Thursday, September 5, 2013

TAK JAHAT , NAKAL JE JE



nak cerita sikit lah pasal kenakalan dari kanak-kanak hingga dah nak kawen. sofea mulai sekolah umur 6 tahun. masa tu bapak hantar belajar sekolah Tadika Bina. sekarang dah tukar nama. kalau tak silap. Tadika Hikmah. tahun 1989. masa sekolah tadika. jalan kaki je ke sekolah. tak jauh. tambah pun ada kazen mazen satu sekolah. cuma memula turun sekolah mak yang hantar. lepas tu pergi dan balik sendiri. kalau balik dari sekolah. suka benar panjat pokok ceri dan makan buah yang warna ungu tu(selalu sebut buah engkodok)


pokok ceri

buah ceri
pokok senduduk

pokok senduduk,buahnya kami makan. terus lidah dapat kaler ungu. pernah ke makan?
selain tu. rumah bapak sofea kan tinggi. bawah rumah ada tanah. bila hujan lebat or air pasang. bawah rumah penuh lah air. sebab sungai kecil. jadi air melimpah. bila air dah pasang. apa lagi. berenang le. seronok berenang. siap buat terjun gaya bebas lagi. tak pun pergi rumah nenek. belakang rumah nenek ada sungai besar. tapi ada buaya. heheh. kalau sekarang disuruh dah tak berani dah. tapi kan lama dah tak berenang. nasib baik ada swimming pool free. kalau tak memang tak pandai le berenang. biasa berenang dengan kazen. tak pun sensorang. adik sofea tak nak join.

selain tu. sofea suka main dari pagi sampailah senja baru balik. asal balik lewat. kenalah rasa cubitan manja bapak dan pukulan sayang emak. biasanya dalam adik-beradik. sofea paling nakal. tapi tak jahat le.main masak-masak. guna tin kosong. pasang unggu api. masak beras jadi nasi. macam-macam. lepas tu main kejar-kejar. bila dah terlebih seronok. akan adegan kelahi anje-anje.

sofea dah masuk sekolah rendah. belajar sampai darjah 6. kat sekolah memang rajin. pandai. bijak. tapi paling sofea tak bijak. Bahasa Inggeris. hancussssssss. tak pernah nak pass. sampai laaa ni. aduiii..biasa dapat no 1 hingga 3. selalu celen dengan kawan sekelas. siti namanya. budaknya pandai. sekarang pun dah jadi cikgu. ada sorang budak kelas merah. pun pandai. kalau speaking. kalah sofea. sedihhhhh...hafal sifir pulak dajah 4. tu pun cikgu tu bagi motivasi dan baikkk sangat. tak ingat namanya. cuma tetap akan dikenang sampai bila-bila.

masa sukan sekolah sofea suka ikut olah raga. lompat galah. lompat pagar. memacam. pengakap. suka sesangat aktiviti luar. tak pernah tuisyen. kalau KAFA. sofea pernah hafal juz 30. 1 juz tu je. ngaji pulak bapak yang ajar. banyak jugak yang belajar mengaji dengan dia. bapak kalau orang degil, dia rotan. tak pun dia bagi jadam.


jadam

dia tak bagi banyak. sikit je. tapi pahit ya amat. pernah sorang budak diberinya jadam. terus muntah. dan tak pernah datang lagi belajar mengaji. tapi, jadam ni banyak khasiatnya.

apa lagi ekkk...sofea pun dah banyak lupa. mandi sungai, main kejar-kejar, gembira,gaduh,ngaji, sekolah,sukan,cikgu-cikgi. kawan-kawan.

my fav teacher ;
cikgu siti aminah
cikgu rozana - ajak muzik
cikgu salina
ustaz annuar
banyak lagi..lupa dah.

inilah alkisahnya sekolah rendah. jomm sambung kenakalan disekolah menengah dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...