Apa Beza Emas Dijual Public Gold Dengan Kedai Emas?
Kali ini saya nak terangkan beza antara Public Gold dengan kedai emas. Saya akan cuba huraikan agar anda jelas dan sekiranya ada apa-apa kemuyskilan, sila tinggalkan komen di bawah.
Pertama sekali anda mesti faham ada DUA tujuan beli emas iaitu sebagai perhiasan dan pelaburan.
a. Emas perhiasan: gelang, cincin, rantai.
b. Pelaburan/Simpanan: jongkong emas dan dinar emas.
====
1. Public Gold menjual emas untuk pelaburan.
Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kuong, Wah Chaen dan Habibi Jewels lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.
Oleh yang demikian, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barangnya. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal.
Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, diorang turunkan kos upah. Katanya bagi discount.
Kedai emas yang untung bukan pembeli. Boleh faham setakat ni kan?
Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).
Harga Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST.
Public Gold pula menjual jongkong emas dan dinar dengan tiada kos upah dan tidak dikenakan GST.
Bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).
Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual barang kemas melalui Aurora Italia. Emas 18 karat dan mempunyai 3 jenis gelang AURORA ITALIA (emas kuning), Aurora Blanc (emas putih) dan Gelang Leather.
2. Public Gold ikut harga emas semasa dunia. Kedai emas ikut harga FGJAM (Persatuan emas Malaysia).
Untuk pengetahuan anda, kedai emas guna harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).
Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold.
Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook.
Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.
Nota: Harga per gram di kedai emas RM200/gram manakala Public Gold kini RM178/gram.
3. Jual semula emas di Kedai Emas Merugikan Orang Ramai
Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas.
Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold.
Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.
Di Kedai emas, kalau nak juak balik emas biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas.
Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa.
Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.
4. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.
Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam .
Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.
Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.
Itulah serba sedikit yang dapat saya ulas berkenaan perbezaan kedai emas dengan Public Gold.
Sebenarnya memang banyak lagi perbezaan yang saya fikir lebih memihak kepada pembeli, bukannya penjual.
Saya akan cuba dan terus menerangkan berkenaan Public Gold sebagai salah satu cabang pelaburan yang menguntungkan.
Yang paling utama, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.
=====
mencintai dia....... mengasihi mereka.... menyayangi kalian... merindui semuanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.
MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...
-
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan dib...
-
kursus jahitan di kuching. untuk mereka-mereka yang nak belajar menjahit secara personal. boleh cuba contact Cikgu Rosni. berhubung deng...
-
payak rebus yang perghhh...sanggup pergi beli di kampung Gobeilt jalan bako ..punya ramai orang. lagi-lai jalannya kecil . mahu tak m...
No comments:
Post a Comment