mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Saturday, November 15, 2014
30 DAYS BLOGS CHALLENGE - SURAT KEPADA SESEORANG SIAPA SAJA
surat kepada seseorang yang sofea sayang , cinta dan rindui. masuk hari ke 15
Assalamualaikum suamiku,kekasihku,teman hidupku , sahabatku
sebelum sofea memulakan bicara. mohon maaf dari diri sofea. atas kesalahan atau kesilapan sepanjang kehidupan kita berumahtangga. dari kita mengenali sebagai kawan , kekasih hinggalah kita sah diijabkabulkan.
Maha suci ALLAH. perancangannya yang rapi.teratur. tanpa kita sedar. ada jodoh yang menanti. di saat sofea keliru. sedih. kecewa. jatuh terduduk. kemurungan. hampa. menguasai sekitar kehidupan. dirimu hadir tanpa disangka. walaupun hanya sekejap cuma. namun, sudah Allah tetapkan jodoh kita. kita bertemu semula. diuji dengan pelbagai cara. dari sikap diri mahupun sekeleliling.kita tempuhi bersama.
dirimu mengenali diri ini dari zaman kejatuhan . sanggup dirimu menghulurkan tangan sebagai sebuah pertolongan. terima kasih. kita akhirnya bersatu. semoga masjid yang kita bina. terus kukuh. walaupun ada jua ranjau dan duri. terima kasih kerna jadi abah kepada anak-anak kita. peliharalah mereka andai ajal menjemputku dulu.
buat anakanda-anakanda
jaga diri. jaga solat. jaga akhlak. jaga akidah.
jadikan Al-quran sebagai rujukan. kerna ianya tak luput dek zaman.
ummi sayang kalian. ummi rindu kalian.
belajar rajin-rajin. jadi anak yang berguna . soleh dan solehah.
belajar sayang menyayanagi. tolong-menolong. bantu-membantu.
dunia ini sudah tua anak-anak ummi.
sedarilah ia.
buat diriku
berusahalah dalam apa jua yang cuba kau ceburi. konsisten. yakin pada diri. walaupun jatuh terduduk. jatuh terlungkup. bangkit. pastinya ada manis yang menunggumu disana. dalam usaha ada doa. dalam doa ada tawakal. dan berdoalah dan terus berdoa. jangan putus asa. kerna rezeki itu rahsia Allah. milik Allah.
tinggikan momentum untuk berjaya. berdaya saing. ranjau dan duri. atasinya dengan tabah. kerna mungkin itulah penentu kejayaan. selaklah ranjau. baunglah duri. pasti ada jalan lurus di hadapan sana. mungkin hari bukan hari mu. mana tahu. sedikit hari lagi adalah harimu.
berusaha untuk perbaiki diri. ekonomi keluarga. agar dapat berbakti kepada kedua orang tua. bahagiakan mereka selagi daya. Allahhuakbar.
passion !!!
shaklee !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment