Thursday, June 5, 2014

BERSABARLAH..BERDOALAH..WAHAI FELIXIA YAP


kredit : her blog

inilah hasil nukilan. insha Allah. bakal saudara seISLAM kita...moga-moga Allah membantu beliau dalam menuju jalan yang lurus. moga-moga beliau ISTIQAMAH dalam perjalanan yang penuh berduri ini. bezanya dugaan ,cabaran yang perlu beliau hadapi di antara zaman ini dengan zaman lalu.

apa yang pasti. HIDAYAH itu urusan ALLAH..semoga terus mencari , menggali dan bermohon agar HIDAYAH itu sentiasa mengiringi...


http://felixiayeap.blogspot.com/


Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya

adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya

aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka

kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua

kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?

pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup

untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…


No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...