Wednesday, September 11, 2013

CAMERAMAN/ FOTOGRAHER/JURUKAMERA PRO VS NON-PRO



hari ni nak cerita atau boleh kata nak luah isi hati . pasal apa? pasal cameraman. untuk majlis kawen misalnya.mahupun apa-apa majlis.

mula-mula nak cerita pengalaman sendiri dulu. sofea dapat cameraman yang pro dan kerja pun tip top. kira berbaloi lah. cameraman sofea ni satu pakej dengan mak andam. jadi senang nak berurusan. sebab sofea ni pentingkan situasi majils besar. yelah majlis nikah kahwen sendiri. bukan selalu kita dirias cantik , lagi-lagi jadi raja sehari. mestilah nak yang terbaik kan? jadi , amat penting kita dapat cameraman yang boleh kamceng dengan kita. tak kira mana pun keadaan majlis. tugas beliau sebagai cameraman kena pro.ok setel pengalaman sofea. album pun cantik walaupun yang biasa sahaja. yang pentingnya. ada cerita disetiap helaian album.

al-kisahnya, macam mana kalau dapat cameraman yang pro. siap ada sijil bagai. tapi kerja hancur. rasanya lebih hancur dari kerja cameraman yang non-pro.  yelah, buat kerja pun cincai. tak ambik gambar seperti yang dinginkan.

sofea dah alaminya. kerna sofea yang berurusan untuk majlis seseorang. sedih bila album kawen dah siap. tiada penceritaan pun. masa majlis pun, cameraman macam ni kedekut nak ambik gambar. sesnap 2..simpan..lepas tu snap lagi...macamlah guna filem or kodak. setahu sofea , semua dah guna memori card untuk simpan gambar. memanglah kalau ikut pakej 120 keping je. tapi kan boleh pilih dan delete kalau lebih.

dahlah ambil gambar ikut selera mata dia. bukan ikut kehendak pengantin. pengantin berhak nak simpan kenangan majlis dalam setiap gambar kan. tapi, kalau jumpa cameraman yang kedekut macam ni. langsung tak berbaloi. cantik mana pun si pengantin. mesti pengantin nak yang terbaik bagi setiap gambar yang diambil dan kenangan. lagi-lagi pengantin yang memang budget nak terbaik. bukannya selalu , sekali seumur hidup.

sofea suka kalau cameraman ambil gambar dari mula cerita hingga ending cerita. contoh lah.


Majlis akad nikah ;

  1. acara sebelum , semasa dan selepas majlis. 
  2. ambik gambar sepersalinan baju pengantin. ambik wajah pengantin tengah sebelum ,semasa dan selepas di makeup.
  3.  ketika pengantin nak ke majlis akad nikah. suasana majlis. gambar famili sebelum dan selepas.
  4. gambar saat akad nikah.
  5. selagi ada penceritaan. 

Majlis berinai / belulut ;
  1. setiap baju yang diguna.
  2. gambar pengantin seorang , famili.
  3. gambar bilik pengantin. cantik atau tak di mata cameraman. tetap ambil. kata pro. mesti pro jugak nak shoot  angel mana yang cantik kan. yelah setiap pengantin nak sangat setiap yang di aturnya ada dalam kenangan. ini tidak. cakap terus tak sesuai. terus tak ambik gambar. sedihlah kalau macam tu.
  4. gambar sekitar majlis.

Majlis bersanding ;
  1. dari rumah mak andam. menuju rumah pengantin. ketika di atas pelamin.
  2. gambar pelamin
  3. bersama famili. bermula pihak perempuan dan disusuli pihak lelaki. beramai-ramai.
  4. gambar makanan. khemah . orang kerja. al-wakil. jemputan. macam-macam. selagi dapat. suka lah. 
  5. gambar outdoor. pengantin pilih tempat. haiii..seronoknya.

tapi itulah. sofea tahu bukan senang. tapi , akan senang cameraman tu tahu kerja mereka. pro or non-pro. rasanya sama je. kualiti gambar memang ada bezanya. tapi, bila dapat cameraman pro tapi hasil gambar hancur. tiada cerita . sedih. tapi , kalau jumpa cameraman non-pro tapi setiap gambar ada penyampaian cerita. tu yang boleh terus jadi kenangan.

Ps ; sampai sekarang. kalau rindu tengok album kawen..hehehe..

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...