Wednesday, May 21, 2014

DI WAD



selepas bersalin dan semuanya selesai diperiksa. sofea dibawa ke tingkat 5. dalam pagi tu jugak lah. dalam keadaan mamai2. kena pulak nurse carik bed kosong. sebab pihak hospital dah tukar kod untuk letak pesakit. sofea pun dah lupa lah. sofea tukar katil. dan baby pun masih tidur. memang masa ni. sofea betul2 dah tak larat. sakit, ngantuk...nak bawak baby pun. sofea takut...takut jatuh dari tangan...biarlah baby selamat dalam katil dia...


Peringatan untuk diri-sendiri!!!!

kalau ada rezeki melahirkan anak lagi. kena berpesan dengan suami. pasang stokin tangan dan kaki untuk anak. dan paling penting bawak bantal dan tilam bayi. agar bayi rasa selamat dan selesa. hospital kan sejuk...part ni lah sofea terkilan sangat. betul-betul sofea tidak larat nak angkat...


suami dan mak mertua sediakan keperluan sofea. lepas tu dah kena balik ke rumah. kesian kan. sofea sampai ke pagi baru sedar dan segar. itu pun ubat masih kuat. baby kena minum . nurse beri susu. sofea kena check balik. sebelum balik. nasib baik semuanya ok. baby pun ok. balik dalam jam 5 petang.

kali ini sofea berpantang di rumah mertua. adik ipar yang jaga. maslah paling besar nak hadapi masa berpantang. adalah sukar buang air besar. huhuhu..menangis tak keruan dibuatnya. tapi, ianya sebahagian dalam rencah hidup.

tempoh 45 hari berpantang. Jannah tak banyak kerenah. syukur, tahu ummi nya memang sik larat. cuma ada masanya kakak dan abangnya banyak kerenah. ya Allah peliharalah anak-anak ku.

minggu pertama, makan sedikit2 . berlaukkan nasi dan sayur lobak putih dan ikan bilis goreng halia. lepas tu suami cari ikan haruan. pancing sendiri. masak sup haruan.

menu berpantang semuanya sama. sampailah dah habis pantang. sekarang dah nak 3 bulan. kenalah kawal makan. hehehehh

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...