mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Sunday, June 29, 2014
SALAM RAMADHAN
Marhaban Ya Ramadhan
Alhamdulillahhh..semoga usia kita Allah panjangkan. moga Ramadhan kali ini kita perolehi lebih lagi pahala berbanding tahun-tahun yang lalu. serta dapatlah kita tingkatkan amal ibadah , sedekah dan zakat fitrah jangan dilupa.
29.06.2014 insha Allah 1st ramadhan di tahun 2014 ini. semoga usia kita dipanjangkan dan rezeki kita dimurahkan.
kalau tiada aral melintang. temuilah sofea di bazar ramadhan di Taman Sukma Jalan Sultan Tengah.
Tuesday, June 24, 2014
HARAPAN , IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN
assalamualaikum. hai. sofea tengah melayan perasaan di kala ini. terkesan pada dasar hati. selepas baca blog doktor raihana tadi. apa-apa pun yang kita impikan kalau kita berusaha sedaya upaya pasti akan ketemui kejayaan.
sofea juga ada harapan untuk diri , anak-anak dan famili. moga-moga ianya jadi inspirasi buat sofea nanti.
harapan , impian dan angan-angan....( H.I.A )
- H.I.A nak dapat diploma. sudah tercapai akhirnya. Alhamdulillah.
- H.I.A dipertemukan jodoh. dan punya hubungan yang halal. Allah izinkan.
- H.I.A dikurniakan rezeki ( anak-anak ). Subahanallah
- H.I.A dapat kerja tetap , gaji besar insha Allah cuba untuk bantu orang tua.
- H.I.A memula tak terfikir akan kemampuan memiliki kereta. waima VIVA. Alhamdulillah dah pun habis bayar.
- H.I.A dah diniatkan dalam hati. setel semua pinjaman pendidikan.
- H.I.A nak miliki rumah sendiri. Alhamdulillah. dapatlah rumah teres setingkat. korner lagi.
ada lagi harapan , impain dan angan-angan. ditambah lagi cita-cita.....
- sofea nak ambik kursus Bahasa Inggeris. tujuannya sofea tak nak kalah dari orang lain. dan sofea ada niat nak sambung studi.
- sofea nak renovate rumah bagi besar dan dapur selesa digunakan.
- paling sofea nak. sofea nak hantar BAPAK dan EMAK pergi umrah. insha Allah.
- sofea jugak nak capai MASTER dalam SHAKLEE.
- sofea nak success dalam dunia BLOG. cuba cari target...
semuanya kena USAHA...USAHA...USAHAAAAA
dan jangan lupa DOA ...DOAAA>DOAAAA....
serta TAWAKAL....
takkan berubah nasib seseorang kalau tanpa usaha......
HOT MAMA LIKE A REDMUMMY
kenal ke korang dengan blogger hangat di pasaran ni....
kalau tak kenal boleh je klik kat sini >>>> http://redmummy.com/
sofea ada misi baru nak capai. kalau tercapai lah. kena jugak kuat nak capai ni. nak jadi hot mama like a redmummy. banyak blogjob..banyak kerja. banyak adv. rezeki beliau melimpah ruah. dari segi side yang lain. kita pikirpikir kemudia. doakan je dekat beliau.
bagi sofea ambik yang terbaik je. contohnya kejayaan beliau. menjadi inspirasiku. lama dah sofea ikuti blog beliau. memang gigih. kuat kerja. tambahan pulak. skill menulis itu penting. macam sofea ni. masih tercari-cari gak sumber nak di ceritakan. tapi alah bisa tegal biasa. nak ke tak nak itu atas diri sendiri. belum cuba belum tau. tak dpt banyak sikit pun jadi lah. kannnn kan kan...
hehehhehe
Monday, June 23, 2014
ANAK-ANAK TAK SIHAT
minggu lepas sorfina demam. thaqif demam dan sakit perut. Allahhuakbar.
selasa sofea kerja half day. afternoon leave. pergi tolong parents berniaga kat stadium negeri. ada match bola sepak. lepas selesai kerja. dan solat zohor. sofea gerak ke rumah parents. jam 1500 petang terus pergi stadium. masa tu hujan dah nak lebat. tolong prepare barang jualan. tetiba hujan lebat diselangi angin kuat dan kilat..
sampai kan khemah untuk jual hampir tumbang..nasib baik sekejap je. kalau tak hancur lah..lepas asar cuaca kembali baik. prepare semuanya. sofea sampai jam 2330 malam kat stadium . lepas tu balik ke rumah . anak-anak memang kat rumah je. suami tak pergi.
balik tu anak-anak macam tak sihat. badan panas membahang. bagi ubat demam.
paginya sofea kena ambil emergency leave. cuti satu hari je. anak-anak demam. takut lah baby jannah jangkit sekali. susah sofea nanti. cuti tahunan tak banyak tinggal. kena simpan untuk apa2 hal nanti.
anak demam bagi ubat. makan bubur nasi.
sampai hari jumaat. demam dah kebah . cuma si thaqif asyik sakit perut. bawak pg jumpa doktor. doktor kata semua ok. yang peliknya asal makan nasi dia muntah. tapi bawak pergi bombay cafe . makan roti canai. ok pulak..hadoiiiii..anak-anak....
KURSUS KEK KEJU
semalam sofea ada join kursus Aneka Kek Keju. kalau ikutkan kursus tu diadakan selama 2 hari. tetapi pihak kolej kena buat sehari sahaja. sebab nya , banyak sangat penyertaan. kali ni kiranya sofea bernasib baik. dapat join kursus. tahun lepas rasanya tak sempat.
mula jam 800 pagi. daftar diri dulu lepas tu bayar RM 10.00 untuk yuran kursus. tempat kursus tak jauh. dekat je. tuuu..kat Kolej Komuniti Kuching...tak jauh lah dari rumah mertua. semalam mula lambat. sebab proses daftar lambat habis. panjang barisan masa nak daftar. rasa-rasanya dalam 50 orang lah dalam satu kursus. harap-harap tahun hadapan. diorang maximumkan penyertaan. kalau ada lebih. buat lagi bulan hadapan. cadangan jee
selesai pendaftaran. diberi 2 resepi sebagai rujukan. cikgu kena buat dema memasak sahaja. tak dapat nak buat ikut kumpulan. tak pelah janji dapat ambil ilmu cara buat kek keju. kat sini kami di jar cara masak kek keju beku dan kek keju bakar.
Alhamdulillah. dah namanya kita timba ilmu. dapatlah incomenya. insya Allah nanti boleh dicuba try masa akan dtg...
Tuesday, June 17, 2014
TUNE TALK
Assalamualaikum dan salam semua....
sofea dah sesiap beli sim kad baru. dan ikut program tune talk ni. sapa nak join boleh beli simkad dan daftar melalui ID sofea 404982.
sesiapa berminat nak join boleh
call /sms / wasup 0138290985
Tuesday, June 10, 2014
SYARIFAH MALAIQA JANNAH - 4 BULAN
tengah nak berguling-guling |
syarifah malaiqa jannah |
S.M.J |
S.M.J |
S.M.J |
hari ni Jannah dah 4 bulan. esok ada temujanji klinik untuk 4 bulan. diharap semuanya ok. ada 2 bulan lagi. sofea akan prepare makanan pertama untuk dia. masih dalam usaha menuntut ilmu dalam penyediaan makanan bayi. insha Allah berjaya.
masih menyusu badan dan campur dengan susu formula. perkembangan terkini jannah. sedang belajar meniarap dan duduk...
Monday, June 9, 2014
SELAMAT HARI LAHIR PUTERIKU
Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan kamu!
Allah panjangkan umur Syarifah Nurul Sorfina .....
semalam ada majlis kecil-kecilan buat puteri sulungku. ulangtahun kelahirannya yang ke-6 tahun. lahir pada 8 jun 2008 jam 0202 petang hari ahad. cuaca pada masa itu hujan lebat membasahi bumi. semoga begitulah curahan rezeki , hidayah serta keberkatan Allah kurniakan kepadamu puteriku.
semalam 8 jun 2014. hari ahad . majlis bermula selepas solat isyak. jemputan dikalangan adik-beradik sofea serta mak dan bapak. tambahan adik-beradik emak mertua. dibuat di rumah mertua sahaja.
nampak gayanya tak dapat nak post gambar masa majlis. sebabnya camera Nikon milik abang sofea rosak dikerjakan oleh adiknya. lens kamera beralih arah. terus camera tidak dpt nak di "on balik..wahhhh...sedih nya hati.
nanti-nanti lah akan sofea updatekan...
semoga anak ummi terus membesar dan menjadi anak yang solehah. baik kesihatan nya...
ummi sayang anak-anak ummi...
Thursday, June 5, 2014
BERSABARLAH..BERDOALAH..WAHAI FELIXIA YAP
kredit : her blog |
inilah hasil nukilan. insha Allah. bakal saudara seISLAM kita...moga-moga Allah membantu beliau dalam menuju jalan yang lurus. moga-moga beliau ISTIQAMAH dalam perjalanan yang penuh berduri ini. bezanya dugaan ,cabaran yang perlu beliau hadapi di antara zaman ini dengan zaman lalu.
apa yang pasti. HIDAYAH itu urusan ALLAH..semoga terus mencari , menggali dan bermohon agar HIDAYAH itu sentiasa mengiringi...
http://felixiayeap.blogspot.com/
Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya
adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebatinginkan ke jalan yang sepatutnya
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebatinginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya
aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka
kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua
kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?
pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…
Sunday, June 1, 2014
SEMPENA CUTI GAWAI YANG LEPAS
bermula 31.5.2014 hingga lah 3.6.2014...bercuti panjang. lebih-lebih lagi cuti sekolah sudah bermula 28.05.2014 hingga lah 15.6.2014....
cuti panjang di sarawak. tiada plan nak pergi kemana-mana. banyak kenduri kahwin sedara mara yang ada. ye lah ambil peluang famili berkumpul ramai-ramai.
sofea mula sabtu tu . hanya keluar berdua dengan suami. belikan stroller untuk si baby Jannah. dan air-cooler. lepas tu tak ke mana-mana. kalau ikutkan nak jugak ikut tengok kazen suami yang nak kawen hari tu. tapi , itulah kan.sofea ni masih ada nak kecil. jadi, biarlah.
tak banyak yang dapat dibuat..hehhhh
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...