mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Thursday, September 5, 2013
DAH MASUK 16 MINGGU
hari isnin 2.9.2013. sofea ada temujanji di klinik kesihatan ibu dan anak Malaysia Jaya. tak jauh lah dari tempat tinggal.temujanji bulanan yang ke-3 rasanya. sofea sampai dalam jam 9 pagi macam tu. dalam klinik dah ramai orang. macam biasa. sofea letak buku kesihatan dalam bakul di kaunter. so, kena tunggu giliran.
dapat duduk dan masa ni lah mata sofea dah mula mengantuk. rasa macam nak tidur je. tapi tak boleh nak lelap . nanti tak sedar nama dipanggil. di kerusi tempat sofea duduk. ada seorang mommie. sofea tegurlah. kiranya berbasa basi lah. ye lah . kalau menunggu di klinik. kena ada teman buat ajak berbual. rupanya mommie tu datang awal pagi. sebelum klinik tu buka lagi.
tapi jam sudah 0930 pagi. kira dalam 2 jam lebihlah dia tunggu turn. masa tengah borak-borak tu. nama sofea dipanggil. (hmmm. pelikkan. mommie ni belum lagi) . sofea pergi tingkat 1. untuk pemeriksaan.
biasanya akan check air kencing kita. then berat serta tekanan darah. hari tu kena injection. sakit tau. nasib sebelah kiri. kekebasan terasa hingga keesokkan harinya. masa check saiz perut dan degupan jantung bayi. semuanya ok. Alhamdulillah. masa keluar dari bilik pemeriksaan tu. sofea nampak yang mommie tadi tu baru naik. kesian. lama dia menunggu.
nak tahu? berat badan naik mendadak sebanyak 4 kg!!!. huhuhu. bulan lepas turun 1 kg. kalau berlarutan sampai temujanji bulan oktober. nurse cakap kena check gula. harap-harap sofea tak kena.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment