8 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas
Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang
jelas. Saya gariskan seperti dibawah:
Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi
haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan
emas.
Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?
Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?
Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan
pengalaman 2 tahun saya dalam bidang emas:
8 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK
Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh
syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank
Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.
Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold
adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.
i) Harga Per Gram Emas
Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat
dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di
http://www.publicgold.com.my
Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20
minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)
Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada
setiap jam 12:00 malam.
Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti
nak jual emas, lihat harga PG BUY.
TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per
gram. Cuba tekan kalkulator.
ii) Susut nilai yang Rendah
Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual
semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.
Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada
pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%,
manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga
30%.
Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan
dan pelaburan.
iii) Stok tiada had
Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada
syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.
Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli
1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.
iv) Tiada GST
Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas
yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan
dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.
Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market
Association (LBMA).
v) Diterima gadaian Ar-Rahnu
Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu.
Hanya brand emas yang established saja diterima.
Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu.
Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni
disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu
dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉
vi) Senang nak jual semula
Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual
di kedai emas tak?
Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat –
sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.
cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public
Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website
Public Gold.
vii) Jaminan Belian Semula
Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia
jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.
Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas
yang anda beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.
Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas
brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
viii) Sistem Database Oracle bertaraf world-class
Public Gold menggunakan database Oracle bertaraf dunia.
Setiap rekod transaksi, security akaun GAP anda pada tahap tertinggi dan
selamat.
Dengan Public Gold, anda disediakan akaun GAP yang
beroperasi 24 jam, sama ada mahu jual atau beli.
www.publicgold.com.my (https://www.publicgold.com.my/)
Public Gold Malaysia - Home