masuk hari ke-19. cabaran blog. heee....asal ada idea nak menulis jadilah.
1 resepi kegemaran saya.
banyak sangat kegemaran. jadi sofea listkan satu sahaja. ok sofea nak share resepi biskut makmur.
sekali adunan boleh dapat 200 biji biskut makmur. bergantung saiz kita buat.
ini lah biskut makmur yang sofea buat. heeee sedap..
biskut makmur susu. kalau nak cheese pun sedap.
bahan-bahan ;
500 gm minyak sapi
1 kg tepung gandum
gula halus
susu tepung
kacang tanah
**tepung gandum perlu digoreng tanpa minyak.dalam 30 minit. jangan sampai hangus.
**gula halus untuk luaran. optoinal kalau nak campur dalam adunan.
**susu tepung sama macam gula halus
**kacang tanah digoreng tanpa minyak. blender halus.
cara membuat ;
- tepung gandum yang digoreng tadi. diayak dulu agar tidak berketul. selepas diayak. masukkan minyak sapi. gaul rata. samapi adunan tidak melekat di tangan.
- sekiranya mahu tambah susu tepung ,gula dan kacang. boleh dicampur ikut kehendak masing-masing. yang ini sofea letak. sedikit sahaja. gula halus 1/2 gelas. susu tepung 1/2 gelas dan kacang 2 senduk.
- selepas adunan tidak melekat. bulat-bulatkan.
- bakar di dalam oven. panaskan oven dahulu.
- pastikan jangan sampai hangus.
- sejukkan. selepas biskut sejuk. golekkan ke dalam campuran susu dan gula.
- masukkan dlm paper cup satu persatu.
- siap.
selamat mecuba
No comments:
Post a Comment