Friday, March 6, 2020

Tujuan Sofhia Jali simpan emas



Tujuan Sofhia Jali simpan emas:

1. Elak simpanan bocor
======
Pada permulaan saya mula simpan emas pada tahun 2009, tujuannya nak elak simpanan saya bocor. Bocor ni maksudnya konon simpan 10% setiap bulan, tapi tak pandai kawal nafsu belanja last-last “terguna”..

Selepas simpan emas, dah tak bocor lagi dah. Malahan jadi sangat berdisplin, dapat gaji je terus alih ketepi bajet simpan emas.

Dulu saya pun fikir macam anda,

“Harga rendah aku beli. Harga emas naik, aku jual.”

Tapi hingga ke hari ini emas saya tak terjual. Sebab kalau perlu tunai, saya cuma emas ke arrahnu untuk selesaikan keperluan. On the spot dapat tunai.

Nanti dah dapat gaji, tebus semula emas dalam tempoh 12 bulan.

2. Simpan untuk beli aset hartanah
=======
Kalau dah pandai menyimpan, nak beli hartanah ni mudah. Sebab ada simpanan untuk dijadikan sebagai deposit.

Standby at least 15% dari value semasa hartanah. Misalnya harga hartanah RM300,000 maka perlu sediakan minima RM30,000. Kalau convert dalam emas lebih kurang *170 gram*!

Beli apartment untuk sewaan, lebihan dari bayar loan bank boleh buat beli emas lagi.

3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anak
========
Semua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi.

Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%!

Contohnya, hari ini kos pengajian engineering RM40,000, pada 15 tahun akan datang kos akan jadi double sehingga RM80,000.

Saya tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka saya sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi.

Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan?

Sasarkan simpan 100 gram emas seorang.

4. Simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji
=====
Sekarang zaman yang tak dijangka prestasi eknomi. Dulu siapa sangka kerja sektor Oil and Gas tiba-tiba mengalami kemelesetan dan ramai terpaksa diberhentikan.

Jika ada tabung kecemasan ni, at least kita ada 3 ke 6 bulan tempoh untuk cari kerja baru dan maintain apa-apa ansuran bulanan yang perlu dibayar eg kereta, rumah dan nafkah isteri anak.

Jadi sebagai persediaan, saya alih tabung kecemasan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Kalau gaji anda RM3,000/bulan. Maka perlu ada RM9,000!

Kalau convert dalam emas lebih kurang 50 gram emas!

5. Income tambahan
====
Walaupun kerja saya sebagai penolong pegawai teknik orang anggap sudah mencukupi, saya perlu ingat bahawa langit tak semestinya cerah. Dengan anak 4 orang, kalau harapkan gaji semata memang tak cukup.

Niat saya untuk settlekan hutang sedia ada secepat mungkin supaya maximize lebihan gaji sebagai simpanan.

Selagi kudrat masih ada, saya gunakan segala kepakaran yg saya ada untuk kembangkan bisnes Public Gold.

Tanggungjawab sebagai dealer, saya nak orang faham apa konsep sebenar simpan emas. Apa yang terbaik dengan keadaan semasa kewangan serta bantu dealer-dealer saya mengembangkan empayar emas mereka sendiri.

Anda nak mula simpan emas, boleh je tanya saya direct. Tak perlu segan, saya jugak orang makan gaji seperti anda.

Saya tahu ramai rakan FB mempunyai masalah dan impian yang sama. Yang paling penting, anda perlu tahu kalau nk mula simpan emas adalah:

“Mengapa awak nak simpan emas?”

Sofhia Binti Jali
PG00111214
#Sofhiajali #PublicGold

No comments:

Post a Comment

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...