Monday, December 31, 2012

MASAM MANIS 2012M/1433H

Alhamdulillah. masih Allah panjangkan umur kita. masih Allah beri nikmat yang kita sentiasa perlukan. untuk penghujung tahunnya dalam kalendar masihi ini. banyak lah dugaan , halangan serta kenangan-kenangan yang  hanya akan dijadikan sandaran kemudian hari.

huhuhhu..esok dah masuk tahun baru 2013 M. selamat bersua kembali pada tahun depan iaitu esok lah mulanya. banyak perkara yang perlu dibaiki , perlu dihalusi dalam kehidupan ini. kalian mesti sama kan. ada azam serta niat perlu dilunaskan.

oklah bercerita corat coret kisah hidup disekeliling sofea sepanjang 2012 ;


  • urusan belian rumah banyak pancarobanya. Alhamdulillah Allah berikan jalan untuk kami. Akhirnya kami bakal memilikinya. Rumah masih dalam proses pembinaan. walaupun agak jauh dari famili. tapi sekurang-kurangnya dapat lah rumah sendiri. inshaa Allah semuanya akan Allah permudahkan.
  • kerja-kerja seperti biasa di ofis aka guabatukapur...hehehehhe
  • anak-anak. Alhamdulillah sihat hendaknya. walaupun kekadang batuk,flu serta demam. Anak sulung tahun 2012 tahun pertama persekolahan pada usia 4 tahun. semoga anak-anak ummi menjadi anak yang mendengar kata, lembut hatinya, mengerjakan suruhanNya,meninggalkan laranganNya. dan menjadi anak yang soleh solehah.
  • suami. Alhamdulillah . sihat. dan dah berhenti rokok asap. sekarang hanya guna vapor je..harap semuanya baik-baik belaka. (nanti cerita pasal vapor k ). doa sofea agar beliau sentiasa mencari keredhaanNya , berusaha perbaiki diri , menambah amal ibadah, dan menjadi suami serta abah yang soleh mithali.
  • famili sendiri : bapak mak sihat hendaknya. adik-beradik harap semuanya sentiasa dalam lindungan Allah. adik Norainie dah selamat dinikahkan pada 28.09.2012. alhamdulillah. abang Abdullah selamat dah dapat anak pertama pada 21.01.2012 . anak perempuan. adik abdul mutalib, dah kerja di sibu. adik abdul rani dah bekerja. adik Noratikah ditahun baru ini akan menduduki SPM ..semoga semuanya dalam keredhaanNYA. semoga kalian sentiasa dalam doaku.
  • famili mertua : abah dan emak. kesihatan baik belaka, cuma emak ada sakit sedikit. berdoa agar kalian sentiasa Allah panjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik,..adik ipar Hafizah selamat melahirkan anak pertama pada 02092012 . anak perempuan. adik ipar Nadiah selamat bernikah pada 10.03.2012 dan selamat melahirkan anak pada 10.11.2012. anak lelaki. bertambah ahli keluarga kami. duai ku wati juga selamat melahirkan anak keempat pada 23092012 . anak perempuan.adik ain,adik diana,adik khirunnisa dan adik izuwan. semoga kalian Allah lindungi. dan semoga kita sentiasa dalam pencarian hidayah dan mampu menerima hidayahNYA..
  • jadi members Shaklee. 
  • sahabat..Dayang Norliza. semoga dalam kerdhaanNya.

ada sedih , duka , nestapa, geram , kecil hati ,suka , gembira, ketawa girang, senyap , semuanya ada dalam tahun 2012. semoga 2013 menjanjikan perjalanan yang indah dan semestinya dalam keredhaan Allah..

Friday, December 28, 2012

TOILET DAN AIR

sekarang dah masuk 2 minggu toilet kat ofis sofea mengalami masalah air. mula2 tu ok lah air masih keluar walaupun sedikit. cukup untuk mencuci. tapi masuk minggu ni. air dah makin sedikit dan ada toilet langsung tiada air. kat bilik air ni. ada 3 toilet. 2 cangkung 1 duduk. yang duduk ok cikit ada air itu pun sedikittttttttt sesangat. yang 2 toilet selebihnya tu.. langsung tarak...bahagian flush pun kosong..

masalah air ni hanya dalam bilik air dan toilet sahaja. kat paip luar ada. air banyak dan kuat. tapi air tak sesuai untuk dimasak. warna agak kotor. untuk mencuci boleh lah dari tidak ada. cuma payah lah nak angkut mengangkut bila nak mengguna. bukan sofea nak membebel. sofea ni sudahlah sakit belakang. nak mengangkut air dah jadi satu hal..dah sofea bawa baldi dan gayung khas dari rumah..sabar je lah.

sofea dah buat aduan. kena buat projek besar katanye... sebabnya saluran paip dah lama . jadi kena tukar semua. nak kena tunggu projek tu dijalankan. baru dapat menarik nafas lega.

SEKOLAH OH SEKOLAH

semalam 27.12.2012 hari khamis jam 0900 pagi hingga 1200 tgh hari semua ibu bapa perlu membuat pendaftaran persekolahan anak-anak. bagi tadika kawasan perumahan sofea lah.

ada 2 hari tempoh pendaftaran. sofea pergi semalam. sebab ofis sekarang staf semua cuti. yang tinggal sofea dan sorang colic . yang sama department lah.

ok lah kita cerita pasal pendaftaran. sofea dah sampai kat sekolah dalam jam 0920 pagi. 5 minit je dari rumah. tak jauh sangat. bawa anak jugak. sebabnya..untuk memberi dia semangat ke sekolah.

masa tu baru 2 pasangan ibu bapa dan anak yang datang. jadi sofea dapat giliran yang ke tiga. bila sampai giliran sofea. cikgu tu bagi surat tawaran kemasukan tadika untuk sofea baca dan faham. lepas tu cikgu tu terangkan pasal yuran yang perlu dibayar.

sorfina hanya perlukan baju sukan baru dan baju sekolah khas jumaat baru. sebab cikgu cakap untuk tahun ni baju khas jumaat kaler kelabu. sebelum ni ungu. jadi kena beli. unutk baju seragam sekolah masih berkeadaan baik. jadi tak perlu beli. keseluruhan bayaran sebanyak RM 90.00. selesai dibayar.

sesi persekolah akan bermula 02012013 hari rabu. kelas bermula bagi sesi pagi. jam 0730 pagi hingga 1200 tghhari.  tahun lepas sorfina sekolah untuk sesi petang.


selamat bersekolah puteri ummi...

NIAT + AZAM

pagi tadi sofea ada dengar topik pagi di radio IKIM pasal azam baru atau niat baru untuk tahun baru. kiranya sofea ni dah pun siap2 pasang azam baru dan perbaiki azam lama. untuk tahun baru hijrah lagi. namun banyak kena perbaiki lah.

ok kita cerita pasal azam kan. azam ni dari pendapat sofea lah. sesuatu yang kitak nak capai sesangat .dalam satu-satu tempoh yang dah kita tentukan. kalau niat ni..kita pasang niat je..nak buatnya..memang ada yang bertempoh..ada jugak yang tak bertempoh..hehehhe

itu pendapat sofea lah..tak tahu lah kalian ..pembaca-pembaca yang sudi baca blog ini.

sofea sekarang alhamdulillah. dah dapat memahami apa yang perlu unutk sofea fahami.

nanti kita sambung lagi. berkenaan dengan azam sofea untuk tahun baru hijrah dan tahun baru masihi..


insha Allah

DRIVER VS CAR

sejak akhir-akhir tok. makin byk nemu pemandu yang terrrrrrrr lalu 'berhemah ' di jeraya. dari turun kerja hingga sofea balit kerja ada jak nemu driver yang bersopan gilak-gilak diatas jeraya.belum gik cerit sofea g jalan2.

hari tok sofea nak berbahasa ibunda lok. pening woi palak sofea bila nemu driver2 macam ya. ada embak keta slow gilak di lorong kanan. ada yang nak tukar lorong sik reti2 nak berik signal. sik kira lah nya makey kancil kah..vivakah macam sofea..or makey keta lambhorgini kah..bmw kah..penting bah berik signal nak ke kiri or ke kanan. ada juak nemu driver last minit berik signal. dah nak tercium bontot keta. baru reti nak berik signal..sofea sik reti lah main cucuk-cucuk bontot keta dari belakang mun nak tukar laluan.

ada gik cgek hal. nemu driver sik reti berik laluan. adakah ambulans lalu..nya buat derkkkk ajak...kita dah berik signal..so paham-pahalah berkalih lah sikit keta awak ya..jgn molah muka mpengo dlm keta. eksen tertilit-tilit ngan cermin..dah org berik signal sik faham-faham juak. mun sik diberik signal sik juak apa. tok sik. dah berik signal sik faham. ambulance lalu. lagik2 nya sik faham nak berik laluan...keta belakang gik faham...adehhhhh...bengong palak ...

Thursday, December 20, 2012

SAFAR 1434H

pejam celik pejamcelik..rupa-rupanya dah masuk bulan ke-2 dalam tahun hijrah..Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia..

Dan tak lama lagi tahun masihi bertambah tahunnya. 2013. semoga impian kita semua akan mudah untuk dicapai. serta kesihatan yang memuaskan.

Thursday, December 13, 2012

HUJUNG TAHUN

minggu hadapan dah banyak orang bercuti..jadi tinggallah sofea keseorangan dalam ofis ni. huk huk..sedih..ya lah kan..senior sumanya cuti banyak. mcm sofea yang junior ni. cuti ciput je. yelah kan ikut tempoh kerja lah..adil lah tu..

huk huk..nanti kalau sunyi, nak ajak Sorfina temankan sofea kat ofis . tak boring sangat. tambahan pun nak kena jugak beli radio ni. boring lah dengar lagu yang sama . ulang-ulang dalam ofis ni.

sempena cuti hujung tahun dan cuti X-mas. hahah..cuti sofea sudah zero. tahun hadapan kena lah pandai catu cuti. tak leh nak ambik sebarangan. sebab inshaa Allah tahun depan dah boleh pindah rumah baru ..hheheh..moga moga Allah permudahkan. yahoooooooooooooo...gembirahatiini


Wednesday, December 12, 2012

MAAJUN WARISAN KELUARGA ( MWK )





Assalamualaikum pembaca-pembaca , pengunjung-pengunjung blog sofea ini.

hari ni nak cerita pasal MWK iaitu Maajun Warisan Keluarga. Sofea dapat tahu produk ini hasil dari meng'google -google ' dalam mencari maklumat tentang perancangan keluarga.

Sebab cerita sofea yang lepas, sofea ada guna Yasmin. tetapi , untuk mengelakkan kekurangan stok dan tidak terlalu bergantung kepada Yasmin. sofea guna MWK ni.

Tujuannya ada 2. satu boleh jadi perancang keluarga. ke2 boleh dijadikan untuk kesuburan. inshaa Allah untuk nak dapatkan anak. salah satu ikhtiar lah.

Sofea dah makan dalam 6 botol untuk 6 bulan. Alhamdulillah, betul-betul berkesan tau untuk planning ni. Khasiatnya , haid lancar , tiada keputihan dan berat badan maintain.

kalau korang teringin nak membeli boleh hubungi kak Deena. atau klik je kat link di bawah ini ;
ok babehhh...

http://dinaonlineshoppe.blogspot.com/

sofea inshaa Allah kalau belum melekat lagi nak sambung balik makan MWK ni. rasanya kena jugaklah tukar2 kaedah merancang. heheheh..

ok...selamat mencuba

Tuesday, December 11, 2012

MEMBER SHAKLEE



Sofea Jali


Assalamualaikum semua.

Sofea nak bagitahu. sofea dah pun jadi member untuk produk Shaklee ni. Baru-baru je..sebab sebelum ni sofea order je . Jadi bila difikir2 kan balik, beter sofea jadi member. sebab sofea sendiri yang naka pakai. Jadi, kalau ada readers-readers dari kawasan Sarawak atau Kuching amnya atau di luar kawasan. Boleh guna id sofea atau boleh aje order dari sofea.

okl ah nak cerita sedikit pengalaman sofea guna shaklee ni. Rasanya sofea dah 4 kali order kalau tak silap lah.

Pertama kali tu sofea order Vitamin E ;


Vitamin E


* sofea dah guna 4 bulan. sebab sebotol ni ada 120 kapsul. 1 hari 1 biji.
* kesannya baik. untuk kulit muka, agaknya ada perubahan jugak. sebab di bahagian dagu sofea ada kesan jerawat lama. sekarang alhamdulillah beransur hilang.
* selain itu kemanisan rumahtangga ada perubahannya.
* Vit E ini , sofea makan dengan ESP dari produk Shaklee jugak.
* Yang pastinya supplement ini sesuai untuk kulit dan tenaga kita.


Keduanya order ESP ;


ESP

* sofea dah makan ini dalam sebulan lebih. memang mengenyangkan.
* ada perubahan pada kulit sofea.
* cuma kena ikhtiar lebih sikit lah. sebab stok dah nak habis.
* tambahan pula sofea sekarang dalam proses persediaan untuk mengandung ( inshaa Allah ) dan tengah berusaha untuk proses penyusuan nanti.
* sebab ESP ni seperti "MILK booster aka penggalak susu. namun prinsip asas penyusuan lebih dititkberatkan.
* sofea ada masalah penghasilan susu dari kandungan pertama dan kedua. maka, ini usaha dan tawakal dari sofea.


Ketiganya MEALSHAKES ;


MealShakes

* sofea beli ini khas untuk anak-anak sofea.
* anak-anak sofea ni kurang selera makan. kalau makan nasi memang kurang. susah hati sofea. sebab kanak-kanak perlukan zat.
* jadi sofea belikan ini. Ianya sebagai galakan untuk anak-anak ada selera makan terutamanya makan nasi , sayur , ikan dan daging. dan yang pastinya berkhasiat.
* anak-anak sofea juga lemah antibodi. dalam sebulan selalu demam, selesema dan batuk. Alhamdulillah selepas mengamalkan mealshakes sebagai makanan tambahan anak-anak kurang demam. kalau demam pun, sehari dua dah sembuh.
* anak-anak sofea juga alami masalah buang air besar. kira sembelit lah. kasihan tengok diaorang meneran. kita yang besar ni meneran sakit..inikan budak kecik. kesian kan. jadi bila makan mealshakes , Alhamdulillah anak-anak kurang sembelit. kiranya lawas lah diaorang membuang.


Keempat Set Bersalin Shaklee ;


set bersalin A

* set ini terdiri daripada Vit B + Vit C + Vita Lea + Zinc
* sofea dah belikan untuk adik ipar sofea yang baru je bersalin bulan september 2012 dan November 2012.
* sesuai sangat untuk ibu yang menyusu.
* selamat diambil walaupun bayi kuning.
* lawas buang air besar
* cepat sempuhkan luka, berikan tenaga.
* kalau nak tambah ESP pun boleh dan Ostematrix/Kalsium.


Ostematrix / Kalsium


buat masa ini sofea sudah mesra dengan menggunakan produk ini. lagi-lagi sofe tengah usaha ubati kulit sofea. inshaa Allah kalau rezki sofea mengandung lagi, sofea nak cuba set untuk ibu mengandung. nanti sofea akan kongsikan pengalaman sofea tau. hehehh


Monday, December 10, 2012

MERANCANG KELUARGA


Assalamualaikum kepada  pembaca serta pengunjung blog sofea ini.

hari ni nak cerita pasal perancangan keluarga. yelah kan, sesapa yang dah ada famili ni. perlunya perancangan keluarga. Lagi-lagi bila kita yang bekerja . macam sofea,keadaan kesihatan sofea adalah faktor utama. selain dari faktor kesihatan, sofea juga titikberatkan ekonomi keluarga , tumpuan sofea kepada anak-anak dan ilmu keibubapaan serta ilmu kekeluargaan perlu sofea timba dan perbaiki.

Melalui pembacaan sofea, ada banyak cara untuk kita merancang keluarga. Jadi...sebagai seorang ibu memang laa kita kadang-kadang mengunakan satu-satu medium untuk menjarakkan kehamilan ada yang bersetuju secara anzal, telan pil, cucuk atau pasang IUD.

Bagi pengalaman sofea, sofea pernah guna pil Noriday , pil Marvelon serta suntikan 3 bulan sekali. Namun penggunaannya amat tidak memuaskan hati sofea. Kerana melalui kedua-dua pil sofea mengalami sakit kepala yang teruk , serta kulit berjerawat dan berat badan bertambah akibat selera makan yang tidak dapat dikawal. manakala pengambilan suntikan pula. hanya selera makan sahaja yang memberi permasalahan. jadi gumukkkk lah sofea..huhu

Selepas sofea melahirkan anak kedua Thaqif, sofea telah disarankan menggunakan pil Yasmin. untuk masalah penyusuan pula, sofea dari anak pertama lagi memang ada masalah penyusuan bayi. ( yang ini kita cerita kemudian )

Sofea ambil pil perancang aka contraceptive pills iaitu Yasmin selama setahun setengah. Tetapi sofea selangselikan bersama Maajun Warisan Keluarga ( yang ini kita cerita kemudian ).

kebaikannya;


* blh mencantikkan kulit dan berat pun tak naik bagai di pam-pam.
boleh menggebukan kulit (patutlah nyah ramai makan ni hehehehe), mencantikkan kulit, mengawal hormon


Keburukannya ;

 Yasmin ni  mendatangkan risiko pasal penghasilan susu ibu, mungkin akan berkurangan, 
*  dan akan ada sikit hormon akan terlarut bersama susu ibu tu...


Apa sekalipun cara kita nak merancang keluarga yang pastinya kena refer dengan doktor . Dan sekiranya kita mengandung semasa merancang , maka itulah rezeki kita. 


Wallhua'lam.







 

Monday, December 3, 2012

D'COVE PASIR PANJANG FAMILY PARK



















D'Cove Pasir Panjang Family Park Kuching Sarawak. tempat beriadah bagi yang nak mandi-manda , bbq , jalan-jalan , release ten-sion or macam-macam aktiviti boleh di buat. yang baik2 aja lah. Nak pergi sini kalau hanya guna Jalan Sultan Tengah sahaja. perjalanan dari Petra Jaya dalam 1/2 jam. Berhampiran dengan Kampung Pasir Pandak. Boleh mandi pantai. Yang kolam tu baru jak dibuka. Rasanya baru dirasmi. Sebab sebelum ni tempat ni hutan jak.

cantik dan endamaikan. kalau boleh teiap hujung minggu nak bawa anak pergi sini. kemudahan yang ada ; ada gerai makanan dan minuman. tandas awam. bilik mandi. surau lelaki dan surau perempuan.cuma tempat parking agak terhad. kalau nak dan teringin nak pergi kena lah datang awal.

selamat bersuka ria..


AL-FATIHAH









Dukacitanya dimaklumkan sepupu saya telah kembali ke rahmatullah

Pada : 02.12.2012 bersamaan 18 Muharram 1434 H

Hari : Ahad

Tempat : Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru..

Nama Allahyarham : Nur Mona binti Johari..


Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan buat suami dan anak-anaknya tabahlah mengharungi hidup.


sedih ..... kazen sebelah emak. dari kecik. bila dah habis SPM bawa diri masing-masing.

LANGKAH BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

  MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wa...