mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Wednesday, May 28, 2014
LAGI KES DERA KANAK-KANAK
baru tadi sofea baca kisah kes dera kanak-kanak.
tajuk besar " Kanak-kanak lelaki 6 tahun didera sampai mati oleh ibu "
sampainya hati pukul anak sampai mati. anak tu anugerah dari Allah untuk kita. kita yang mencorakkan mereka. dah penat kita kandungkan serta melahirkannya. takkan lah tergamak nak bunuh. kalau pukul-pukul manja taklah sampai mati budak tu.
sofea peringatkan diri. sofea jugak baran orangnya. anak-anak ni. kalau nakal sampai tak hengat. tapi tu lah. zaman sofea dulu. nakal-nakal memang kena tibai oleh emak . tali pinggang , rotan. itupun memang salah sendiri kan.
budak 6 tahun . masa mereka untuk kenal erti dunia. masih tercari-cari nikmat hidup sebagai kanak-kanak. sofea memang garang dengan anak-anak. kalau degil sofea bising membebel. tak dengar jugak. sofea cubit . tak dengar jugak sofea pukul. tapi sofea harap janganlah selalu. bagi sofea, anak-anak usia 6 tahun ke bawah. masih perlukan bimbingan dan kasih sayang. perhatian lebih kepada anak kecil yang masih bayi.
sofea ada anak 6 tahun , 4 tahun dan 3 bulan.
ya!!!! anak-anak memang pelbagai perangai, ragam,nakal, macam-macam lah.
peringatan lagi lagi lagi untuk diri sofea. anak nangis sofea takkan rapatkan diri. sebab anak sulung sofea kalau nangis tak reti nak berhenti. lain peel anak kedua. sofea tak nak rapat sebab sofea tak boleh nak rapat.
harap sofea mampu mendidik anak-anak sofea. menjaga mereka. dan pastinya menyangi mereka.
jangan pukul anak lebih had !!!
jangan marah anak lebih had !!!
kawal amarah !!!!
istighfar kalau amarah meninggi !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment