudah bertitik noktah. atas alasan sendiri.
namun , apa yang sofea cuba jauhkan. Allah jua penetu segala kebaikan. kami kenal atas dasar beliau kawan kepada kawan abang sofea. kenal-kenal gitu je.

akhirnya malam 31 ogos 2003. semuanya titik permulaan perkenalan kami.
namun tetap ada pasang surutnya. ombak badai. ribut petir. kilat hujan lebat. dalam perhubungan kami.
sudah tertulis jodoh kami.

selesai tamat pengajian. selama 3 tahun. akhirnya kami disatukan pada tahun 2007. itupun selepas sofea selesai konvokesyen di bulan yang sama.

terima kasih suamiku. kerna sudi menerima baik burukku. kurang lebihku. Allah pertemukan kita. dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

semoga hubungan cinta 10 tahun terus bersulam. dan hubungan suami isteri 6 tahun terus dalam lindungan ALLAH.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...