Thursday, September 5, 2013

SINI SANA SITU


isni lepas. tak kerja. sebelum pergi klinik. sofea singgah sekejap pejabat Baitulmal cawangan petra jaya. yang dekat samariang. atas kedai makan jula juli. urusan pertama. selepas syawal. nak naikkan kadar zakat pendapatan. serta bayar fidyah sebab tak puasa ramadhan lalu. tak larat. Alhamdulillah. selesai sudah urusan zakat. cuma nak kena key-in dalam sistem di ofis nanti.

lepas selesai urusan di Baitulmal. sofea kena isi perut lagi. lapar pepagi macam ni. pekena teh tarik dan 1 set roti kawen. makan. sambil tu cuba call bff. tak dijawab. jadi sarap sensorang le nampaknya. selesai makan dan bayar. terus masuk kereta. drive pulak ke klinik. pemeriksaan bulanan ibu mengandung. kandungan sofea dah 16 minggu. semuanya ok. cuma kena pastikan berat tak naik banyak.

selepas pergi klinik ibu anak. pergi klinik panel. jumpa my fav doc. doktor dayang. sofea teringin nak scan. dotor pun scan. semua ok. baby aktif. cuma tak dapat tengok jantinanya. sebab tengah meniarap. tak apalah. yang penting semuanya dalam lindungan Ilahi. masa tunggu turn di klinik panel. byk jugak orang. rutin biasa. kena tunggu turn lah.

selesai di klinik panel. sofea gerak pulak ke wisma satok. urusan bank lagi. ( huhuhu.banyak nau urusan) pergi tabung haji. buat tambahan untuk adik. dan update akaun kami 4 beranak. sebab sofea ada buat potongan gaji setiap seorang. ambil nombor giliran. tunggu giliran. akaun dah update. potongan dah success untuk 4 akaun. oklah selesai. cuma rugilah 4 bulan yang lalu. potongan semua masuk my akaun. heheheh.

setel kat tabung haji. ambil kereta. park dekat depan taka. sebab sofea kena pergi pejabat PTPTN lagi. nak buka akaun SSPN anak-anak. adalah rezeki anak-anak masa raya lalu. Alhamdulillah. sofea memang macam ni. ada lebihan , insha Allah akan disimpan. buka akaun baru. kena isi borang. salinan mykad dan mykid anak-anak. setel isi borang. ambil nombor giliran. tunggu giliran. masa tu pun banyak orang. banyak yang nak bayar balik pinjaman serta buka akaun. selesai di kaunter 2. kena ambil nombor lagi. untuk pembayaran di kaunter 3. yang sofea terima. resit pembayaran serta kad SSPN .


kad SSPN 2 beradik

selesai urusan sesi pertama. sesi ke dua. kena ambik mak dan adik.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...