assalamualaikum. hai. sofea tengah melayan perasaan di kala ini. terkesan pada dasar hati. selepas baca blog doktor raihana tadi. apa-apa pun yang kita impikan kalau kita berusaha sedaya upaya pasti akan ketemui kejayaan.
sofea juga ada harapan untuk diri , anak-anak dan famili. moga-moga ianya jadi inspirasi buat sofea nanti.
harapan , impian dan angan-angan....( H.I.A )
- H.I.A nak dapat diploma. sudah tercapai akhirnya. Alhamdulillah.
- H.I.A dipertemukan jodoh. dan punya hubungan yang halal. Allah izinkan.
- H.I.A dikurniakan rezeki ( anak-anak ). Subahanallah
- H.I.A dapat kerja tetap , gaji besar insha Allah cuba untuk bantu orang tua.
- H.I.A memula tak terfikir akan kemampuan memiliki kereta. waima VIVA. Alhamdulillah dah pun habis bayar.
- H.I.A dah diniatkan dalam hati. setel semua pinjaman pendidikan.
- H.I.A nak miliki rumah sendiri. Alhamdulillah. dapatlah rumah teres setingkat. korner lagi.
ada lagi harapan , impain dan angan-angan. ditambah lagi cita-cita.....
- sofea nak ambik kursus Bahasa Inggeris. tujuannya sofea tak nak kalah dari orang lain. dan sofea ada niat nak sambung studi.
- sofea nak renovate rumah bagi besar dan dapur selesa digunakan.
- paling sofea nak. sofea nak hantar BAPAK dan EMAK pergi umrah. insha Allah.
- sofea jugak nak capai MASTER dalam SHAKLEE.
- sofea nak success dalam dunia BLOG. cuba cari target...
semuanya kena USAHA...USAHA...USAHAAAAA
dan jangan lupa DOA ...DOAAA>DOAAAA....
serta TAWAKAL....
takkan berubah nasib seseorang kalau tanpa usaha......
No comments:
Post a Comment